Anda di halaman 1dari 31

GAMBAR RAJAH 1

PEMBUKA BICARA

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Terlalu banyak garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Terlalu sedikit serat Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

KESIMPULAN

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah". Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lainlain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

GAMBAR RAJAH 2

Tentang Gizi Seimbang


Gizi seimbang adalah susunan makanan sehari-hari yang mengandung zat gizi dalam jenis dan jumlah yang sesuai dengan kebutuhan tubuh, dengan memerhatikan prinsip keanekaragaman atau variasi makanan, aktivitas fisik, kebersihan, dan berat badan (BB) ideal. Jika seseorang mengalami kekurangan gizi, yang terjadi akibat asupan gizi di bawah kebutuhan, maka ia akan lebih rentan terkena penyakit dan kurang produktif. Sebaliknya, jika memiliki kelebihan gizi akibat asupan gizi yang melebihi kebutuhan, serta pola makan yang padat energi (kalori) maka ia akan beresiko terkena berbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dsb. Karena itu, pedoman gizi seimbang disusun berdasarkan kebutuhan yang berbeda pada setiap golongan usia, status kesehatan dan aktivitas fisik. Untuk membantu setiap orang memilih makanan dengan jenis dan jumlah yang tepat, kebutuhan asupan gizi divisualisasikan dalam bentuk Tumpeng Gizi Seimbang (TGS), yang terdiri atas potongan-potongan tumpeng. Luasnya potongan menunjukkan porsi yang harus dikonsumsi setiap hari. TGS dialasi air putih, artinya air putih merupakan bagian terbesar dari zat gizi esensial bagi kehidupan untuk hidup sehat dan aktif. Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. Gizi seimbang mesti mengandungi karbohidrat dan lipid yang mencukupi untuk membekalkan tenaga. Protein diperlukan untuk membina tisu baru dan menggantikan sel yang telah rosak atau mati. Vitamin dan garam mineral pula diperlukan untuk pemeliharaan kesihatan badan. Serabut diperlukan untuk merangsang tindakan peristalsis manakala air pula diperlukan sebagai medium tindak balas biokimia dalam badan.

GAMBAR RAJAH 3

Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.: 1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. 2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh. 3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. 6. Kurangkan garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema)

Misi bantuan kemanusiaan bawa 4.5 tan makanan, ubat


Daripada pengarang@utusan.com.my AZMAN MD NOOR

GAMBAR RAJAH 4

Kesemua 56 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di Kaherah pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan atau kirakira pukul 12.15 tengah hari waktu Malaysia, semalam.

KAHERAH 8 Dis. - Kesemua 56 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di bandar ini sebelum memasuki Gaza hari ini untuk menyerahkan sebanyak 430 kotak makanan dan bekalan ubat-ubatan bagi penduduk Palestin. Ketibaan kumpulan misi bantuan yang diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) itu disambut oleh Duta Malaysia di Mesir, Datuk Dr. Mohd. Fakrudin Abdul Mukti dan para pegawainya. Kesemua mereka akan berada di Gaza sehingga 17 Disember ini dengan enam anggota sukarelawan sudah pun berada di kawasan itu sejak minggu lalu. Abdul Azeez berkata, beliau bersyukur kerana kumpulan sukarelawan tersebut selamat tiba di sini untuk meneruskan misi membawa barangan makanan dan ubat-ubatan tersebut. "Dua buah lori dan sebuah bas akan digunakan bagi membawa dan mengangkut para sukarelawan serta barangan itu," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, Duta Malaysia di sini akan membantu pihaknya menguruskan penghantaran kesemua barangan tersebut..

Katanya, kumpulan berkenaan terdiri daripada anggota pasukan perubatan yang diketuai Datuk Dr. Mohd. Alwi Abdul Rahman dan turut serta dalam misi bantuan itu ialah Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dan Presiden Gerakan Gagasan Belia 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. Sementara itu, Mohd. Fakrudin berkata, pihaknya memberi jaminan kesemua barangan yang mahu dibawa ke Gaza akan dipastikan tiba dengan selamat. Kesemua sukarelawan akan memasuki sempadan Rafah kira-kira pukul 5 petang dengan jarak perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam.

GAMBAR RAJAH 5

12 Mac 13 : Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu

SUBANG, 12 Mac 13 YBhg Jen Tan Sri DatoSri Rodzali bin Daud TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan berupa bahan makanan dan surah Yassin yang di sampaikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat binti Abdul Jalil kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang. Sumbangan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang gigih mempertahankan kedaulatan negara dari serangan pihak pengganas di Sabah.

