PERNYATAAN PROFESIONAL
NAMA NO. KP KURSUS : Siti Nur Arifah Bt Saimi : 890408-03-5088 : 7 PISMP SN/PJ/BM (Ambilan Jan 2010)
I. Harapan Sebelum Praktikum Program Praktikum fasa 3 saya pada kali ini akan disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Jitra 3, Kedah Darulaman. Menerusi praktikum ini, saya berharap dapat menimba pengalaman mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti dengan bimbingan pensyarah dan guru pembimbing. Pengalaman ini amat diperlukan sebagai persediaan sebelum saya dihantar untuk berkhidmat di mana-mana ceruk bumi Malaysia pada masa hadapan. Demi mencapai hasrat tersebut, saya perlu menyediakan diri terutama dari aspek persediaan pelan pengajaran yang berkualiti, menarik dan berkesan. Disinilah segala ilmu pengetahuan mengenai penulisan rancangan pengajaran harian dan penyediaan portfolio yang dipelajari selama ini di IPG dapat diaplikasikan. Bagi memenuhi standard kecemerlangan praktikum, saya akan bersedia untuk mempraktikkan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berkesan dalam perancangan dan pembelajaran kelas saya dan sewaktu mengajar. Saya ingin menjalankan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik ini bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya bagi setiap pendekatan pengajaran di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk saya membuat penambahbaikkan dalam diri dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula ilmu ini dapat digunakan sebagai persediaan untuk saya mengajar apabila sudah tamat belajar kelak Pada praktikum kali yang ketiga ini diharapkan agar saya mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam memilih dan membentuk bahan bantu mengajar yang mudah dan dapat memberikan kesan terhadap peningkatan kefahaman kanak-kanak. Selain itu, saya juga berazam untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada komunikasi dua hala agar saya dapat mendekati dan lebih memahami murid-murid sekaligus menjadikan kanak-kanak itu lebih aktif melibatkan diri dalam pembelajaran hingga menjadi insan yang mempunyai jati diri yang mulia.
PERNYATAAN PROFESIONAL
Selain itu, saya juga mengharapkan agar saya dapat melakukan sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah. Pengalaman praktikum fasa dua yang lalu sedikit sebanyak telah membantu saya dalam persediaan mental bagi menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Tambahan dari itu, pada praktikum kali ini saya berharap dapat membina hubungan yang baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Melalui hubungan yang baik ini, saya berharap guru-guru senior tidak akan lokek memberi ilmu pengetahuan serta berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pendidikan ini. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah
II. Apa yang telah dilalui & dilaksanakan sepanjang praktikum Pada awal kehadiran saya di Sekolah Kebangsaan Jitra 3 ini, saya telah menyuarakan hasrat untuk diberi peluang untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pihak sekolah dalam satu mesyuarat bersama guru besar dan guru-guru lain. Saya telah menyatakan apa yang dapat kami lakukan untuk sekolah sebagai salah satu rutin yang biasanya kami laksanakan setiap kali kami ditempatkan untuk berpraktikum di mana-mana sekolah. Hal ini dititikberatkan oleh pihak institut kepada para guru pelatih dalam usaha melahirkan bakal-bakal guru yang sentiasa bersedia untuk menyumbang jasa dan tenaga kepada pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi para pelajar. Sehubungan dengan itu, kami telah diberi amanah oleh guru besar untuk menyediakan satu projek menghias kantin sekolah. Saya amat berbesar hati dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh beliau yang telah mempamerkan semangat dan sokongan yang tidak terhingga kepada kami. Beliau telah menawarkan kami dengan bahan-bahan yang tentunya kami akan perlukan dalam pelaksanaan projek tersebut seperti kad manila, polisterin, cat pelaka, gam, kertas warna, plastik laminating dan sebagainya. Hal ini telah menaikkan lagi semangat kami yang semakin berkobar-kobar untuk memberi yang terbaik kepada sekolah ini sebagai balasan di atas sokongan dan tindak balas positif dari pihak sekolah.
