HBAE2103
: : : :
PUSAT PEMBELAJARAN
SEKS.13,SHAH ALAM 1
KANDUNGAN Pengenalan Peranan guru Membuat corak dan rekaan Karya 1 Karya 2 Karya 3 Karya 4 Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya Kesimpulan Rujukan
MUKASURAT 3 5 6 10 11 12 13 14 15 18 20 21
PENGENALAN kepentingan Pendidikan Seni Visual juga boleh boleh dibahagikan kepada lima aspek, iaitu, aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, serta sosial dan emosi. Dari segi aspek kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Dari segi aspek fizikal, penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Jika dilihat daripada aspek kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Manakala, dari segi aspek persepsi, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Pendidikan seni visual dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
3
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancainderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pelajar perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti. Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja menghasilkan karya seni. Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kumpulan. Kanak-kanak juga akan merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Guru juga boleh
4
mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Hal ini kerana, perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian oleh ahliahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. PERANAN GURU Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yan g diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang
5
sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk meluahkan emosi. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu,
6
corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: Corak ulang sekata Corak berpusat Corak cerminan Corak bertindih Corak selang seli Corak batu bata Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya
7
Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Muridmurid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Creatiity is a matter of talent there is nothing you can do about it except get creative people (de Bono, 1996)
Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa.
Dalam tugasan kali ini akan dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4 atau 5 orang murid yang sebaya umurnya. Murid-murid yang dipilih ialah seramai lima orang iaitu terdiri murid-murid tahun lima yang mana pada peringkat ini murid telah dapat melukis figura dalam saiz yang sebenar. Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa dan pemikiran kanak-kanak. Tugasan kali ini ialah guru perlu berbual dan bertanya kepada kanak-kanak semasa aktiviti pendidikan seni kerana melalui pergerakan badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang ditunjukkan. Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-kanak. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi dalaman kanak-kanak. Pada umur 6 tahun, gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakukan secara spontan. Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada contengan hingga perwakilan sebenar. KARYA MURID Sebelum murid menghasilkan karya masing-masing, guru terlebih dahulu menetapkan tajuk, motif, teknik dan bidang. Yang lain terpulang kepada pelajar mengikut kreativiti mereka. Guru telah mendedahkan corak-corak yang terdapat dalam bidang mencorak ini. Kriteria seperti di bawah: Bidang Tajuk Teknik : membuat corak dan rekaan : Corak di sekeliling anda : Bebas
CORAK 1 Perlakuan,persepsi dan pengetahuan budaya HasiL seni dalam corak dan rekaan ini ialah hasil kerja Mohamad Fahmi bin Al Ghazali,murid ini berumur 9 tahun dan dalam tahun 3.Mohamad fahmi adalah murid tahun tiga dan sederhana dalam akademik.Dalam ujian PKSR 2 pada tahun 2012 adik Fahmi trelah mendapat gred B dalam matapelaran Pendidikan Seni.Namun begitu adik fahmi seorang yang rajin dan sentiasa berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru tanpa menangguhkannya.Corak yang dibuat oleh adik Fahmi ini ialah motif berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini dihasilkan dalam bentuk segi empat,bentuk asas daripada corak yang dilukis ialah segi empat sama.Garisan panjang yang membentuk corak ini berpusat seolah-olah kita melihat ke atas siling sebuah rumah.Corak yanhg dihasilkan oleh adik Fahmi juga memerlukan pengamatan yang tajam agar corak yang dibentuk menunjukkan berpusat di bahagian tengah. Dalam hasil seni ini juga perinsip seni reka seperti imbangan dan susunan yang teratur jelas kelihatan,corak terancang ini jelas menunjukkan berpunca dari titik tengah,hasil ini memerlukan idea kreatif,mungkin adik Fahmi pernah melihat corak seumpama ini atau juga pengaruh daripada filem spiderman yang mana corak ini seperti sarang labah-labah.Hasil karya corak ini juga boleh dianggap kesedaran murid terhadap alam sekitar seperti sarang labah-labah atau bahagian siling rumah jika dilihat daripada bawah. Hasil soal selidik dan soaljawab dengan adik Fahmi beliau menyatakan bahawa corak yang dihasilkan ialah corak sarang labah-labah.Walaupun daripada pandangan mata kasar corak ini tidaklah seperti sarang labah-labah namun apa yang hendak dilakar oleh adik fahmi adalah corak sarang labah-labah.
10
CORAK 2 Perlakuan,persepsi dan pengetahuan budaya Corak ini di hasilkan oleh Asyraaf bin Abd Razak,berumur 9 tahun dalam tahun 3.Seorang murid yang cemerlang dalam kelasnya dan banyak bertanya.Kedua orang tuanya bersal dari Terengganu.Corak garisan yang berulang-ulang ini menurut penerangan adik Asyraaf ini ialah corak ombak yang terdapat di pantai.Warna yang dsusun menunjukkan reality ombak iaitu biru dan putih pada bahagian bawah atau hadapan pantai.Bentuk yang dibuat mungkin hasil pemerhatian terhadap lautan dipersisiran pantai yang mana mungkin sering kali dilihat jika pulang ke kampung neneknya.Beliau dapat melukis sifat semula jadi ombak dengan begitu baik,beralun dan berwarna cerah pada bahagian pantai dan gelap pada bahagian tengah laut(bawah lukisan).Jalinan bentuk beralun ombak menjadi punya idea asraaf untuk menghasilkan karya corak seni. Kesedaran Asyraaf terhadap persekitaran kehidupan terlalu tinggi.pengamatan,pemerhatian memberi idea untuk melukis corak ini.Beliau juga menyedari perbezaan warna dan jalinan pada corak ombak yang dihasilkan.Ini menunjukkan bahawa Asyraaf sentiasa peka dengan alam semulajadi dan pertalian seni dengan alam sekitar. Corak ombak ini juga boleh juga dikategorikan dalam hasil karya tradisional,banyak hasil karya seni tradisional berkaitan rapat dengan alam sekitar seperti lautan,ombak dan tumbuhan .Corak ombak ini juga banyak terdapat pada perahu-perahu tradisional nelayan sebagai hiasan.
