Anda di halaman 1dari 22

ASAS KEPIMPINAN DAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL
Ruslipah Kalam | PGSR Bahasa Melayu

ASAS KEPIMPINAN | DEFINISI


Kepimpinan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut, mempengaruhi perlakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Mereka patut meletakkan diri mereka di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan mesti melibatkan pihak lain

3 Asas definisi Kepimpinan


Mempengaruhi pekerja melalui arahan

Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan

I.

KEPIMPINAN MESTI MELIBATKAN PIHAK LAIN


Semua pemimpin melibatkan orang lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan

II. PARA PEMIMPIN MEMPUNYAI AUTORITI UNTUK MEMBERI ARAHAN

Pemimpin mempunyai autoriti berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh membantah aktiviti pemimpin mereka.

III. MEMPENGARUHI PEKERJA MELALUI ARAHAN

Selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleh perkerja-pekerjanya. Misalnya seorang pemimpin mungkin dapat mengarahkan stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Berdasarkan kepada situasi semasa dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial)

Rensis Likert bersama rakan-rakannya di Universiti Michigan telah membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai tiga peringkat.
Pengurusan bercorak sistem Pengurusan gaya sistem Pengurusan Sistem

I.

PENGURUSAN BERCORAK SISTEM


Mengikut Likert, pengurusan begini dikatakan berkuasa melalui eksploitasi iaitu penguruspengurusnya membuat sendiri semua keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan stafnya untuk menurut perintah.

II.

PENGURUSAN GAYA SISTEM

Pengurus masih juga mengeluarkan arahan-arahan tetapi pekerja diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut.

III.

PENGURUSAN SISTEM

Pengurus menetapkan objektif dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terlebih dahulu dengan para pekerja bawahannya. Pihak staf juga boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka. Hanya keputusan am dan menyeluruh sahaja diambil oleh pengurus di peringkat atasan.

JENIS-JENIS KEPIMPINAN
Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus

Pengurus membiarkan kumpulan emmbuat keputusan sendiri

Sifat pekerja yang dipertanggungj awabkan kepada pengruus

I.KUASA-KUASA YANG MENENTUKAN PERSONALITI PENGURUS


Ini termasuklah nilai dan latar belakang serta pengalaman Misalnya seorang pengurus yang mempercayai bahawa keperluan-keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluan-keperluan individu, mungkin lebih gemar memberi arahan dan kurang menggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan kegiatan-kegiatan pekerja sendiri.

II. SIFAT PEKERJA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA PENGURUS

Sikap pekerja juga mempengaruhi kelakuan pengurus. Pengurus membuat keputusan dan mengumumkannya untuk menjual keputusannya

III. PENGURUS MEMBIARKAN KUMPULAN MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI

Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat keputusan dan membuat keputusan mereka sendiri.

GAYA KEPIMPINAN
Autokratik
Islamik Instruktional

LaissezFaire
Kontingensi

Demokratik

GAYA KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

Blause (1989) menyatakan kepimpinan instruktional adalah penyeliaan pembangunan staf untuk perkembangan kurikulum.

GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK

Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin.

GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK

Kepimpinan ini lebih bersikap agak terbuka

KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE

Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan

GAYA KEPIMPINAN KONTIGENSI

Kepimpinan begini boleh dilihat apabila Guru Besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud (amir Hassan Dawi, 2006 ).

GAYA KEPIMPINAN ISLAMIK

Adalah kepimpinan yang berdasarkan Al Quran, As Sunnah san Syura

Kepimpinan Guru
PROFESIONAL PEMIMPIN

Menghargai kerja berpasukan


Sekolah bergantung pada kerja berpasukan

Pengurus pertengahan memaklumkan melalukan sesuatu atau sebagai pengurus menyuruh orang lain melaksanakannya