Anda di halaman 1dari 25

10 Pengenalan

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias
adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu diberi perhatian
oleh semua pihak, ialah hanya Allah berkuasa mutlak dalam menentukan sesuatu dan
menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh
berusaha dan berikhtiar.
Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah
berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk
bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?.
Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat
kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-
Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.
Kaedah rawatan yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang
bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selagi
tidak mengandungi unsur kesyirikan, seperti penggunaan kalimah salam, bismillah, nama-
nama nabi dan rasul-rasul, nama-nama malaikat, kalimah barakat dan sebagainya, termasuk
kalimah syahadah dibolehkan sebagai cara perubatan Islam. Sekiranya berlaku
percanggahan dengan prinsip akidah Islam maka amalan tersebut dianggap terkeluar dari
landasan Islam. Sebagai contoh dalam amalan mantera dan jampi serapah, kandungan isi
mantera perlu jelas dan terang dan perkataan yang digunakan tidak mengandungi elemen
yang mempersekutukan kekuasaanNya.

1.1 Latar belakang masalah

Dalam ledakan dunia teknologi ilmu perubatan semakin canggih. Pelbagai


jenis ubat-ubatan dan rawatan yang canggih digunakan sepanjang proses rawatan. Namun
begitu ilmu teknologi masih lagi tidak boleh membatasi proses rawatan dalam islam. Hal
ini kerana ilmu teknologi hanya boleh merawat penyakit yang boleh dilihat secara zahir
sahaja bukannya secara batin. Sekiranya kita mengalami masalah pening kepala biasa kita
boleh mengambil paracetomal untuk melegakan rasa pening, tetapi bagaimana pula dengan
masalah pening sekiranya terkena buatan manusia yang hasad dengki , contohnya
santau,sihir dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini hanya dapat disembuhkan dengan
izinNya dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumberkan
hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selagi tidak mengandungi
unsur kesyirikan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali
Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
.Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat
penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu
akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tiada yang mampu
menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang
paling tepat dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara
bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-
Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :
Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 ). “Dan
kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi
rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )
Namun begitu Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara
kaedah perubatan Islam yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu
tradisional. Rawatan yang menggunakan ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur
Islam seperti yang dijelaskan, tidak membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu
merupakan kaedah perubatan Islam yang sebenar. Tukang-tukang tilik dan ramal yang
melibatkan diri dengan rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin untuk
melakukan sihir dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti sebutan
a'uzubillah, menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk kalimah
syahadah. Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan kecelaruan, ia juga memberi
imej buruk terhadap mereka yang melibatkan diri dengan kaedah Perubatan Islam yang
menggunakan doa-doa seperti yang dijelaskan.
1.2 Objektif

Objektif kajian ini ialah:

a) Mengkaji sejauh mana tahap kepercayaan masyarakat melayu terhadap perubatan


tradisional sekitar Parit Raja.
b) Mengkaji cara-cara perubatan yang digunakan sepanjang proses rawatan
c) Mengkaji tahap pemahaman masyarakat melayu terhadap perubatan
dalam Islam

1.3 Kaedah

Kaedah yang digunakan ialah membuat tinjauan dan membuat temubual kepada penduduk
sekitar Parit Raja bagi mendapatkan kesahihan maklumat.

1.4 Hipotesis

a) Masih ramai masyarakat melayu mempercayai perubatan tradisional sekitar Parit


Raja.
b) Masih ramai masyarakat melayu sekitar Parit Raja kurang pemahaman dengan
cara perubatan dalam islam .