PERNYATAAN PROFESIONAL
Justeru, bermula pada minggu kelima kami di sini, kami telah mula meneliti dan melihat-lihat apa yang kami perlu lakukan untuk menaikkan seri kantin sekolah disamping menjadikannya bukan sahaja tempat untuk makan, malahan mampu menjadi sumber motivasi dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk kepentingan murid-murid serta warga sekolah kebangsaan jitra 3 ini. Penelitian ini dilakukan agar pelan pelaksanaan dapat dibina sewajarnya supaya hasil yang wujud adalah hasil usaha optimum kami. Bagi melancarkan pelaksanaan projek, kami telah menyediakan satu kertas kerja dan membahagikan tugas-tugas tertentu kepada setiap rakan praktikum yang menjalani praktikum disekolah ini. Selesai mengambil gambar serta meneliti apa yang perlu, kami mula mendapatkan bahan-bahan serta barangan dan alatan yang akan digunakan dalam projek tersebut, kami mula menjalankan tanggungjawab tersebut. Projek menghias kantin berjaya dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama yang telah diberi oleh setiap anggota projek serta warga sekolah kebangsaan Jitra 3. Selain itu, saya berpeluang untuk bertugas sebagai ahli jawatankuasa bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan program sama ada didalam atau di luar kawasan yang telah dilaksanakan oleh sekolah ini. Sebagai contoh, sewaktu kem solat, saya telah menghadirkan diri dan bermalam di sekolah bersama dengan beberapa orang guru lain serta semua murid tahun 6. Tugas saya dalam kem tersebut adalah sebagai AJK keselamatan yang membantu guru penganjur memastikan kemaslihatan murid terjamin hingga kem tersebut berakhir. Seterusnya, saya turut menjadi AJK hadiah bagi program pertandingan sukan balapan dan padang yang telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum bersama-sama dengan semua sekolah rendah dan menengah yang berada di sekitar daerah Kubang Pasu ini. Oleh itu, saya telah melibatkan diri dengan membantu guru-guru lain yang turut ditugaskan menjadi AJK hadiah untuk menyusun dan mengelaskan pingat kepada kategori-kategori yang sepatutnya sebelum memasukkan pingat yang telah dikelaskan ke dalam kotak khas mengikut hari-hari hadiah tersebut sepatutnya diberi. Hal ini dilakukan bagi melancarkan perjalanan pembahagian hadiah pada hari kejadian kelak. Kemudian, saya juga telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK dokumentasi bagi acara merentas desa peringkat sekolah. Tugas saya dalam acara ini ialah mengambil dan mengumpulkan seberapa banyak gambar pada hari kejadian dan mendokumentasikan dalam bentuk laporan khas. Melalui pelaksanaan tugas mengikut jawatankuasa ini, saya telah belajar
PERNYATAAN PROFESIONAL
tentang cara menyediakan laporan dokumentasi bagi acara dan aktiviti yang telah dijalankan di sekolah.
III. Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum. Tempoh 12 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid dari kelas akhir. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa. Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada penyelaras matapelajaran Sains iaitu Puan Rasidah bt Adenan yang juga bertindak selaku guru
PERNYATAAN PROFESIONAL
pembimbing. Dengan pengalaman mengajar lebih kurang 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann. Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Doktor Norliza bt Kushairi supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan inputinput yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya senantiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru di sini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar SKJ 3 semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, sesetengah dari mereka merupakan murid yang mempamerkan ciri-ciri murid bermasalah, namun saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, mereka merupakan kanak-kanak yang perlukan perhatian dan bimbingan dengan kasih sayang bukannya diherdik dimaki. Melalui praktikum ini juga, saya
PERNYATAAN PROFESIONAL
banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru matapelajaran Sains melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing. Saya berharap melalui pengalaman yang telah dikutip sepanjang praktikum ini, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada mereka. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 3 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.