11
CORAK 3 Perlakuan,persepsi dan pengetahuan budaya Corak grid atau corak dam ini dihasilkan oleh Salmiah bt Zain,Salmiah juga berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 3.Antara pelajar terbaik di dalam kelas tetapi sangat pemalu.Corak grid yang dilukis ini adalah hasil pemerhatian beliau pada keadaan sekeliling.Dam sebenarnya adalah satu permainan tradisional ,corak dan bentuk grid adalah sama seperti papan catur tetapi cara permainan adalah berlainan .Apabila ditanya tentang idea membuat corak grid ini ialah adik Salmiah selalu melihat corak ini pada tikar hiasan yang terdapat dirumahnya.Tikar sebenarnya bukanlah alat hiasan di kampung-kampung,mungkin di Kuala Lumpur tikar tidak lagi digunakan dan dijadikan hiasan.Corak yang dihasilkan cukup mudah dengan membuat garisan-garisan bersilang dalam bentuk grid dan membentuk corak.Dua warna yang digunakan cukup ringkas iaitu biru dan oren membentuk jalinan tikar yang sangan ringkas dan menarik. Adik Salmiah juga membuktikan bahawa dia adalah seorang yang sangat peka pada keadaan sekeliling dan corak-corak yang berada disekitarnya.Hasil-hasil idea seni juga dipengaruhi oleh pemerhatiannya kepada keadaan sekeliling
12
CORAK 4 Perlakuan,persepsi dan pengetahuan budaya Corak bertimbal ini dihasilkan oleh Nur Fahima bt Abd Razak iaitu kembar kepada Asyraaf Abd Razak.Nur Fahima berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 3.Fahima lebih kreatif berbanding dengan abangnya.Corak yang dihasilkan adalah hasil guntingan dan tampalan pada kertas warna.Fahima bijak memilih kertas warna yang berbeza untuk menjadikan corak ini lebih menarik.Beliau juga menyedari bentuk yang terhasil daripada guntingan dan potongan kertas itu akan lebih menarik jika ada lekukan dan guntingan pelbagai bentuk.Cara beliau memilih bahan untu karya ini juga amat kreatif iaitu kertas yang berlainan warna untuk untuk membentuk corak yang bertimbal yang berlainan warna menjadikan corak lebih menarik. Penghasilan corak ini memerlukan kesedaran seperti imbangan,harmoni kadar banding untuk membentuk corak yang menarik.Dua corak yang sama dan berlainan bentuk dipisahkan oleh satu garisan lurus pada tengahnya.Corak ini biasa terdapat pada ukiran-ukiran kayu masyarakat melayu tradisional.Ukiran-ukiran kayu ini biasanya terdapat pada rumah tradisional bahagian tingkap dan beranda rumah. Kanak-kanak ini juga menyedari adanya pelbagai corak yang boleh dihasilkan hasil jalinan bentuk dan guntingan.Hasil corak pada guntingan yang dihasilkan ini juga lebih kepada bentuk daun-daun,atau pokok yang melilit.ini seperti yang telah dijelaskan banyak terdapat pada ukiran-ukiran kayu masyarakat melayu Malaysia.
13
Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan Berdasarkan pemerhatian terhadap empat orang pelajar tahun 3, didapati keempat-empat pelajar tersebut dapat memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang. Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya. Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Berdasarkan hasil corak empat pelajar ini di dapati pelajar banyak memilih warnawarna yang lembut seperti warna biru, oren muda sebagai warna latar corak mereka. Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian manakala Mohamad Fahmi Al-Ghazali(corak 1) banyak menggunakan warna-warna terang seperti merah dan merah jambu ,oren yang menggambarkan kesegaran, alam sekitar, kematangan dan kegembiraan. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran merupakan perlakuan dalam tujuan membuat corak dan rekaan. Pelajar-pelajar tahun 3 ini telah memilih motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. Pelajar juga banyak menghasilkan corak yang yang terdiri daripada bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka.
14
Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui corak, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Tujuan penghasilan corak kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik. Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Corak dan rekaan melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor tangan mereka. Ini kerana mereka akan membentuk corak menggunakan pembaris,seni guntingan dan sebagainya. Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya. Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh empat orang pelajar tahun tiga, di dapati pelajar tersebut secara langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Harmoni merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.
15
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan. Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masing masing. Kebebasan menggambarkan corak mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.
16
Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan melalui motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif. Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan.
17
Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya Kita tahu, sejak dulu dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka. Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-mo tif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan pengalaman mereka. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat corakcorak tradisional mudah atau moden dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsurunsur corak kraftradisional. Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak disebut corak berdiri.
18
Dengan mengenal dan menghayati corak-corak tradisional mudah ini, pelajar seterusnya dapat menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
19
Kesimpulan Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Pendidikan Seni juga memainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea dan ekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada murid amnya dan kepada guru khasnya.
20
Rujukan Hassan M.Ghazali(1993),Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5.Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005),TeksLengkapPendidikan Seni Visual, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Raja Baharudin Raja Husain, (1999)Kursus Amali PMR Pendidikan Seni ,Selangor: Pan Asia Publications Sdn.Bhd.
Open University Malaysia, (2007)HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985)Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual ,KBSR.KL., DBP.
Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983.An Intellectual Property Law Primer . NewYork: Clark Boardman
Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989)Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta.,Pustaka Sinar Harapan
21