20 Perubatan Tradisional
2.1 Pengenalan

Perubatan tradisional adalah warisan turun temurun yang telah bermula sejak
zaman nenek moyang kita lagi. Banyak pengorbanan, keadaan atau cara telah dilakukan
dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Dalam masyarakat
Melayu, perubatan tradisional yang merujuk kepada institusi bomoh atau pawing. Ia
adalah institusi sosial yang dihormati. Perubatan tradisional merupakan sebahagian hidup
masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi bila pengamalnya mencampur-adukkan rawatan
mereka dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan
dengan jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-
tumbuhan, haiwan serta serangga. Sokongan inilah melahirkan lebih ramai lagi pengamal
perubatan tradisional sehingga susah hendak dikenalpasti yang mana benar atau yang
mana menyimpang atau palsu.
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, ramai pengamal perubatan tradisional
membuka klinik baru, kononnya mampu mengubati segala jenis penyakit, dari kecil
sehingga ke sebesar-besar penyakit. Dalam pada itu, perubatan tradisional yang
menggunakan herba dan daun serta akar kayu sudah mula mendapat tempat dihati
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Sistem perubatan tradisional bukanlah asing bagi penduduk di negara kita. Bagi
masyarakat luar Bandar, sistem perubatan seperti itu sudah menjadi sebahagian daripada
kepercayaan mereka. Mereka mempercayainya kerana keberkesanan cara rawatan yang
dijalankan oleh pengamal perubatan tradisional ke atas mereka. Selain itu, kos rawatan
juga lebih rendah daripada perubatan moden. Mereka tidak perlu di tahan di wad dan
hanya melalui beberapa proses sahaja. Pelbagai testimoni yang baik juga telah diterima
dari kalangan masyarakat setempat. Ini juga merupakan punca utama mengapa masyarakat
kini berminta untuk mencubanya.
Kepercayaan terhadap perubatan tradisional semakin menular di kalangan
masyarakat beragama Islam kini. Salah satu penyebabnya adalah kerana amalan ini
merupakan warisan turun-temurun daripada generasi terdahulu. Walaubagaimanapun
terdapat pelbagai jenis cara rawatan perubatan ini. Ia terpulang kepada Iman setiap insane
samada ingin mempercayainya atau tidak

2.2 Hukum Dan Amalan

2.2.1 HUKUM
Menurut agama Islam, hukum bagi penggunaan perubatan tradisoinal ini
terutamanya bomoh terbahagi kepada dua iaitu hukum harus dan hukum haram.
a) Hukum Harus
Hukum harus terjadi apabila seseorang itu jatuh sakit dan harus diubati.
Salah satu cara bagi merawatnya adalah dengan perubatan tradisional. Tetapi haruslah
diingat bahawa perubatan tradisional itu hanyalah boleh merawat dan hanya Allah saja
yang dapat menentukannya. Ianya harus jika bomoh itu menggunakan cara rawatannya
berpandukan ajaran agama Islam dan tidak bertentangan dengan syarak. Contohnya
menggunakan ayat-ayat al-Quran, surah-surah tertentu, amalan-amalan yang diamalkan
oleh para nabi dan sebagainya.
b) Hukum Haram
Hukum haram pula ialah apabila kita menggunakan khidmat bomoh dan mempercayainya
bahawa bomoh itu menyembuhkan penyakit tanpa bergantung kepada Allah taala. Yang
menjadi haram juga ialah dari segi cara, rawatan yang digunakan dalam merawat
pesakitnya yang bertentangan dengan syarak. Contohnya menggunakan khidmat jin,
pemujaan, jampi, mantera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang
berlandaskan Islam.

