Anda di halaman 1dari 11

UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN BIODIVERSITI DAN ADAPTASI HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1.

Mengetahui maksud diversiti dalam Biol ogi. 2. Mengetahui jenis-jenis adaptasi secara umum. 3. Menunjukkan rasa syukur terhadap kepentingan biodiversiti dan adaptasi. PENGENALAN D iversiti dalam Biologi memberi maksud kepelbagaian organisma. Organisma yang dim aksudkan ini adalah organisma hidup yang bersaiz mikro seperti bakteria dan hama sehingga ke saiz makro seperti gajah dan ikan paus. Diversiti organisma boleh d ikelaskan ke dalam Domain, Alam, Famili sehingga ke varieti atau subspesies. Set iap organisma ini ada yang telah wujud di muka bumi sebelum kewujudan manusia da n ada juga yang baru. Untuk meneruskan kehidupan di pelbagai keadaan di bumi, or ganisma ini telah beradaptasi. Adaptasi telah menyebabkan mereka berjaya mengeka lkan generasi mereka di dunia ini. Mari kita selidiki kebun di sekolah kita. And a boleh lihat pelbagai jenis tumbuhan jenis berbunga, tidak berbunga. Ada yang b oleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Ada juga tumbuhan yang hidup di atas pokok lain. Jika anda perhati di celah-celah tumbuhan rimbun, anda akan terjumpa ulat gonggok, cacing, siput dan sebagainya. Bagaimanakah organisma ini menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka? ISI KANDUNGAN Maksud Diversiti Dan Adaptasi O rganisma telah dibahagikan kepada Tiga domain utama yang mana selanjutnya dibaha gikan kepada Enam alam mengikut jenis sel dan ciri-ciri hidup organisma itu. Pem bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab 2. Dalam bab ini, k ita hanya membincangkan organisma dan adaptasinya secara umum untuk

kemandirian hidup dan meneruskan generasi mereka. Tajuk-tajuk yang diperkenalkan adalah menerangkan maksud-maksud yang berkaitan dengan adaptasi. Secara umumnya diversiti itu bermaksud kepelbagaian yang wujud tentang sesuatu perkara. Di dal am konteks ini diversiti itu merujuk kepada berapa banyak hidupan sama ada tumbu han, haiwan ataupun kumpulan lain yang terdapat di kawasan tersebut. Pada kebias aannya kita merujuk kepada bilangan spesies yang ada. Namun begitu, di dalam ilm u Biologi, diversiti ini lebih biasa dikenali sebagai Kepelbagaian Biologi. Ahli -ahli Biologi membahagi kepelbagaian biologi ini kepada tiga tahap atau peringka t. Tahap pertama ialah Kepelbagaian Genetik. Ini merujuk kepada semua bahan gene tik (takungan gen) yang terdapat di dalam kumpulan organisma yang ada. Tahap ked ua pula merujuk kepada Kepelbagaian Spesies. Pada tahap ini kita lebih berminat untuk mengetahui berapa spesies yang ada di kawasan tersebut sementara tahap ket iga ialah Kepelbagaian Ekosistem. Tahap ini merujuk kepada semua kepelbagaian je nis habitat yang diduduki oleh organisma yang terdapat di sekitar kawasan terseb ut. Pernah anda terfikir bagaimana organisma tersebut boleh hidup dan berjaya be rkembang biak di sesuatu kawasan? Apakah ciri-ciri yang mereka punyai sehingga m embolehkan mereka hidup di situ? Jika anda berjaya mendapatkan jawapan tersebut, sebenarnya anda dapat menerangkan adaptasi organisma tersebut di sesuatu kawasa n yang dimaksudkan. Adaptasi bermaksud suatu sifat yang dimiliki oleh organisma yang membolehkan organisma tersebut menyesuaikan diri dan bermandiri di dalam se suatu habitat. Seekor beruang kutub mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah lapisan kulitnya bagi membolehkan ia tahan suhu yang sejuk di kutub. Burung hant u mempunyai deria yang cukup peka bagi mengesan sebarang gerakan di sekelilingny a. Dengan itu, burung hantu amat cekap dalam memburu bagi mendapatkan makanan. P okok sirih mempunyai kebolehan untuk memanjat bagi membolehkan ia mendapatkan ca haya yang cukup bagi menjalankan proses fotosintesis dalam menghasilkan makanann ya sendiri. Penyesuaian serta ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah merupakan proses adaptasi oleh organisma bagi meneruskan hidup dan berjaya tinggal di ses uatu habitat. Kelebihan kepada individu yang dapat beradaptasi terhadap habitatn ya dapat dilihat melalui berbagai cara: 1. Berjaya menguasai sumber yang ada sep erti cahaya, ruang, bahan makanan serta pasangan. Mengatasi tekanan persekitaran daripada faktor fizikal seperti suhu dan kelembapan. Dapat mempertahankan diri daripada pesaing yang ada di habitat yang sama. Menjalankan proses mengawan dan amat reproduktif. 2. 3. 4.

