Anda di halaman 1dari 11

Apakah maksud obesiti?

Obesiti bermaksud kegemukan yang berlebihan dan berat badan tidak sejajar dengan ketinggian dan umur Obesiti bermaksud ketinggian yang berlebihan dan berat badan yang sejajar dengan umur.

Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat?


Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah untuk cantik bergaya. Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah untuk menjamin kesihatan diri sepanjang hayat.

Selain pemakanan, nyatakan punca yang menyebabkan obesiti.


Punca-punca lain yang menyebabkan obesiti: Keturunan Gaya hidup Kurang melakukan senaman Tidur berlebihan Punca-punca lain yang menyebabkan obesiti: keluarga Gaya hidup sihat melakukan senaman kurang tidur

Teruskan Usaha!!!

SALAH

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan penyakit kronik.

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Kesimpulanya,gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang telah dibincangkan. Cuma sikap masyarakat masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah terhantuk baru tengadah, iaitu setelah berpenyakit kronik baru kita menyesal.