2.2.2 Amalan
Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula
pada nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan, keadaan atau cara telah dilakukan
dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan .Dalam masyarakat
Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping
ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.
Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan
yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan
negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin
canggih. Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata
lebih berkesan daripada perubatan moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat sekarang
kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih
mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan
pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan
animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan
kemodenan begitu kencang bertiup.
Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit
bermula daripada lebihan kecairan, racun dan pengaruh makhluk halus. Jika hendak
menyembuhkan penyakit tersebut, amalan perubatan tradisional diperlukan. Selain itu,
perubatan moden masih gagal mengubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa
ghaib, misalnya santau, histeria atau rasukan hantu.
Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional
dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Kaedah perubatan tradisional
memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini. Oleh sebab itulah golongan seperti
ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi
penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,
lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf
kebiasaannya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan
moden.
Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik,
khasnya dalam mengubati tulang yang patah. Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang
dapat menyembuhkan sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan
seperti kaedah rawatan perubatan moden. Selain itu pengamal perubatan tradisional
mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan urat saraf dan angin.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional.
Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit yang berbahaya. Dan perubatan
tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan
khasiat ubatan tradisional yang mujarab. Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan
amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau
AIDS, penagihan dadah, kencing manis dan penyakit mental. Penyakit tersebut
sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Untuk penyakit
hilang akal atau gila umpamanya, terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional
yang mampu untuk menyembuhkannya.
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat
disembuhkan oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang
digunakan di dalam perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula, terdapat pusat rawatan
tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan
tradisional. Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat
masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden. Bayaran
perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden. Maksudnya kian
canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tinggi pula kos
yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai. Contohnya kos sebanyak RM20 000 yang
diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser.
Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat,
tetapi dengan kos yang tinggi itu, berapa orangkah yang mampu membiayainya?. Bagi
rawatan tradisional, bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin
menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan. Maka, bayaran biasanya mengikut
keikhlasan dan kemampuan pesakit. Dari segi rawatan pula, perubatan tradisional tidak
diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit, tetapi perbelanjaan
perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan
tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh
mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian
orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional
masih diperlukan lagi.
Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini
kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada
kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal
dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek
moyang sejak zaman-berzaman lagi. Dalam semua jenis penyakit, mereka meletakkan
sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya. Kepercayaan
ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka.
1) Kaedah Mengenalpasti Penyakit

Setiap bomoh mempunyai cara tersendiri dalam mengenalpasti sesuatu


penyakit. Pesakit tidak perlu memberi tahu penyakit yang di hidapinya. Bagi Tok Muhaimi
(bukan nama sebenar) mempunyai pendekatan yang tersendiri. Cukup sekadar memberi
butiran peribadi atau salasilah diri pesakit. Contohnya seperti:
Nama
Nama ayah atau ibu
Usia
Berapa lama penyakit tersebut telah dihidapinya

Melalui nama atau salasilah yang diberi Tok Muhaimi akan mengenalpasti
jenis penyakit yang di hidapi oleh pesakit tersebut. Melalui nama yang diberi penilaian
akan dibuat menurut empat sudut iaitu:

Syarat Makrifat
Tarikat
Hakikat

Selain dari itu Tok Muhaimi juga menggunakan kaedah tangan di atas angin
. Maksudnya beliau tidak menyentuh pesakit, cukup hanya melayang-layang tangan ke atas
pesakit yang datang untuk mengesan penyakit.

2) Kaedah Perubatan

Di dalam perubatan atau rawatan tradisional memerlukan bahan dan


peralatan yang khusus. Menurut Tok Muhaimi bahan-bahan perubatan berkait dengan
penyakit yang di hidapi oleh pesakit. Menurut beliau bahan yang sentiasa digunakan ialah
ibu kunyit, kunyit muda, limau nipis/limau purut, tepung, kunyit hitam , daun cekur, daun
sirih, asam jawa, asam gelugur, garam dan air hujan
Setiap bahan yang digunakan mempunyai kepentingan yang tersendiri di
dalam setiap rawatan. Persiapan Tok Muhaimi memerlukan sembilan biji buah limau.
Limau di gunakan sebagai bahan ramuan mandian. Limau akan dipotong empat penjuru,
iaitu kiri kanan ,atas bawah dan depan dan belakang. Selepas itu buah limau tersebut akan
dibelah dengan belahan yang berbeza. Cara membelah buah limau ada cara iaitu belah tiga
,belah empat dan belah lima. Belahan limau yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk
mengeluarkan air tetapi juga mempunyai maksud-maksud yang tertentu. Menurut beliau:

Buah limau belah tiga- Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air
dan api.
Buah limau belah empat - Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air,
api, dan angin.
Buah limau belah lima- Belahan ini melambangkan atau membawa maksud tanah, air,
api, angin dan tanah.