Kebolehsuaian Dan Kekuatan (Fitness) Individu yang berjaya mendiami sesuatu habitat biasanya akan berkembang biak. Le bih ramai atau banyak anak yang dihasilkan, menunjukkan individu tersebut lebih berjaya di dalam kebolehsuaian dan mempunyai nilai kekuatan yang lebih tinggi. N ilai ini biasanya berkait rapat dengan proses pemilihan semula jadi. Oleh sebab itu, nilai kekuatan oleh sesuatu individu berubah-ubah mengikut habitat kerana i a bergantung kepada ciri atau alel yang dimiliki oleh individu tersebut dipilih atau tidak di persekitaran tersebut. Dengan kata lain, kekuatan ini boleh diliha t dari dua sudut iaitu melalui fenotip (sifat-sifat luaran organisma) atau genot ip (ciri-ciri bahan genetik yang ada) yang dimiliki oleh individu tersebut. Bagi memenuhi proses pemilihan semula jadi ini, terdapat dua syarat yang perlu dipat uhi iaitu: 1. Variasi yang wujud di kalangan individu di dalam sesuatu populasi mestilah mempunyai ciri yang boleh diwarisi. 2. Variasi ini menyebabkan perbezaa n kepada setiap individu dari segi mandiri dan pembiakan mereka. Pada kebiasaann ya, kekuatan individu diukur melalui dua cara iaitu kekuatan mutlak ( abs) dan kekua tan relatif ( rel). Pengukuran ini perlulah dibuat sekurangkurangnya pada satu gener asi. Bagi kekuatan mutlak, ia boleh dikira dengan mengambil kira jumlah perkadar an anak pada generasi kedua berbanding bilangan anak pada generasi sebelumnya. S ekiranya nilai melebihi 1, ini bermakna bilangan individu yang memiliki ciri ata u genotip tersebut semakin meningkat. Sekiranya kurang daripada 1, bermakna ciri atau genotip tersebut semakin berkurangan di persekitaran. Bagi kekuatan relati f, perkiraan dibuat dengan membahagikan nilai purata progeni yang membawa genoti p yang dipilih dengan nilai purata semua progeni yang membawa genotip lain selep as satu generasi. Sebenarnya apa yang diukur di sini ialah kecekapan sesuatu ale l yang terpilih itu diturunkan kepada generasi yang berikutnya. Ini adalah keran a kepentingan alel tersebut bagi kelangsungan dan kejayaan sesuatu individu untu k terus hidup. Aktiviti 1 Cuba anda lakukan pengecaman ke atas dua atau tiga org anisma yang boleh anda dapati di sekeliling tempat tinggal atau tempat kerja and a. Perhatikan apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh organisma tersebut? Cuba padan kan ciri-ciri tersebut dengan kebolehan mereka untuk terus hidup di kawasan ters ebut. Cuba fikirkan adakah ciri tersebut menjadikan mereka sesuai untuk hidup di situ.

