Anda di halaman 1dari 2

MANHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP HADIS

Aliran islam liberal memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulallah, sekalipun yang termuat di dalamnya adalah kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Antaranya ialah: 1. Mereka beranggapan bahawa hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim tidak berasal daripada Rasulallah melainkan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka. 2. Hadis-hadis yang benar pada mereka hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan ke atas umat untuk berpegang kepadanya sedangkan hadis ahad boleh digunakan untuk berhujah dan beramal. Hadishadis lain sekalipun masih boleh digunakan untuk berhujah dan diamalkan kecuali hadis yang sememangnya hadis palsu. 3. Walaupun begitu, pada mereka lagi hadis yang mutawatir sekalipun , kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman rasulallah sahaja. Untuk zaman sekarang ia tidak lagi sesuai digunakan sebagai bahan rujukan agama dan permasalahan masyarakat. Tetapi hanya sesuai digunakan sebgai kajian tentang peradaban pada zaman baginda. Umum mengetahui sunnah rasulallah serta al-Quran sememangnya boleh digunakan sepanjang zaman. 4. Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat iaitu tentang padang masyar, titian sirat, pengadilan serta yang lain tentang hari akhirat, Isra dan Mikraj, dajjal, penurunan nabi Isa, fitnah akhir zaman hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk member pengaruh kepada orang di zaman mereka. Tetapi perkara yang di sebut di atas sememangnya di sebut di dalam al-Quran kemudianya diperkukuhkan hadis-hadis rasulallah. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit di dalam kitab-kitab hadis sahih,tetapi pada mereka semua ini hanyalah rekaan semata-mata. Kita tidak dapat menafikan bahawa hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam tetapi bagi golongan ini hadis hanyalah satu cerita dongeng.

5. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis ialah mereka hanya memberi tumpuan kepada sanad hadis iaitu perawi hadis tetapi tidak kepada matan hadis itu sendiri. Matan hadis adalah ayat dari hadis itu sendiri. Seandainya para imam hadis memerhati dan memberi penekanan ke atas matan hadis sudah pasti cerita-cerita tahyul dan dongeng sepertimana perkara diatas tidak akan dimasukan ke dalam kitab-kitab mereka menyebabkan tidak menidakkan hadis rasulallah. wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasul-Nya dan juga kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan siapa yang kufur ingkar kepada Allah dan malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan RasulNya dan hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jauhsejauhnya. [4:136 surah an-Nisa] memberi ruang kepada golongan Islam Liberal untuk

Mereka juga pernah mendakwa ulama-ulama dahulu semuanya lelaki dan dari itu mengamalkan sikap berat sebelah terhadap kaum hawa. Ada pula yang mendakwa bahawa salah seorang sahabat Rasulallah s.a.w. yang meriwayatkan hadis mengenai wanita itu adalah seorang yang mati pucuk jadinya golongan ini membuat keputusan bahawa hadis yang diriwayatkan olehnya adalah anti-wanita.

(Milenia Muslim Ogos 2005)

Anda mungkin juga menyukai