Penggunaan unsur tanah ,air api ,dan angin dikatakan berkait rapat dengan
kejadian manusia dan ianya cukup sinonim di dalam perubatan Melayu Tradisional. Buah
limau yang telah disempurnakan dengan jampi mentera akan digunakan sebagai mandian
kepada pesakit. Upacara mandi akan dilakukan sebanyak tiga kali dan setiap kali mandi
menggunakan tiga biji limau. Bagi tepung pula kuantiti yang diperlukan hanya dianggarkan
sebesar sebiji telur. Digunakan sebagai bahan rawatan untuk disapu ke seluruh badan.
Kaedah ini bertujuan untuk mengeluarkan bisa atau penyakit yang terdapat di dalam badan
pesakit. Semasa tepung disapu ke seluruh badan mentera tertentu akan dibaca sesuai
dengan penyakit. Sekiranya penyakit yang di rawat itu tenat atau serius tepung akan
menjadi panas dan pecah.

Kunyit pula digunakan untuk membuang penyakit yang dihidapi oleh


pesakit. Bahan ini akan dicampur dengan kapur sirih. Kunyit yang telah dicampur akan
disapukan keseluruh badan pesakit. Kunyit muda juga di gunakan untuk membuang
penyakit. Kunyit mudai tidak dicampurkan dengan bahan –bahan yang lain. Semasa proses
rawatan, kunyit muda perlu dikunyah terlebih dahulu. Selepas dikunyah, hampasnya akan

9
disemburkan di tepi tangga rumah pesakit tiga kali. Ia perlu dilakukan pada waktu petang
dan lokasinya mestilah di tempat yang sama.

Air hujan digunakan bukanlah air hujan sebarangan tetapi merupakan air
hujan yang diperolehi pada malam Jumaat saja. Air hujan ini memerlukan jangka masa
tertentu sebelum digunakan dengan diyasinkan selama empat puluh satu malam berturut-
turut barulah ia boleh digunakan sebagai bahan perubatan.

Daun cekur digunakan sebagai bahan mandian. Selain itu boleh dilumurkan
keseluruh badan sebelum upacara mandian dijalankan. Ketika rawatan menggunakan daun
cekur, kain putih digunakan. Kain putih ini bertujuan untuk membebaskan penyakit yang
dihidapi. Biasanya rawatan ini digunakan kepada penyakit yang terkena di dalam hutan,
contohnya terkena ketika berburu. Dengan lain perkataan bermaksud terkena keteguran
atau badi binatang yang di buru.

Setiap kali rawatan dijalankan, tujuh helai daun sirih diperlukan. Daun sirih
ini disertakan dengan sebuku ibu kunyit. Sirih dan ibu kunyit ini akan dijampi dan pesakit
dimestikan memakannya. Perubatan yang melibatkan daun sirih mempunyai kaitan dengan
penyakit sengugut, angin medu dan perempuan yang sukar mendapatkan zuriat.
Asam Jawa di gunakan untuk merawat pesakit demam panas. Asam Jawa yang dicampur
dengan air akan dijadikan minuman dan juga bahan sapuan di kepala dan seluruh badan
pesakit. Proses ini bertujuan untuk menghilangkan penyakit dan berfungsi sebagai bahan
penyejuk kepada badan yang mengalami suhu yang panas.
Asam Gelugur dan garam digunakan bagi memagar kawasan rumah. Pengamal perubatan
Melayu mempercayai wujud kuasa-kuasanya sering mengganggu rumah, sama ada rumah
pesakit yang dituju dan juga rumah yang baru didirikan. Bomoh atau pawang akan
membacakan mentera bagi menghindarkan kuasa-kuasa jahat mencerobohi kawasan
sesebuah rumah.

2.3 Cara Rawatan Tradisional


Terdapat berbagai-bagai cara yang digunakan oleh tok bomoh, pawang,
dukun dan seumpanya dalam menjalankan rawatan merawat pesakit-pesakitnya. Setiap tok

10
bomoh mempunyai cara yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada amalan
mereka. Terdapat tok bomoh yang mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan
khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri
daripada Jin-Jin kafir. Antara cara rawatan yang dilakukan oleh tok bomoh adalah:

2.3.1 Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.