Jenis adaptasi Secara umumnya adaptasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 1. Adaptasi morfologi Ia berkaitan dengan adaptasi yang dapat dilihat pada bentuk tubuh orga nisma. Sebagai contoh, burung mempunyai bentuk dan saiz paruh yang berbeza-beza bergantung kepada jenis makanannya. Seekor burung kelicap mempunyai paruh yang p anjang meruncing kerana mudah mendapatkan nektar dari bunga. Helang mempunyai pa ruh yang kuat dan tajam bagi menyiat daging mangsanya. 2. Adaptasi fisiologi Ia berkaitan adaptasi fungsi organ-organ tubuh mahu pun sistem dalaman tubuh. Sebag ai contoh haiwan ruminan mempunyai hubungan mutualisme dengan bakteria tertentu bagi menghasilkan enzim selulase bagi menghuraikan ikatan glikosidik yang terdap at di dalam selulosa. Selain daripada itu, kelawar mempunyai kemampuan mengesan sumber makanan dengan bantuan sistem yang dikenali sebagai ekolokasi. 3. Adaptas i lakuan Ini merupakan perubahan terhadap tingkah laku yang terhasil daripada pe rubahan persekitaran. Sebagai contoh, organisma menghindari atau bergerak mening galkan sesuatu tempat sekiranya keadaan di situ kurang sesuai akibat perubahan f izikal atau mereka mengesan ada sumber yang boleh membahayakan mereka. Selain da ripada itu, kebanyakan haiwan jantan perlu melakukan ritual yang dapat memikat h aiwan betina sebelum mengawan. Jenis-jenis adaptasi ini boleh berlaku secara ser entak pada satu-satu masa bergantung kepada keadaan. Bagaimana organisma mampu m enghasilkan adaptasi yang sedemikian, Ia amat bergantung kepada proses evolusi d i dalam biologi dan biasanya ia perlu mengambil masa pada satu tempoh yang terte ntu. Ko-adaptasi Anda mungkin pernah terbaca tentang ko-adaptasi. Situasi ini biasanya melibatkan dua keadaan atau dua belah pihak yang saling bergerak balas bagi mencapai sesua tu maksud. Proses timbal balik ini penting bagi kedua-dua pihak mendapat keuntun gan. Ada kalanya proses ini perlu bagi memastikan sebelah pihak lagi kalah atau rugi. Ini dapat dilihat semasa proses persaingan atau pemangsaan. Proses evolusi ini boleh dilihat pada tiga situasi mutualisme yang berbeza iaitu spesies, orga n dan kompleks gen. Hubungan simbiosis antara dua atau lebih spesies merupakan a ntara contoh yang mudah difahami. Ia merupakan interaksi antara dua atau lebih o rganisma yang hidup berdampingan. Anda biasa melihat rama-rama hinggap pada seku ntum bunga. Ini merupakan hubungan simbiosis yang membawa keuntungan kepada kedu a-dua belah pihak. Ketika rama-rama mendapatkan makanan pada bunga,

