Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN AKTIVITI EXPERIENTIAL PEMBANGUNAN SAHSIAH(KKD 2063)

NAMA PELAJAR NO.KAD PENGENALAN NO.MATRIK BIDANG PENGAJIAN FAKULTI KUMPULAN NAMA PENSYARAH : MUHAMMAD SYAHMI BIN ABD RAHMAN : 920319065327 : D20121058128 : BAHASA INGGERIS DENGAN PENDIDIKAN(TESL) : FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI (FBK) : KUMPULAN I :ENCIK CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH

1.0 PENGENALAN Program Experiantial merupakan program yang dijalankan di bawah subjek Pembangunan Sahsiah. Program ini diwajibkan untuk semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mendaftar kursus di bawah subjek Pembangunan Sahsiah.Program ini telah diadakan pada 9 dan 10 November 2012 bersamaan dengan hari jumaat dan sabtu.Berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang khususnya bakal menjadi guru dilatih untuk menjadi seorang guru yang mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai sahsiah guru yang berkualiti. Selain itu,program ini mempunyai matlamat yang tersendiri.Antara matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang unggul dan mampu memberikan kerjasama antara ahli kumpulan.Sikap untuk menghargai kawan ataupun sahabat ingin dipupuk sepanjang program ini dijalankan memandangkan setiap pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang kecil.Bukan itu sahaja,aspek kepimpinan juga ingin dipupuk dalam jiwa pelajar kerana sikap kepimpinan yang ada dalam diri dapat membantu pelajar untuk memahami erti kehidupan yang sebenar di mana kita kadang kala perlu berjuang untuk mencapai sesuatu perkara.Matlamat yang seterusnya adalah untuk melahirkan guru yang aktif,kreatif dan inovatif kerana guru juga berperanan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,intelektual dan emosi.Matlamat lain adalah mendidik pelajar agar menjadi seorang yang menghargai sesuatu terutamanya menghargai pengorbanan ibu bapa dan menghargaiUniversiti Pendidikan Sultan Idris yang merupakan tempat pelajar mendapat pendidikan.

PERJALANAN PROGRAM 2.1 PROGRAM YANG DILAKSANAKAN Program ini bermula pada hari jumaat iaitu 8.00 malam 9 November 2012 bertempat di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris.Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta mengikut kumpulan.Setelah pendaftaran peserta selesai,aktiviti ice-breaking bermula.Aktiviti ini dikendalikan oleh fasilitator Kolej Zaba yang telah dilantik.Pengisian aktiviti ini adalah pelbagai.Antaranya,peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan yang mempunyai persamaan dari segi saiz kasut,warna stoking dan juga warna baju.Pengisian ini dapat menguji kepekaan para peserta.Seterusnya adalah permainan yang dipanggil chi kam dai.Permainan ini amat menghiburkan dan dapat membantu kami mengenali para peserta dari kursus yang berbeza iaitu seperti dari kos Sejarah, Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sains Sukan .Pengisian aktiviti ice-breakingyang menguji kepantasan,kepekaan dan juga memaksa peserta