Di dalam pengamalan perubatan melayu mentera digunakan untuk
menyembuhkan banyak penyakit. Masyarakat melayu masih lagi percaya bahawa mentera
mampu menyembuhkan penyakit. Kepentingan mentera di dalam masyarakat Melayu
Lama dapat disamakan dengan peranan yang dimainkan oleh para doktor hari ini. Mentera
ini mempunyai perkaitan dengan kejiwaan dan kepercayaan. Masyarakat melayu lama
menyifatkan mentera sebagai saluran untuk menghubungkan antara manusia dan kuasa-
kuasa ghaib yang ada di sekeliling mereka. Kepercayaan masyarakat Melayu Lama
terhadap alam dan makhluk halus serta kuasa-kuasa ghaib telah menjuruskan masyarakat
Melayu dahulu mendekati mentera. Masyarakat Melayu zaman itu amat percaya bahawa
alam mempunyai penunggunya yang mesti di hormati. Pokok yang besar mempunyai
penjaga, di laut ada makhluk yang menjaganya dan begitulah bagi setiap kawasan
dikatakan mempunyai penunggu atau penjaganya. Kepercayaan ini bermukim teguh di hati
setiap ahli masyarakat. Untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa
tersebut, menteralah yang menjadi pengantaranya. Kepercayaan yang begitu kuat dan
menjadi budaya hidup masyarakat melayu akhirnya membantu mentera berkembang dan
subur dalam dunia masyarakat melayu hingga ke hari ini.

Orang Melayu dalam masyarakat tradisional percaya bahawa penyakit yang


dialami oleh seseorang merupakan akibat perbuatan jahat atau dirasuk oleh hantu dan
jembalang. Untuk mengubati penyakit tersebut bomoh amat diperlukan untuk menghalau
hantu-hantu yang mengacau pesakit yang berkenaan. Bomoh dipercayai mempunyai
kekuasaan luar biasa yang boleh menghapuskan segala kekuasaan jahat dan
memusnahkannya. Sebagai tokoh yang di hormati bomoh perlu menguasai sebanyak
mungkin mentera untuk setiap penyakit yang datang kerana setiap penyakit mempunyai
menteranya sendiri. Bomoh atau pawang pada masa itu berlumba-lumba untuk

11
mendapatkan atau mempelajari mentera sebanyak mungkin supaya disegani dan dapat
menjadi pawang besar yang masyhur.

Mentera penyangga buatan orang di gunakan oleh bomoh untuk melindungi


pesakit dari sebarang buatan orang. Masyarakat Melayu terkenal dengan ilmu-ilmu hitam
seperti santau dan sihir. Sudah menjadi hukum adat, sakit yang disebabkan oleh buatan
orang hanya boleh disembuhkan melalui mentera yang dimiliki oleh bomoh. Di sinilah
kepentingan yang diperlihatkan oleh mentera dalam masyarakat Melayu Lama. Tambahan
pula penyakit ini cukup sinonim dengan masyarakat dahulu. Situasi ini meletakkan mentera
sebagai agenda yang penting dalam kehidupan mereka.
(i) Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai
ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang
tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat
Lailahaillah Muhammadurrasulullah”
(ii) Serapah lekat Tulang
" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela
makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar
tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

(iii) Serapah menepung Tawar


" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin
Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku
nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan
jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
(iv) Mentera Menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga
terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang
batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya
melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh
punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas,

12
sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat
puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.”
(v) Mentera Penyangga

“Bismillahirrahnirrahim, Batu sangin ,batu sangga, Batu terpendap hujung


syurga, Datang dari kanan sangga di kanan, Datang dari kiri sangga di kiri, Datang dari
atas sangga di atas, Datang dari bawah sangga di bawah, Datang sepenjuru sangga
sepenjuru, Sekelian alam sekelian kun, Kun kata Allah, Fayakun kata Muhamad,
Rabbukum kata Jibrail, Berkat doa, Lailahaillallah Muhammadar, Rasulullah”