pada masa yang sama proses pendebungaan dibantu oleh rama-rama tersebut. Struktu r pada rama-rama dan warna bunga menjadi elemen yang menyebabkan hubungan ini be rjaya. Seekor harimau harus sentiasa mempunyai strategi bagi menangkap seekor ru sa untuk dijadikan makanan. Pada masa yang sama, rusa tersebut harus mencari jal an agar tidak dikesan oleh harimau tadi dan seterusnya mengelakkan dirinya darip ada ditangkap dan dibunuh oleh harimau tadi. Situasi ini harus bertimbal balik a gar salah satu pihak akan menang. Sekiranya harimau yang menang, dia akan mendap at makanan untuk dirinya dan keluarganya, tetapi kalau rusa yang menang dia teru s hidup dan menghasilkan generasi yang berikutnya dan harimau pula kelaparan. Penyamaran Penyamaran turut menjadi satu kaedah adaptasi di persekitaran semula jadi. Defin isi penyamaran ialah satu kaedah kripsis yang membolehkan suatu organisma menjad i tidak jelas dalam persekitarannya. Tujuan penyamaran adalah sama seperti yang telah kita bincangkan di atas. Antara contoh di alam ini ialah harimau belang me mpunyai jalur pada bahagian tubuh yang menyamai persekitaran. Tentera juga berpa kaian yang menyerupai tempat operasi bagi mengelirukan musuh. Jika diperhatikan di alam ini, penyamaran boleh berlaku secara morfologi, kimia mahupun kelakuan o rganisma itu sendiri. Secara amnya kita dapat perhatikan bentuk-bentuk penyamara n seperti: 1. Corak warna kriptik, iaitu organisma mempunyai warna yang sama den gan persekitaran. 2. Bentuk tubuh yang tidak simetri. 3. Bahagian mata yang ters embunyi. 4. Mimik kepada sesuatu objek lain. 5. Berpura-pura mati atau tidak ber gerak. 6. Mengeluarkan bunyi yang sama dengan mangsa atau pemangsa. 7. Mengeluar kan feromon yang sama dengan mangsa. Trait bukan diadaptasi dan organ vestigial Kita dapati sesetengah ciri yang ada pada organisma bukanlah merupakan ciri yang perlu untuk proses adaptasi pada persekitaran tersebut. Walau bagaimanapun orga nisma masih mempunyai ciri tersebut. Sebagai contoh, setiap manusia yang dilahir kan mempunyai struktur apendiks. Sehingga sekarang dunia perubatan masih tidak d apat memberikan fungsi struktur apendiks yang jelas apatah lagi keperluannya seb agai ciri yang beradaptasi dengan persekitaran. Seperti mana yang kita ketahui, gen mempunyai kesan pleiotropik. Ini bermakna penyesuaian ciri tersebut mungkin berfungsi pada masa yang lain dalam

kehidupan kita. Atau pun fungsinya mungkin relevan dengan generasi terdahulu. Wa lau bagaimana pun disebabkan budaya, gaya dan cara hidup kita yang telah berubah , struktur atau ciri tersebut langsung menjadi tidak relevan dengan kehidupan ki ta sekarang. Oleh kerana proses pemilihan semula jadi sentiasa berlaku, maka cir i atau struktur ini hilang dengan sendirinya kerana tidak lagi berfungsi untuk k ehidupan. Tambahan pula dari segi kos untuk kehidupan adalah lebih ekonomi untuk struktur ini dihapuskan. Sekiranya ini berlaku, organ atau struktur yang dimaks udkan itu dikenali sebagai organ vestigial. Contoh lain ialah kehadiran gigi mol ar bongsu pada usia yang lewat. Pemupusan Adalah jelas kepada kita bahawa setiap organisma yang tidak dapat beradaptasi de ngan persekitaran disingkirkan daripada persekitaran tersebut. Ini menyebabkan k ehilangan sebahagian individu atau keseluruhan populasi. Apabila ini berlaku, ki ta katakan bahawa organisma itu mengalami kepupusan. Ahli Biologi Pemuliharaan m enganggarkan kadar spesies yang pupus pada setiap tahun ialah 0.27%. Mereka meng aitkan beberapa faktor yang menyebabkan sesuatu organisma atau spesies itu menga lami kepupusan, antaranya ialah: 1. Adaptasi yang terhad dan daya ketahanan yang lemah. Sesetengah spesies tidak dapat bertahan terhadap perubahan persekitaran kerana keupayaan reproduktif mereka yang rendah, bilangan individu yang kecil, s trategi penyerakan yang terhad dan tidak dapat bertoleransi dengan keperluan hab itat yang mengalami perubahan. 2. Mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada manusia. Aktiviti pemburuan bagi tujuan mengkomersialkannya biasanya bo leh menurunkan bilangan individu secara mendadak dan membawa kepada bahaya kepup usan. 3. Pertindihan ekologi. Biasanya spesies ini menghadapi konflik dengan kep erluan manusia terutama dari segi perkongsian habitat. Manusia menyingkirkan sem ua spesies yang tidak berkaitan dari kawasan yang dibangunkan dan biasanya akiba t daripada pemusnahan habitat, berlaku kepupusan organisma. 4. Keperluan kawasan atau banjaran kediaman yang luas. Akibat daripada arus pembangunan, kawasan ked iaman spesies liar semakin mengecil dan ini mengancam kemandirian populasi terse but. Fleksibiliti Hal ini berkaitan dengan kebolehan organisma untuk bergerak balas terhadap perub ahan yang berlaku terhadap persekitaran habitatnya mahupun keupayaan untuk organ isma tersebut berpindah ke habitat baharu. Keupayaan untuk bergerak balas oleh o rganisma merupakan satu ciri yang boleh diwarisi dan berbeza-beza mengikut indiv idu.