berkomunikasi dengan yang lain adalah aktiviti di mana peserta dikehendaki untuk menyelesaikan 8 soalan.Peserta dibekalkan dengan sehelai kertas dan mencari peserta yang sama dengan soalan yang diberikan antara contoh soalan yang diberi ialah cari rakan anda yang single, yang mempunyai kekasih, yang memakai cermin mata, memakai kasut jenama power, memakai jam tangan, lahir pada bulan yang sama, asal dari negeri yang sama, dan anak bongsu.Selesai sahaja aktiviti ice-breaking,pembahagian kumpulan dilakukan dan terdapat 15 kumpulan. Kami diminta untuk menetapkan ketua kumpulan dan penolong ketua sendiri, kami telah sepakat untuk memilih Teh iaitu seorang pelajar kos sains sukan untuk menjadi ketua dan Aida dari kursus Bahasa Melayu penolong ketua. Tugasan pertama yang diberi adalah dikehendaki untuk membuat kad nama.Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kad manila dan bentuk kad nama yang perlu dibuat mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Pada hari kedua pula,semua pelajar berkumpul tepat jam 8.00 pagi di Dewan SITC.Aktiviti pertama ialah senaman pagi yang juga dikendalikan oleh fasilitator.Senaman pagi ini boleh dikatakan unik kerana senamannya bukanlah seperti senaman yang biasa dilakukan.Muzik senaman yang digunakan merangkumi muzik zaman tahun 60-an dan juga muzik moden yang membolehkan peserta bersemangat lagi untuk melakukan senaman. Selesai sahaja senaman, tugasan yang mencabar menanti kami.Tugasan yang diberikan kepada kami ialah, kami dikehendaki untuk melakukan khidmat masyarakat di kawasan Tanjung Malim dan kami juga harus mengumpul dana berjumlah RM 100. Tugasan ini agak mencabar kerana kami dikendaki mengumpul dana sambil melakukan kerja amal.kami menganggap bahawa tugasan ini agak sukar untuk dilakukan kerana ianya bukan mudah untuk mengunpul rm 100, tambahan lagi kami tidak berapa kenal dengan kawasan sekitar Tanjung Malim.Namun begitu ,kami menganggap bahawa tugasan yang diberikan ini sebagai satu cabaran.Tambahan lagi,sepanjang tugasan ini dilakukan,kami hanya dibenarkan untuk membawa wang RM 5.00 bagi setiap kumpulan dan sebuah telefon bimbit.Kira-kira jam 9.30 pagi,kami bertolak meninggalkan Dewan SITC untuk melaksanakan tugasan tersebut.Tempoh masa yang diberikan untuk melaksanakan tugasan ini adalah sehingga jam 2.00 petang. Destinasi pertama yang kami tuju ialah di Restoran Nasi Kandar, di restoran tersebut kami telah menjadi pelayan dan juga menjadi tukang buat air. Kami melakukan kerja di restoran tersebut selama hamper 1 jam dan tuan kedai tersebut dengan ikhlasnya telah memberi kumpulan kami sebanyak rm 10 sebagai upah atas pekerjaan yang telah kami lakukan. Selepas itu kami memulakan perjalanan kami untuk mencari apa saja kerja amal yang boleh kami lakukan untuk mendapat dana.kerja kedua yang kami lakukan ialah di sebuah kedai yang menjual kereta Proton.

Disini golongan lelaki telah membasuh sebuah kereta Proton Exora manakala perempuan pula akan membersihkan bahagian dalam kedai tersebut.setelah selesai melakukan tugas tersebut kamitidak mendapat apa-apa sumbangan dari pihak proton, tetapi ianya tidak apa kerna kami melakukan tugas tersebut dengan ikhlas semuanya demi kebajikan.Sesudah itu, kami mengadakan perbincangan kumpulan untuk menentukan arah tuju kumpulan kami selepas ini.Ahli kumpulan kami mencadangkan supaya kami mencuba nasib di pakan tanjung malim pula.Semua ahli kumpulan bersetuju dan kami terus memulakan perjalanan kami ke pekan.Dalam perjalanan ke pekan kami sempat singgah di balai bomba Tanjung Malim, disini kami telah mengemas kawasan sekitar balai bomba tersebut.Apabila tiba di pekan kami memulakan tugas untuk mencari apakah pekerjaan yang dapat kami lakukan semasa berada di pekan Tanjung malim. Tugas pertama yang kami lakukan ialah di sebuah kedai menjahit baju, di sini golongan perempuan melakukan kerja-kerja mengemas kedai tersebut dan telah mendapa rm10 sebagai sumbangan daripada tuan kedai tersebut. Kemudiannya kami telah singgah di sebuah kedai gunting rambut dan disitu kami juga mengambil kerja mengemas kedai gunting itu.Tukang gunting itu juga telah menyumbangkan kami rm 10. Jam telah menunjukkan pukul 1.15 tengah hari, kumpulan kami hanya dapat mengumpul rm 30. Kami perlu mengumpul rm 100 bagi menepati syarat yang telah ditetapkan oleh fasilitator. Oleh kerana kami telah kesuntukan masa, ketua kumpulan kami iaitu Teh mencadangkan supaya kami pulang ke dewan SITC kerana kumpulan yang lewat akan dikenakan denda. Dalam perjalanan pulang seorang daripada ahli kumpulan kami ingin mencuba nasib untuk meminta untuk melakukan kerja di sebuah kedai makan iaitu Abuya. Setelah tiba di sana, kami telah bercakap dengan tuan kedai abuya, beliau memberitahu bahawa kami boleh membuat kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar kedai itu. Kami menyapu sampah di kawasan kedai itu dan membuang sampah-