(vi) Mentera Sakit Perut

“Tedung Si Kudung,Si Nadung, Datang bukit berapi, Apa buat bukit berapi,
Hendak mencari seladang jati, Buat apa seladang jati, hati, Hendak buat ubat cika, Buat
apa cika hati, Hendak buat ubat cika baung laut si anu itu, Berkat tawar ia ilaha ilallah
Muhamad Rasulullah “

(vii) Mentera Demam

“Berdegup bedegap, Menumbuk lesung tersalah nama, Datang ia tiga


beranak, Datang penawar datang jampi, Si anu (nama pesakit ), Kalau kau terkena di batu
di batang, Seruap di sungai hujan panas, Ribut di langit, Aku minta pulih bagai sediakala,
Tawar Allah tawar Muhammad, Dengan berkat, Lailahailallah Muhammadar Rasululla”
Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah
ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi
permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta
pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa
dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam
mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana
menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada
mahkluk lain selain daripada Allah.

13
2.3.2 Melalui Perbuatan / Kelakuan
(i) Perbuatan atau Kelakuan Tok Bomoh Semasa Rawatan
Cara rawatan Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan
dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka
yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun "
yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan
kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut.
Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan
mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut.
Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok
Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun
qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang
menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri
seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.
Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran
bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat
melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri.
Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan
tersebut tidak sedarkan diri.
Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan
suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula
dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi
dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis
pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita.
Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara
persandingan tidak pernah wujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan
aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah
merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

2.3.3 Kesesatan Yang Dilakukan Kepada Orang Berubat


(i) Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat

14
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di
anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di
alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan
kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang
menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan
mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.

Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan,


bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga,
sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi
mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu
atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari.
Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat
yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di
Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-
kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun
yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu
tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram
semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan
sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.
Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung
mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning,
ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat.
Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam
itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut
juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka
untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong
hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke
Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap
kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat.

15
Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya
orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di
tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka
melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.
(ii) Pengeras / Upah
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah
berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan
garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak
tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa
masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam
upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya,
contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan
pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit.
Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila
pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok
Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau
menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.
Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-
Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh
syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.
(iii) Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut
setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat
" penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta
dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
• Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning
dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
• Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
• Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
• Membuat kenduri arwah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar,
pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
16
Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-
tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan
usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas
dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam
murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu
ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam
menghasiklan sesuatu.

2.3.4 Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan


Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh
sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil
( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini
berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah
di tipu oleh lakonan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan
diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan
khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui
salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat
dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
• Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala
atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
• Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning,
kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya
beliau bersahabat dengan Jin Islam.
• Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau
berketayap.
• Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa,
Sumatera dan sebagainya.
B) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah,
jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat
17
juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat
sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang
berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan
sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan
dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua.
Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan
mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap
bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di
mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil
ku ? "
C) Tanpa Menurun / Menyelap
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada golongan Jin
yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat
dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
• Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan
perlu di hadapannya.
• Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan
menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan
kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga
kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan
membuat ramalan.
• Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air
dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
D) Membelah Batin
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh
yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan
seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga
menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit
akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya.
Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan
menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
18
Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan
kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-
• Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
• Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
• Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
• Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun
atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut,
kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara
dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan
mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di
terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin
dan sebagainya.
2.3.5 Tok Bomoh Makan Upah
Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat
Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada
orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok
Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik
dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.
Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai
manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau
cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan,
persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat
atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan
Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau
kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok
Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan
orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah
kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang
mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah
19
rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang,
meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh
suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak
keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

2.3.6 Perubatan Menurut Islam


Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya
dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram. Keharusan
menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi
dengan syarat tertentu seperti;
1) Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
2) Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
3) Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri,bahkan
adalah dengan ketentuan Allah SWT.
Perubatan bomoh menjadi haram jika;
1) Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin,
pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang
diharuskan oleh Islam.
2) Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan
pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan
imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain. Akidah adalah penentu kaitan
seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan
akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan
khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah
pencemaran terhadap kewarasan berfikir.
Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah
seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan
penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk

20
menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan
fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang
dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima
rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan
Islam.