Malaysia sememangnya bertuah kerana terdiri daripada pelbagai agama yang berbeza dari segi agama, bahasa, dan budaya. Oleh itu, adab makanan bagi setiap agama adalah berbeza antara satu sama lain.

ADAB MAKAN CARA ISLAM


(1) Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersamasamanya. Hendaklah ia menggunakan tangan kanan. Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.

(2) (3)

(4) Hendaklah ia mengunyah makanan yang dimakan itu baik-baik dan selagi makanan itu belum di telan, janganlah pula ia mengambil yang lain. Kerana yang demikian itu dikira gelojoh. (5) Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja. (6) Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya. (7) Jangan letak piring atau sebagainya di atas roti atau lain-lain makanan, melainkan jika barang-barang itu memang mahu digunakan untuk memakan. (8) Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan. (9) Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buahbuahan yang lain yang berbiji atau berkulit.

(10) Janganlah dibiarkan makanan yang sudah basi bercampur dengan makanan yang baik, atau diletakkan bersam dalam satu piring, tetapi hendaklah mengasingkannya pada bekas yang lain, supaya tidak mengelirukan orang lain yang ingin memakannya. (11) Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.

Adab Selepas Makan


(1) (2) Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang. Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan yang terselit.

(3) Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap makanan yang telah direzekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat dari Allah.

Adab makan bersama


Bila makan bersama-sama orang ramai, haruslah diperhatikan perkara-perkara yang berikut; iaitu sebanyak tujuh perkara: (1) Jangan mulakan makan dulu bila ada hadir bersamanya orang yang mesti didahulukan, seperti orang tua atau orang yang lebih utama daripadanya. Tetapi jika mengambil makanan itu mengikut giliran dan sudah sampai pula gilirannya untuk mengambil, maka ketika itu janganlah ia melambat-lambatkan sehingga orang lain terpaksa menunggu lama, padahal mereka itu telah berkumpul untuk makan bersama-sama. (2) Janganlah sampai semua orang berdiam diri di waktu makan, tetapi sebaik-baiknya hendaklah berbual-bual tentang perkara-perkara yang baik.

(3) Janganlah makan dengan tamak, bahkan hendaklah mengingat kawan-kawan yang makan bersama-sama dalam satu hidang. Janganlah makan lebih dari kadar yang ditetapkan baginya kerana makan lebih dar kadar itu, hukumnya haram jika tidak mendapat keredhaan kawan yang memakan bersama-sama dalam satu hidangan. Sebaik-baiknya ia melebihkan makanan itu pada kawan-kawannya. Jangan pula memakan dua butir kurma sekaligus, melainkan jika semua orang yang makan sedikit, hendaklah ia menggalakkannya supaya menambah lagi dan menimbulkan seleranya untuk makan. Jika kawan itu menolak, bolehlah dipujuk hingga tiga kali, tidak lebih dari itu, kerana sesudah itu, tentulah ia akan merasa bosan dan menganggap itu sebagai memaksanya. Adapun bersumpah untuk memakan lagi adalah di larang. Berkata al-hasan bin Ali r.a: Makanan itu lebih ringan daripada seorang yang bersumpah untuk memjuk kawannya supaya makan lagi (Maksudnya jika tak dihabiskan pun tak mengapa, tetapi jangan bersumpah untuk menyuruh orang lain memakannya pent). (4) Janganlah terlalu menggesa kawan untuk memakan, sehingga ketara seolah-olah ia amat memerlukan makanan itu. Jangan pula memerhatikan kelakuannya ketika sedang makan: banyakkah, sedikitkah, bahkan hendaklah ia bersikap seperti seorang yang menanggung makan kawannya. Jangan pula meninggalkan lebihan makanan di tempat makannya, sedangkan selera untuk memakannya masih ada, kerana takut orang mengatakan gelojoh, sebab yang demikian itu adalah semacam kepura-puraan. Tetapi hendaklah ia makan seperti biasa, yakni seperti ia makan seorang diri di rumah. Sebaik-baiknya melatihkan diri bersopan-santun ketika makan bersendirian di rumah, supaya nanti tidak teragak-agak lagi untuk bersikap sama bila makan dengan orang ramai. Ya kalau boleh sewaktu makan beramai-ramai itu, dikurangi sedikit dari kadar makananan biasa untuk melebihkan kawang-kawannya, apatah lagi kalau, ia mengetahui bahwa mereka itu amat memerlukan makanan itu, maka sikap yang demikian adalah paling utama sekali. Begitu juga ia makan lebih dengan niat menggalakkan kawan-kawannya memakan lebih dan menaikkan semangat mereka untuk menambah lagi, maka itu adalah lebih baik pula.

