Anda di halaman 1dari 3

Permainan Baling Selipar

Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua dalam kalangan orang Melayu dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Ia lebih kurang sama seperti permainan baling tin, cuma peralatan yang digunakan ditukarkan kepada selipar. 4 selipar diperlukan untuk permainan ini. 3 selipar disusun menegak dan 1 lagi selipar digunakan untuk membaling 3 selipar yang disusun menegak. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Permainan ini tidak terkenal di negara sejuk seperti United Kingdom dan Rusia memandangkan masyarakatnya selalu memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi koma dan merbahaya jika kasut dibaling terkena kepala.

Cara Permainan Baling Selipar

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Permainan ini boleh dimainkan oleh budak lelaki mahupun perempuan.

Sebelum memulakan permainan, pemain perlulah melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.

Sebelum memulakan permainan, selipar disusun terlebih dahulu. Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun.

Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali balingan untuk menjatuhkan semua selipar.

Susunan selipar adalah seperti Rajah 1.

Jika pemain berjaya menjatuhkan semua selipar, maka tugas pemain kumpulan kedua adalah membaling selipar ke arah pemain kumpulan utama untuk mematikannya.

Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula selipar, maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.

Kelebihan Permainan Baling Selipar Menyihatkan tubuh badan Menggalakkan perkembangan motor kasar dan motor halus Meningkatkan tahap kecekapan dan ketangkasan pemain Melatih pemain untuk menyusun strategi dengan baik Memupuk semangat bekerjasama sesama ahli kumpulan Menggalakkan komunikasi sesama ahli kumpulan Membina ikatan hubungan yang baik sesama ahli kumpulan Membina jati diri yang utuh ke dalam diri pemain Menanamkan nilai-nilai yang positif ke dalam diri pemain

Kekurangan/keburukan Permainan Baling Selipar Boleh mengakibatkan kecederaan sekiranya:- pemain terjatuh ketika berlari bagi mengelakkan diri daripada terkeluar daripada permainan - dibaling dengan selipar terlampau kuat

Aplikasi terhadap P&P Melatih murid supaya sentiasa fokus dalam melakukan sesuatu tugasan Murid menjadi lebih aktif semasa menjalankan sesuatu aktiviti Menarik minat murid untuk belajar dan mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti Menggalakkan komunikasi murid dengan guru dan rakan-rakan