2.3.7 Jampi Boleh Guna Ayat Al-Quran, Bahasa Difahami


Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau
maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu
bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui
mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan
sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat,
nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.
Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
1) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau
peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada
seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat,
hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau
putih.
2) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau
tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan
ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;
1) Menggunakan ayat Al-Quran.
2) Menggunakan bahasa yang difahami.
3) Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si
pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang
tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala,

21
iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain
itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.
Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak
wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak
untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula
maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza' ).
Perkara lain yang dilarang adalah;
1) Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu
dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
2) Tidak boleh menggunakan perbuatan 'menurun', memanggil roh orang mati atau
sebagainya dalam kaedah perbomohan.3)
3) Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah
mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh
digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau
baik
4) Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan
tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak
membawa maksud tolong menolong.
5) Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi
penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada
kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan
menyembelih ayam.

2.3.8 Berubat Hanya Kerana Allah S.W.T


Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias
adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh
semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan
menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh
berusaha dan berikhtiar.

22
Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan". Sahabat
bertanya: "Apakah tujuh perkara itu?". Baginda menjawab: " Menyekutukan Allah, sihir,
membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang
dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk". – Hadis riwayat Al-Bukhari,
Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.
Walaubaagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah
berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk
bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?.
Baginda bersabda, " Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat
kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan."- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-
Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

2.4 Tahap kepercayaan masyarakat terhadap perubatan tradisional


Masyarakat di sekitar Parit Raja kebanyakannya mempunyai tahap
kepercayaan yang tinggi terhadap perubatan tradisional ini. Mereka rata-ratanya tidak
mengetahui sama ada kaedah perubatan yang digunakan bercanggah dengan ajaran Islam
ataupun tidak. Hal ini dibuktikan lagi dengan beberapa temuramah yang telah dibuat
terhadap masyarakat di Parit Raja.
3.0 Kesimpulan
Semua amalan yang telah diamalkan oleh masyarakat di negara kita
terutamanya masyarakat Melayu kerana kebanyakan mereka dari kecil dibesarkan dengan
kepercayaan sebegitu. Zaman dahulu bukan mudah untuk berjumpa dengan doktor. Segala
jenis penyakit disembuhkan melalui bantuan bomoh. Kepercayaan itu sudah sebati dalam
masyarakat kerana diamalkan sepanjang generasi. Tetapi pada masa kini, kebanyakan yang
datang meminta bantuan bomoh terdiri daripada mereka berpendidikan tinggi dan ada yang
membesar di luar negara dengan mentaliti moden. Tanggapan bahawa hanya orang tua atau
kolot yang meyakini kemampuan bomoh adalah salah sebab semua manusia tak kira latar
belakang mempunyai keinginan.

23
Sama ada berkesan atau tidak rawatan bomoh sebenarnya bergantung
kepada individu untuk mempercayainya. Tetapi janganlah terlalu taksub hingga
membelakangkan agama dan kewarasan yang akhirnya kita sendiri yang menggigit jari.

4.0 Rujukan

Off - line

Faizah Din.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional, Penerbitan Dewan bahasa


Pustaka, 1980

Hashim Awang A.R. April 1996 Prinsip Asas Perubatan Melayu dalam Dewan Budaya.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Pembomohan dan kebertahanannya, suatu tinjauan kritis. Azhar Ibrahim Alwee, Institut
Pendidikan Nasional

24
Perubatan Tradisional: Antara manfaat dan risiko, Razak Haji Lajis, Pusat Racun Negara,
Universiti Sains Malaysia

Kaeatan Majalah : Percaya pada cara tradisional, Selasa, 3 April 2007, laporan Azman
Mohd Nawi, Salawati Haris, Dalia Ismail

On-line

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/kamal.html

25