(5) Tidak mengapa membasuh tangan di dalam bekas makanan itu (jika bekas itu telah bersih dari makanan pent) Oleh itu sayugialah tuan rumah sendiri yang patut menuangkan air untuk membasuh tangan tetamu-tetamunya. Demikianlah yang dilakukan oleh Imam-imam besar Malik dan SyafiI radhiallahuanhuma pada hari tetamu itu mula tinggal bersamanya. Mereka berkata: Janganlah engkau terperanjat pada apa yang engkau lihat daripadaku ini, sebab memberi khidmat kepada tetamu adalah suatu kewajiban. (6) Janganlah tuan rumah memerhatikan kelakuan tetamu-tetamunya ketika sedang makan, jangan mengawasinya, kelak dikhuatirinya mereka akan merasa malu, Sebaiknya bersikap pura-pura tidak nampak dan menumpukan segala perhatian pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi jika mereka sedang sedap makan. Janganlah pula berhenti dulu tetapi hendaklah menyuap terus sedikit demi sedikit, sehingga tetamu-tetamu itu merasa puas dengan makanan yang dihidangkan. Andaikata kerana sesuatu sebab, ia tidak dapat meneruskan makan-makanan itu, maka hendaklah ia meminta izin berhenti terlebih dulu, supaya mereka tidak merasa malu dengan kelakuan mereka itu. (7) Jangan melakukan sesuatu yang boleh menjijikkan orang lain, ataupun mencelupkan tangan ke dalam bekas makanan itu. Jangan terlampau menundukkan kepala ke bekas makanan, tatkala mahu menyuap makanan itu. Jika mahu mengeluarkan sesuatu dari mulut, hendaklah memalingkan muka dari bekas makanan itu, kemudian diambil dengan tangan kiri. Jangan dicelupkan suapan yang berlemak ke dalam cuka (atau sebagainya) kerana cara begitu mungkin tidak diingini oleh orang lain. Demikian pula dengan lebihan makanan yang telah digigit, jangan dicelupkan ke dalam lauk-pauk atau cuka. Jangan pula menyebut-nyebut hal-hal yang boleh menjijikan atau memuakkan ketika sedang makan.
GAMBAR RAJAH 6

ADAB MAKAN AGAMA HINDU

Bertafakur sebelum makan

Dalam masyarakat Hindu, mereka sering menggunakan daun pisang bagi menggantikan pinggan makan.

Sebelum dan selepas makan, tangan dicuci dengan menggunakan kendi air.

Menggunakan jari untuk makan.

Lauk-pauk diletakkan di dalam bekas besi yang tahan karat.

Makan dengan menggunakan tangan kanan.

Makan dengan tertib.

Tidak bercakap dengan kuat semasa makan

GAMBAR RAJAH 7

Daun pisang yang menggantikan pinggan mempunyai simbol tersendiri kepada masyarakat India. Dalam masyarakat India, sifat semula jadi pokok pisang yang mudah hidup diumpamakan seperti mengharapkan kesejahteraan dalam hidup.

ADAB MAKAN AGAMA BUDHA


Bertafakur sebelum makan. Dalam agama Budha, kebanyakan mereka menggunakan penyepit yang dipegang secara tegak. Ketika makan, mangkuk di angkat pada paras yang selesa supaya dapat menikmati hidangan dengan mudah. Kebiasaannya, mangkuk sup di angkat dengan menggunakan tangan kiri dan sup di ceduk menggunakan tangan kanan. Sisa makanan diletakkan di tepi piring layan atau mangkuk yang telah disediakan.
GAMBAR RAJAH 8

Kesimpulan

Jika kita teliti perkaitan antara ketiga-tiga agama yang paling tinggi peratusnya di Malaysia, terdapat beberapa ciri yang sama diterapkan di dalam adab atau etika ketika makan walaupun berlainan agama. Jadi di bawah ini saya senaraikan beberapa ciri adab makan yang sama tersebut:

Berdoa / bertafakur sebelum makan. Makan menggunakan tangan. Chopstik yang digunakan kaum Cina dipegang menggunakan tangan kanan. Cara makan seseorang itu adalah melambangkan keperibadian mereka. Adab itu sendiri iaitu semua agama menerapkan adab atau etika ketika makan kepada penganut masing-masing dan semestinya adab yang digariskan semuanya berlandaskan kesopanan dan tatatertib. Perkara ini digariskan adalah untuk kebaikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

NAMA TINGKATAN

: SHAHRUL BAHRIN B. HATTA : 2 DARUL NAIM

NO. KAD PENGENALAN : 750321115208 SUBJEK TAJUK NAMA GURU : SAINS : BEAD21 BAND6 : PUAN SITI NURHALIZA