Anda di halaman 1dari 5

Model

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner - Menekankan peneguhan dalam membina motivasi murid. (a) Peneguhan positif (b) Peneguhan negative - Mengemukakan 3 andaian asas: (a) Tingkah laku diikuti oleh ganjaran yang kerap (b) Tingkah laku diikuti hukuman yang tidak kerap/ tidak berlaku langsung (c) Tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya tidak diperkukuhkan.

Model Disiplin Asertif Canter - Peneguhan terhadap tingkah laku yang diigini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yag ditunjukkan. - Guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. - Melibatkan ganjaran dan dendaan. - 3 jenis guru: (a) Guru yang asertif (b) Guru yang tidak asertif (c) Guru agresif - Murid berhak belajar dengan selamat dan tenang dan mendapat sokongan dari rakan dan guru. - Guru berhak untuk mengajar dengan professional dan tanpa gangguan.

Model Akibat Logikal Dreikurs - Berasaskan perkongsian kepercayaan antara guru dan murid - Guru perlu kenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing - Menekankan galakkan terhadap perkembangan murid.

Konsep

Matlamat

- Cara peneguhan yang diberikan akan membentuk tingkah laku yang akan datang.

- Perhatian terhadap murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif tertentu. - Murid-murid dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan bilik darjah. - Murid dan guru dapat bertanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

Langkahlangkah Aplikasi

kenal pasti tingkah laku bermasalah

membina jaringan sokongan dengan pihak pentadbir dan ibu bapa

pastikan motif murid yang ingin mendapatkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam dan memaparkan kekurangan

apakah kadar titik tolak (base line) tingkah laku semasa

membentuk peraturan bilik darjah

bantu murid memahami motifnya

matlamat behavioral

memberi pengukuhan positif

bantu murid menggantikan matlamat yang salah dengan yang bermanfaat

peristiwa atau tindakan yang cenderung mencetus tingkah laku yang tidak diigini kenal pasti ganjaran bagi murid dan siapakah yang boleh membekalkan ganjaran ini

bekalkan konsekuen setimpal dengan pelanggaran peraturan bilik darjah

galakkan murid komited terhadap matlamat baru

pelan bagi kes salah laku yang serius

bantu murid menyedari konsekuen akibat tingkah lakunya.

Kekuatan

- Guru menjadi lebih sedar serta peka tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah. - Memastikan guru menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian masalah disiplin dalam bilik darjah - Mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

- Tindakan ke atas tingkah laku murid dan bukan wataknya. - Memanfaatkan guru khususnya guru baru kerana mempunyai rujukan pelan disiplin untuk menangani tingkah laku bermasalah.

- Mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara murid - Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratif - Memupuk autonomi di masa murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka.

Kelemahan

- Menggalakkan murid untuk melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan kesedaran diri (motivasi ekstrinsik) - Merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika. - Ganjaran bagi seorang murid mungkin merupakan hukuman bagi murid yang lain. - Guru perlu menganalisa tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu. - Fikirkan beberapa tingkah laku yang diigini pada masa sekarang dan pada masa akan dating - Menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian khusus. - Kenal pasti peneguhan, dan akibat yang akan digunakan - Digalakkan menggunakan peneguhan positif sekerap

- Mewujudkan persekitaran bersifat authoritarian - Keberkesanan program disiplin tidak boleh dinilai dari segi kejayaan mencegah muridmurid melakukan salah laku

- Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu - Sukar untuk guru faham motif murid dalam menentukan haknya sebagai murid di dalam kelas

Tindakan Guru

- Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif - Membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai - Peraturan tingkah laku ditetapkan - Sentiasa memberi perhatian yang positif kepda murid dan berinteraksi dengan murid bagi menjalin hubungan yang baik

- Kenal pasti motif murid - Bantu murid memahami motif yang ditunjukkan - Tunjuk dan beri kesedaran - Bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar - Galak murid tanggungjawab terhadap matlamat baru - Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya - Galakkan murid untuk tunjuk peningkatan tingkah laku - Kenal pasti kelemahan murid dan bincang cara atasi - Bantu murid belajar dalam kesilapan - Percaya kebolehan murid - Galakkan kerjasama antara murid - Bangga dengan pencapaian murid

Model Konsep

Model Pengurusan Kelompok Kounin - Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.

Model Terapi Realiti - Setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat - Pilihan yang dibuat individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. - Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. - Kurikulum dan pengajaran mestikan menfokuskan keperluan asas ini. Faktor yang menjadi asas dalam teori Glasser 1. Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang perkara lalu. 2. Galakkan individu untuk hakimi diri mereka sendiri dengan pertanyaan. 3. Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan dan menilai kemajuan diri.

Matlamat

- Kesan Gelombang (a) Tindakan guru ke atas murid-murid juga mendatangkan kesan terhadap murid (b) Tindakan yang jelas., tegas dan serius perlu dilakukan. Ada 5 faktor 1. 2. 3. 4. 5. Dalam jangkauan (withitness) Serentak (overlapping) Pergerakan (momentum) Kelancaran (smopthness) Kepekaan kumpulan (group alerting)

Faktor-Faktor

Kekuatan

Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

- Menitikberatkan suasana positif serta saling percaya antara guru dan murid - Bukan semua murid dapat selesaikan masalah tingkah laku masing-masing kerana tidak matang.

Kelemahan

- Sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada waktu yang sama.

Tindakan Guru

Guru peka dengan keadaan dalam bilik darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid. Keupayaan guru tangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi PnP semasa. Guru mesti buat persediaan supaya proses PnP lancar Guru tidak ganggu murid semasa laku aktiviti tetapi bantu secara individu yang bermasalah. Terangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat. Meninjau hasil kerja murid. Minta murid bagi respons terhadap sesatu perkara.

Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif Membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai Peraturan tingkah laku ditetapkan Sentiasa memberi perhatian yang positif kepda murid dan berinteraksi dengan murid bagi menjalin hubungan yang baik

Anda mungkin juga menyukai