sampah yang harus dibuang. Setelah selesai semua itu, tuan kedai tersebut telah memberikan kami makan mee goreng dan memberikan sumbangan sebanyak rm 20. Kami tiba di dewan SITC pada pukul 1.55.kami dibenarkan solat dan berehat serta makan tengah hari. Kemudian kami diberi tugasan baru iaitu membina struktur kenderaan menggunakan semua ahli kumpulan serta sedikit prop. Kumpulan kami mendapat tugasan untuk membentuk sebuah jengkaut, kami cuba memikirkan cara untuk membentuk jengkaut yang diminta oleh fasilitator. Hasil daripada perbincangan kumpulan kami Berjaya membentuk badan jengkaut dan menggunakan penyodok sampah sebagai jengkaut.Apabila fasilitator meminta semua kumpulan untuk mempersembahkan tugasan mereka, kumpulan kami menawarkan diri utuk menjadi kumpulan yang pertama untuk mempersembakannya. Persembahan kami agak baik kerana peserta lain dapat meneka bentuk kenderaan yang kami lakukan.Selepas itu, En.Che Anuar memanggil wakil setiap kumpulan memberi refleksi program dan beliau menerangkan matlamat serta objektif program teresebut diadakan. Peserta program dibenarkan pulang pada jam 6.30 petang.sebelum itu kami memberikan wang dana yang kami kumpul sebanyak RM50.00 kepada pihak penganjur untuk diberikan kepada rumah anak yatim Tanjung Malim.

2.2

KELEMAHAN DIRI SEBELUM IKUTI PROGRAM TERSEBUT Sebelum sertai program tersebut, terdapat banyak kelemahan dalam diri saya. Antaranya

tidak menghargai pengorbanan ibu bapa dalam mencari wang untuk perbelanjaan anak-anak. Saya juga seorang insan yang tidak sabar dan tidak mementingkan semangat setia kawan sebelum menyertai program tersebut. Saya juga seorang yang agak pemalas dan tidak suka berfikir secara keatif dan inovatif untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan apabila menghadapinya dan banyak lagi kelemahan diri yang dapat dipastikan dalam diri saya sebagai insan yang biasa dan sering melakukan kesalahan. 2.3 KEKUATAN YANG DAPAT DIPEROLEHI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi setelah mengikuti program tersebut. Contohnya, sya kini sedar betapa susahnya untuk berjuang demi meneruskan dan manjayakan sesuatu amanah dan memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan serta memupuk semangat tidak kenal erti kalah. Program ini juga mengajar saya untuk terus berjuang dan jangan mengaku kalah dipertengahan jalan, saya juga kini mula mementingkan semangat setiakawan dan lain-lain lagi.