Spesies yang amat spesifik (specialist) biasanya mendiami julat habitat yang ama t sempit dan mengkhusus. Fleksibiliti bagi mereka amatlah rendah berbanding deng an spesies yang lebih umum (generalist). Spesies spesifik ini pada kebiasaannya mendapatkan sumber makanan yang begitu spesifik di habitatnya dan tidak dapat be radaptasi sekiranya berlaku perubahan terhadap habitat yang memberi kesan terhad ap sumber makanannya. Contoh organisma seperti ini ialah koala yang amat bergant ung pada daun eukaliptus dan panda yang bergantung kepada buluh. Haiwan yang umu m adalah seperti tikus, kucing dan kebanyakan karnivor. Aktiviti 2 Cuba anda kumpulkan maklumat mengenai panda dan adaptasi yang terdapat pada haiw an ini yang menjadikan spesies ini begitu spesifik. Senaraikan maklumat tersebut dalam bentuk jadual. Aklimasi Sekiranya anda berpindah ke kawasan tanah tinggi, anda mengalami masalah pernafa san yang disebabkan oleh bekalan oksigen yang rendah. Setelah beberapa lama anda di situ, anda menjadi biasa dengan keadaan tersebut dan tidak lagi mengalami se barang masalah. Hal ini terjadi kerana anda telah mengalami proses aklimasi di m ana sistem tubuh anda dengan sendirinya meningkatkan penghasilan sel darah merah yang berfungsi dalam pengangkutan oksigen. Kebolehan tubuh anda untuk menjalani proses aklimasi merupakan proses adaptasi. Dalam tempoh yang panjang, kumpulan yang telah mengalami proses ini melahirkan lebih ramai anak. Dari satu generasi ke satu generasi bilangan individu dengan ciri ini terus meningkat dan mendomina si populasi di tempat tersebut. Organisma mampu menunjukkan proses ini baik seca ra biokimia mahupun morfologi. Pembelajaran Proses pembelajaran oleh haiwan merupakan sebahagian daripada sistem sosial popu lasi. Proses ini amat penting terutama sekali kepada manusia bagi menjamin kejay aan dalam meneruskan kehidupan. Proses ini tidak melibatkan aliran bahan genetik . Biasanya ia melibatkan proses pemerhatian oleh suatu individu terhadap perlaku an yang dilakukan oleh individu lain. Akhirnya perlakuan tersebut ditiru kerana ia mendatangkan keuntungan kepada pemerhati. Sebagai contoh, mengikat tali kasut adalah proses pembelajaran yang boleh ditiru dari orang lain. Cara memburu bagi mendapatkan makanan juga merupakan sesuatu yang boleh dipelajari. Pembelajaran merupakan sebahagian daripada keperluan untuk organisma terus hidup. Ia memboleh kan individu mengatasi tekanan daripada persekitaran. Dalam ilmu

