Anda di halaman 1dari 3

Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Khir Johari telah berlangsung dengan meriah pada 11 Februari 2012

(Sabtu). Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6 di bawah Program IM IS. Guru Besar SK Khir Johari, Tuan Haji Rohizad bin Haji Shariff melepaskan para peserta kejohanan sambil diperhatikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Adnan bin Ab. Rahim. Semua murid yang mengambil bahagian mewakili 4 buah rumah sukan, iaitu Rajawali (Rumah Merah), Garuda (Rumah Biru), Kasawari (Rumah Hijau) dan Kenyalang (Rumah Kuning). Setiap murid yang berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan untuk setiap aliran dan

jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing manakala pingat kemenangan diberikan kepada pemenang pertama hingga ke - 15. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh Rumah Sukan Garuda (Rumah Biru) dengan kutipan sebanyak 220 mata terkumpul. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Setiausaha Sukan SK Khir Johari, Encik T.Muniswaran kepada para peserta untuk

memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan murid-murid Tahun 6, diikuti oleh murid-murid Tahun 5, 4, 3, 2 dan Tahun 1. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Khir Johari, Tuan Haji Rohizad bin Haji Shariff dan Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Adnan bin Ab. Rahim.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-15 dalam kategori masingmasing telah menerima pingat kejohanan. Piala Pusingan pula telah disampaikan kepada Ketua Rumah Sukan yang berjaya menjadi Johan. Sekolah Kebangsaan Khir Johari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Khir Johari 2012.

Anda mungkin juga menyukai