2.4

SEJAUH MANA MINAT SAYA DALAM BIDANG PERGURUAN? Sebelum saya mengikuti program ini,saya sememangnya mempunyai minat dalam bidang

perguruan.Sememangnya pekerjaan ini pekarjaan yang dianggap mulia tetapi itu bukanlah faktor utama untuk saya memilih perguruan sebagai bidang kerjaya saya.Saya memminati bidang perguruan ini kerana saya minat untuk berkongsi pengetahuan yang saya ada dengan orang lain dan mempunyai sikap yang ingin mendidik seseorang itu ke arah kebaikan.Semasa mengikuti

program ini pula,saya dapat menilai bahawa kemahiran yang saya ada untuk menjadi seorang guru yang bersahsiah tinggi masih kurang.Masih terdapat banyak kelemahan dalam diri saya yang perlu diperbaiki.Selepas saya mengikuti program ini,saya masih meminati bidang perguruan dan sebenarnya bidang ini memerlukan ketabahan dan sesungguhnya bidang kerjaya ini bukanlah bidang yang mudah.Bidang ini sebenarnya memerlukan kekuatan emosi,mental dan juga rohani.Saya dapat menilai bahawa untuk menjadi seorang guru,bukan sahaja minat yang diperlukan tetapi akademik yang cemerlang dan keseimbangan dari segi emosi,mental dan juga rohani diperlukan.

2.5

SEJAUH MANA SEMANGAT UNTUK MENJADI GURU YANG BAIK? Sememangnya saya mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi seorang guru yang

baik.Saya percaya bahawa dengan adanya semangat yang tinggi ini secara tidak langsung dapat mendidik saya untuk membentuk guru yang bersahsiah tinggi.Masih ada masa lagi untuk saya berubah ke arah kebaikan dan menepati ciri-ciri guru yang bersahsiah. Dengan adanya kursus Pembangunan Sahsiah ini,sudah pasti dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang baik dan mempunyai ahlak yang tinggi.

2.6

CADANGAN DAN TINDAKAN Cadangan dan tindakan yang dapat membantu meningkatkan sahsiah bakal guru ialah

menerapkan semangat cinta akan profession keguruan sebelum membenarkan mereka bertugas.hal ini kerana banyak masalah sahsiah yang berlaku sekarang yang melibatkan guru kerana mereka tiada minat dalam bidang keguruan sebagai pendidik, sebaliknya hanya mengajar untuk mendapatkan gaji. Yang kedua pula, program-program yang melibatkan sahsiah perguruan perlu diadakan dengan lebih banyak dan perlu di pantau dari masa ke semasa.

3.1

KESIMPULAN Pada pandangan saya, program ini relevan dilakukan tetapi slot dalam program banyak yang mengajar kita menari bukan kepada sahsiah perguruan. Sepatutnya pihak penganjur perlu membuat suatu slot yang lebih mendekatkan diri peserta dengan sahsiah. Tambahan pula pergaulan antara peserta lelaki dan wanita terlalu rapat. Hal ini tidak manis dilihat kerana program ini dilakukan bawah nama Pembangunan Sahsiah.

Kesimpulannya,program ini sangat relevan dilaksanakan untuk meningkatkan sahsiah guru. Hal ini kerana,nilai-nilai dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang guru ada diterapkan sepanjang aktiviti. Program ini mengajar seseorang itu untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh cekal. Walaupun pengalaman yang diperolehi itu tidak digunakan sekarang, tetapi pengalaman tersebut penting apabila pelajar berada di dalam dunia kerjaya pada masa akan datang. Program ini banyak memberikan faedah sekiranya diwajibkan untuk semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak kira mereka mendaftar kursus Pembangunan Sahsiah ataupun tidak kerana program ini menyentuh

tentang aspek kehidupan. Diharapkan agar pengalaman yang ditimba sepanjang program ini dilaksanakan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga kemahiran guru yang diajar digunakan apabila sudah bergelar guru yang sebenar. Diharapkan juga guruguru kelahiran Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai sahsiah guru yang unggul di samping mempunyai pemikiran yang seimbang dari segi emosi, jasmani, mental dan intelek.

GROUP 13

THE EPITOME