tingkah laku (ethology) terdapat dua lakuan yang dibezakan iaitu lakuan pembelaj aran dan lakuan inat (secara naluri). Lakuan inat biasanya diwarisi. Aktiviti 3 Berdasarkan pengalaman anda, cuba senaraikan setiap satunya lima contoh lakuan p embelajaran dan lakuan inat. Pada fikiran anda lakuan yang manakah yang lebih pe nting? Jelaskan. RINGKASAN 1. Diversiti di dalam biologi bermaksud kepelbagaian yang boleh dilihat pada tig a tahap, iaitu kepelbagaian spesies, kepelbagaian genetik dan kepelbagaian ekosi stem. 2. Adaptasi bermaksud suatu sifat yang dimiliki oleh organisma yang membol ehkan organisma tersebut menyesuaikan diri dan bermandiri di dalam sesuatu habit at. 3. Tahap kebolehsuaian dan kekuatan sesuatu organisma bergantung kepada alel yang menonjolkan ciri-ciri yang menjadi pilihan dalam proses pemilihan semula j adi. 4. Kekuatan (fitness) sesuatu organisma dapat diterangkan dalam bentuk keku atan mutlak dan kekuatan relatif. 5. Terdapat tiga jenis adaptasi iaitu adaptasi morfologi, adaptasi fisiologi dan adaptasi kelakuan. 6. Ko-adaptasi melibatkan proses timbal balik bagi pihak-pihak yang terlibat bagi mencapai tujuan masing-m asing. 7. Penyamaran ialah satu kaedah kripsis yang membolehkan suatu organisma menjadi tidak jelas dalam persekitarannya. 8. Gen mempunyai kesan pleiotropik. I ni menyebabkan terdapat ciri atau struktur yang tidak berfungsi atau diperlukan pada masa tersebut. Struktur yang menunjukkan ciri ini dikenali sebagai organ ve stigial. 9. Organisma yang tidak beradaptasi mengikut keperluan persekitaran sem asa akan mengalami kepupusan. 10. Kebolehan organisma untuk bergerak balas terha dap perubahan yang berlaku terhadap persekitaran habitatnya dikenali sebagai fle ksibiliti. 11. Kebolehan tubuh mengalami perubahan fisiologi sebagai tanda gerak balas terhadap perubahan habitat dikenali sebagai aklimasi.

12. Proses pembelajaran tidak melibatkan aliran bahan genetik. 13. Dalam ilmu ti ngkah laku (ethology) terdapat dua lakuan yang dibezakan iaitu lakuan pembelajar an dan lakuan inat (secara naluri). PETA KONSEP Fahami Peta Konsep di bawah. 14. 15. Menguasai sumber Mengatasi tekanan persekitaran Mempertahankan diri Membiak Variasi yang boleh diwarisi Kelebihan Adaptasi organisma Kebolehsuaian dan ketahanan, Fleksibiliti Aklimasi Pemilihan semulajadi Adaptasi - Morfologi - Fisiologi - Lakuan Jenis-jenis adaptasi Ko-adaptasi Penyamaran KATA KUNCI 1. Diversiti 2. Kripsis

3. Adaptasi 5. Kekuatan (fitness) 7. Pemilihan semula jadi 9. Kekuatan mutlak 11 . Kekuatan relatif 13. Simbiosis 15. Lakuan pembelajaran 17. Lakuan inat 19. Kri psis 21. Spesies spesifik 23. Spesies umum 4. Organ vestigial 6. Kesan Pleiotropik 8. Fleksibiliti 10. Spesies spesifik 12. Spesies umum 14. Aklimasi 16. Organ vestigial 18. Kesan Pleiotropik 20. Fleksib iliti 22. Aklimasi PENILAIAN KENDIRI 1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian spesies, kepelbagaian g enetik dan kepelbagaian ekosistem? 2. Proses pemilihan semula jadi merupakan day a yang mempengaruhi proses adaptasi. Terangkan bagaimana proses pemilihan semula jadi ini bertindak di alam semula jadi. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan organ vestigial? Jelaskan tiga contoh bagi organ vestigial. 4. Bincangkan jenis-jenis adaptasi. RUJUKAN Noyd, R. K., Krueger, J. A. & Hill, K. M. (2014). Biology: Organisms And Adaptat ions (International edition). Australia: Brooks/Cole. Cengage Learning. Starr, C ., Evers, A., & Starr, L. (2007). Basic Concepts in Biology (6th ed.). Singapore : Thompson/Brooks/Cole.

Anda mungkin juga menyukai