Anda di halaman 1dari 5

4.

0 KAITAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN MORAL DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pada kajian dan pemerhatian yang telah saya lakukan, saya telah memilih sebuah program pendidikan awal kanak-kanak terbaru serta paling terkemuka yang terdapat di Malaysia iaitu Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA). PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Program ini meliputi 3 program iaitu Permata Negara, Permata Insan, dan Permata Seni. Program ini diadaptasi dari konsep learning is fun through play, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Holistik bermaksud menyeluruh. Justeru itu, saya memilih program PERMATA ini kerana ia juga mencakupi perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif serta moralnya.

Dari aspek perkembangan Kognitif pula, menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalamanpengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema kanak kanak dibawah sepertimana yang berlaku didalam program PERMATA, kanakkanak didedahkan dengan teknik pembelajaran yang merangsang minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak serta belajar melalui bermain sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah ,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and understanding of the world), dan bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Kanak-kanak pada tahap umur 1-4 tahun ini berada pada peringkat pra operasi di mana mereka di ajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya melalui aktiviti hands-on, kanak-kanak membancuh susu sendiri untuk mengukuhkan koordinasi motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, kanak-kanak juga sentiasa diberikan arahan yang mudah dan jelas untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Di sini, guru PERMATA juga akan melakukan demonstrasi cara melakukan sesuatu aktiviti mengikut langkah yang sistematik selain arahan yang diberikan. Menurut kajian yang telah dilakukan melalui penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan perkembangan intelek (kognitif) kanak-kanak mendapati bahawa, 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% lagi adalah kanak-kanak bukan di bawah program PERMATA. Ini menunjukkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak di bawah program Permata ini sememangnya telah berjaya di bentuk mengikut acuannya seperti fokus utama program ini sendiri iaitu penekanan terhadap pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Dari aspek perkembangan moral kanak-kanak pada usia 1-4 tahun, kanak-kanak masih berada pada tahap 1 iaitu pra konvensional di mana tahap ini merupakan tahap yang paling bawah

dalam penakulan moral.

Antara institusi yang memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan moral dan kognitif kanak-kanak ialah institusi kekeluargaan (ibu bapa) dan sekolah bertepatan dengan teori kognitif Jean Piaget menyatakan beliau mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu antaranya Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif tersebut dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.. Justeru itu, program PERMATA telah meletakkan peranan ibu bapa sebagai salah satu teras utama dalam kurikulumnya, iaitu dalam konteks ini penglibatan ibu bapa di pusat Permata diwajibkan sekurang-kurangnya empat jam sebulan. Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan moral anak-anak sangat penting di mana ibu bapa bertanggunjawab memberi asuhan yang baik dan membimbing anak untuk menjadi individu yang harmonis, bertanggungjawab dan mematuhi nilai-nilai moral yang diajar oleh ibu bapa. Hubungan positif dua belah pihak ini semestinya akan menyumbang kepada perkembangan moral kanak-kanak yang positif.

Selain itu, pihak sekolah atau pusat PERMATA juga memainkan peranan penting kerana kanak-kanak menghabiskan sebahagian waktu siang mereka di pusat PERMATA. Justeru, institusi ini dilihat memainkan peranan dari segi kurikulum tersembunyi contohnya seperti dalam Kurikulum PERMATA Insan. "Pelaksanaan Permata Insan ini mengambil inspirasi daripada sejarah Islam dahulu yang dibanggakan dengan lahirnya ramai teknokrat Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibn Khaldun dan ramai lagi yang merupakan ilmuan tersohor dalam bidang mereka di samping mempunyai asas agama yang mantap terutama ilmu yang berkaitan dengan ilmu Al-Quran serta Pendidikan Islam dan Moral. Selain itu juga, guru yang mengajar subjek lain seperti matematik, sains dan pendidikan seni juga harus menerapkan nilai murni secara implisit dalam pengajaran mereka. Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI berkaitan perkembangan rohani dan moral kanak-kanak PERMATA adalah menunjukkan kanak-kanak di bawah program PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA

Selain program PERMATA , teori perkembangan kognitif dan moral juga berlaku dalam kaedah pembelajaran melalui perubahan konsep 3M (membaca , mengira dan menulis ) KBSR diubah kepada menjadi 4M (membaca , mengira ,menulis dan menaakul) bagi KSSR. Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat. Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, ia berada dalam aras kesusahan sederhana. Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. penekanan terhadap 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Menaakul juga ialah membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Murid-murid diajar kemahiran menaakul dalam pembelajaran mereka. Contohnya dalam matapelajaran Sains yang menerapkan penilaian logik akal terhadap kajian yang dilakukan. Apabila murid-murid menjalankan sesuatu kajian sains, secara tidak langsung kemahiran menaakul itu wujud secara semula jadi. Contohnya murid-murid menjalankan kajian tentang photosintesis dalam tumbuhan, jadi secara tidak langsung muridmurid dapat berfikir akan proses photosintesis yang berlaku dalam tumbuhan melalui logik akal mereka..Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat suatu ilmu itu, daripada menerima suatu ilmu itu seadanya. Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita agar tidak mudah tertipu, dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat. Penaakulan itu adalah berkonsepkan teori Jean Piaget yang menyatakan oembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan . apabila mereka sudah diajar teknik berfikir terlebih pasti mereka perkembangan minda akan lebih matang dan pintar . Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11 tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian

kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 4M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai