Anda di halaman 1dari 17

K B | 79

a e

n r

a k

k e

k e

a r

n l

a u

k a n K h a s

cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This variation of the disorder is call ADHD.Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting. Menurut Oregan (2005) mendefin isikan ADHD seperti berikut ........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social and related difficulties. Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity ,bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusanmengganggu. Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. Merekasukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segalatugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukansesiapa yang bercakap dengan mereka. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & StatisticalManual

US), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangandan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (AmericanPsychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalahkanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnyakebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yangtidak sabar.Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHDmerujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yangmempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktifimpulsiviti yang lebih kerap danteruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkatperkembangan yang normal.

Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanakyang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilahgangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidangperubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidakmemberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalamgolongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalahdikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguanhiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.

Justeruitu, kanak-kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguandi bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh

1.0 Pendahuluan

Sering kali kita mendengar istilah hiperaktif yang merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkah laku terlampau aktif.Sebenarnya kanak-kanak hiperaktif adalah salah satu daripada kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD).Kehadiran kanak-kanak dengan ADHD di dalam keluarga sentiasa menimbulkan kekecohan dan memeningkan kepala ibu bapa atau pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal. Begitu juga di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP), guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana mereka sangat sukar memberi tumpuan dan sentiasa bergerak ke sana ke mari di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran guru di dalam kelas.

Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukarmenumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir,tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti.Kerapkali kanakkanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat.Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.Semangat berkobarkobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. 2.0 Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat.Istilah ini sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan.Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9). Pada awal kurun ke-20, kanak-kanak kategori ini dikenali sebagai hyperkineticdan dikatakan mengalami kecacatan otak minima.Selepas itu mereka dikenali sebagai hyperactive.

Pada tahun 1980, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoders-III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disoders (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu dan dijelaskan juga sama ada keadaan ini wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. Beberapa tahun kemudian istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini dan dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD).Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM-IV.Walaupun terdapat ibu bapa dan professional yang menggunakan istilah ADD, namun istilah terkini yang paling tepat digunakan adalah ADHD. Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some cases hyperactivity. ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas. ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with attention span, impulse control and activity level. ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally appropriate way. Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan. For some student with ADHD, inattention is the primary symptom. These student might skip important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction,cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This variation of the disorder is call ADHD. Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting. Menurut Oregan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut ........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behavior and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social and related difficulties.

Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity,bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan

mengganggu.Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada.Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan.ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical ManualUS), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun, berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangan dan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American Psychiatic Association, 1987).Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar.

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif.Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanakkanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD.Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat.Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.Justeruitu, kanakkanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.Walau

bagaimanapun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanakkanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah. 3.0 Punca-punca ADHD Banyak perdebatan dan berbagai-bagai pendapat diberi tentang punca-punca terjadinya ADHD di kalangan kanak-kanak.Ada yang berpendapat tingkah laku kanak-kanak ADHD terjadi daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak ada batasan dalam tingkah laku mereka.Ada pendapat mengatakan ADHD berpunca daripada amalan pemakanan, alahan makanan tertentu, atau mengambil terlalu banyak gula dalam makanan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan.Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD.Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza.Hasilnya beliau mendapati bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza.Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al (1998).Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa, adik beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom.Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan).Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi Cuma pembawa baka cacat.Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak

yang dilahirkan cacat adalah tinggi.Rajah 1 di bawah menunjukkan pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum.Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD Sumber daripada : Eric J.

Mash & David A. Wolfe, 2004


Namun begitu, Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya ADHD kepada dua , iaitu (1) faktor fisiologikal, dan (2) faktor persekitaran. 3.1 Faktor Fisiologikal Ramai ahli psikologi dan pendidik telah mengkaji punca-punca fisiologikal terjadinya ADHD. Di antara punca ADHD yang dikenal pasti adalah: (a) Faktor Keturunan Individu dengan ADHD berkemungkunan besar mempunyai corak ADHD dalam

keluarganya.Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD. (b) Perbezaan Fungsi Otak Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, bisal ganglia dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD barbanding individu lain. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang Sumber

daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004 aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas
terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.

(C) Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. 3.2 Faktor Persekitaran (a) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan. (b) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok atau pengambilan alcohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala. 4.0 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif 4.1 Ciri-ciri PerkembanganFizikal Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu : (a). Sensory Hyperactive (pancaindera) : 1. Lemah dan gagal memberi tumpuan : Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. 2. Mudah hilang tumpuan :

Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya. 3. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali. 4. Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas sebagainya contohnya. 5. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang. (b)Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) : 1. Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanakkanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan. 2. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut. Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya. 4.2 Ciri ciri Perkembangan Motor 1. Risau/resah/gelisah :

Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat. 2. Suka mengelamun/berkhayal : Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan. 3. Tidak tahu erti bahaya : Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya. 4.Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya : Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah dan sebagainya.Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya. 5.Agresif iaitu suka berlari-lari : Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur. 6.Tidak berhati-hati : Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau orang lain. 7.Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi : Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini perlu pengawasan yang rapi oleh guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih dikenalinya atau rapat dengannya.

8. Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan : Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersamasama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. 9.Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur : Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering beralih arah. Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat. 10.Bertindak cepat tetapi kurang berkesan : Apabila diberikan tugas oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan atau strategi tertentu. 11.Lemah koordinasi : Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya.Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna. 4.3 Ciri-ciri Perkembangan Kognetif Ciri-ciri kognetif kanak-kanak hiperaktif dianggap berkaitan dengan kelainan otak mereka. Sebab itulah dikatakan bahawa bukannya kanak-kanak hiperaktif tidak dapat menumpu perhatian mereka tetapi sebenarnya mereka tidak dapat mengatur di mana tumpuan mereka harus tertumpu dan sekerap mana pula tumpuan itu berpindah ke tempat lain. Terdapat empat aktiviti mental terlibat dalam masalah ini iaitu : 1. Ingatan Kerja (Working Memory )

Aktiviti ini membolehkan murid mengingat apakah tugasan mereka dan berapa banyak masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan itu.Namun , bagi murid hiperaktif mereka berkemungkinan tidak dapat mengingat arahan yang diberikan oleh gurunya. 2. Pertuturan Arah Kendiri Mekanisme ini digunakan oleh murid untuk membuat refleksi tentang perkembangan tugasan mereka, menyelesaikan masalah dan mengikut arahan.Murid hiperaktif biasanya lemah dalam kemahiran ini. 3. Mengawal Emosi dan Motivasi Aktiviti mental ini melibatkan keupayaan mengasingkan kekecewaan dan masalah emosilain bagi menyiapkan tugasan. Selain itu, melibatkan juga penjanaan emosi dalaman.Ada murid hiperaktif yang tidak berupaya mengawal emosi mereka dan juga melaksanakan

tugasantugasan yang berat sehingga mereka berlari keluar kelas atau cepat meradang. 4. Membentuk Semula Ativiti mental ini merujuk kepada keupayaan memecahkan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. Misalnya apabila murid belajar sebahagian daripada ayat, mereka biasanya akan menulis ayat-ayat yang pendek dan panjang, menambah kata sifat, kata kerja dalam ayat itu dan dapat mengecam ayat dalam pelbagai konteks. Sebaliknya bagi murid hiperaktif mereka bermasalah dalam tugasan sebegini. 4.4 Ciri-ciri Perkembangan Sosial dan Emosi Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian social secara menyeluruh.Individu hiperaktif didapati lebih cenderung mengalami kemurungan. 1. Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri merujuk kepada anggapan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang individu. Sekiranya seseorang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, dia akan menganggap dirinya sebagai mempunyai banyak kekuatan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, sama ada individu hiperaktif mempunyai penghargaan kendiri yang positif atau negative masih belum jelas. 2. Kefungsian Sosial

Berbeza dengan penghargaan kendiri, maklumat tentang fungsian social murid hiperaktif adalah jelas. Mereka kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan social di sekolah dan juga di tempat lain. Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan.Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori.Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam dalam Azizi Yahaya et al. (2006) 5.0 Langkah-langkah Pencegahan Implikasi pembelajaran bagi kanak-kanak dengan ADHD adalah jelas iaitu kepelbagaian tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan mengganggu pembelajaran murid-murid lain dan juga menimbulkan masalah pembelajaran kepada dirinya sendiri. Kanak-kanak hiperaktif mengganggu rutin kelas dan memerlukan lebih perharian daripada guru. Keperluan pendidikan kanak-kanak dengan ADHD memerlukan intervensi dari awal lagi dari segi penglibatan ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkah laku dan proses pengajaran dan pembelajaran. 5.1 Ibu Bapa Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya mereka dapat membantu anak mereka mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. Di antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti pengurusan tingkah laku, bagaimana menetapkan jangkaan dan hadnya, membina peraturan disiplin yang berkesan, membina strategi untuk menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus perasaan marah dan juga tekanan. Bureau on Learning Disabilities (BOLD) di dalam naskah maklumatnya telah memberikan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka iaitu : i. Beri anak maklum balas dengan serta merta.

ii. Beri maklum balas dengan kerap. iii. Hasil daripada tingkah laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat (contoh : dendaan/hukuman) iv. Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman/dendaan. v. Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan. vi. Lebih banyak bertindak , bukan bercakap. vii. Elakkan krisis sebaliknya merancang ke depan untuk situasi masalah. viii. Sentiasa ingat bahawa anak mereka tidak dapat mengelak daripada masalah kerana ADHD adalah suatu ketidakupayaan. ix. Ingat bahawa ini bukan salah anda dan bawa bertenang. x. Sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan dan kekecewaan anda setiap hari. 5.2 Guru Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ADHD-nya. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka yang boleh membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran. 5.3 Sokongan Persekitaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh belajar sekiranya dibantu melalui sokongan persekitaran seperti susunan kelas yang boleh membantu mereka. Di antara sokongan persekitaran yang dapat diberi untuk membantu kanak-kanak dengan ADHD adalah seperti berikut: i. Susunan kelas hendaklah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. ii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.

iii. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat sebarang perubahan. iv. Menyusun pembelajaran- misalnya menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak. 5.4 Intervensi Tingkah Laku Di antara intervensi tingkah laku yang dapat dilaksanakan oleh guru adalah: i. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini dan yang ditujukkan. ii. Strategi pencegahan iaitu menghentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan. iii. Token ekonomi memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan lainlain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai. 5.5 Intervensi Pengajaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan adalah : i. Arahan yang diberi hendaklah jelas, ringkas dan lengkap ii. Apabila memberi arahan, minat murid mengulang arahan tersebut kepada anda. iii. Pecahan tugasan yang kompleks/besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. iv. Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran. v. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran. vi. Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut statistic pelajar dapat mengekalkan : - 10 peratus daripada apa yang dibaca - 26 peratus daripada apa yang dibaca

- 30 peratus daripada apa yang dibaca - 50 peratus daripada apa yang mereka lihat dan dengar - 70 peratus daripada apa yang mereka kata, dan - 90 peratus daripada apa yang mereka kata dan buat 5.6 Kurikulum Sebagai mana murid berkeperluan khas yang lain, murid ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas masalah Pembelajaran (PKBP) dan mengikuti kurikulum PKBP berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan Menengah. Pelaksanaan kurikulum adalah luwes (Flexible) mengikut keupayaan murid. Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap keupayaan mental pelajar, tingkah laku, tumpuan, perhatian, tahap kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan berkomunikasi dan lain-lain. Sebab itulah Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum. Murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik akan mengikuti pelajaran pada tahap yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lain. Rujukan Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan Asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Kebajikan Masarakat :Pemulihan Dalam Komuniti Network: www.pdknet.com.my Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeparluan Khas. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia,(2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendan dan Menengah. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian pelajaran Malaysia,(2005) Maklumat Pendidikan Khas. Putrajaya

Jamilah K.A.Mohamed(2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Selangor. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005).Buku Maklumat Pendidikan Khas.Kuala Lumpur. Mohd.Hafiz Baharom & Sulaiman Mohd Rizan (2008) Bermasalah Penglihatan.dari http://www.spe-ed.net.t.t. Special Education: Pendidikan Khas di Malaysia: http://www.speed.net/blind.php Suraya Adam (1996), Perkembangan Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai