Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN TINDAKAN

PENINGKATAN SAHSIAH PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN SAN MIN, TELUK INTAN Ng Choo Hong PPT Unit Bimbingan & Kaunseling SMJK San Min, 36000 Teluk Intan, Perak. Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan sahsiah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 3 Merah di SMJK San Min, Teluk Intan. Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada 14 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan. Satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan telah diedarkan untuk menilai sahsiah pelajar. Soal selidik ini diedarkan kepada guru-guru yang mengajar kelas 3 Merah untuk mendapatkan data tentang sahsiah kelas tersebut (pretest dan post test kajian). Kajian menggunakan peratusan telah menunjukkan terdapat peningkatan sahsiah di kalangan pelajar-pelajar 3 Merah selepas program peningkatan sahsiah dilakukan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kelas 3 M merupakan kelas yang paling lemah dari segi pencapaian akademik. Pelajar-pelajar terdiri daripada 14 orang pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan. Guru-guru yang mengajar ke kelas mendapati ramai pelajar kurang bersedia untuk belajar. Pelajar-pelajar memiliki nilai-nilai moral yang lemah, penampilan diri yang tidak kemas, malas dan berkelakuan buruk. Guru-guru sering memarahi mereka dan mereka merasakan diri mereka terpinggir. Maka pihak pentadbir sekolah telah memaklumkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan menyarankan satu program kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Umum : Meningkatkan pembangunan sahsiah di kalangan pelajar kelas 3 Merah di SMJK San Min. Khas : Menerapkan budaya memberi salam di kalangan pelajar Tingkatan 3 Merah. Penampilan diri yang kemas. Sifat kerajinan Akhlak yang baik. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi yang digunakan adalah :i) Pemerhatian - Penyelidik melakukan pemerhatian dari masa ke semasa ke atas pelajar untuk melihat sejauh mana pelajar memiliki sahsiah yang baik. Penyelidik juga meminta pendapat guru-guru yang mengajar Tingkatan 3 Merah.

ii) Analisis data - Borang soal selidik dan borang disiplin 4.0 PERLAKSANAAN KAJIAN i) Tinjauan Masalah Tinjauan awal telah dilakukan dengan membuat pemerhatian ke atas sikap dan tingkah laku pelajar Tingkatan 3 Merah terhadap sahsiah mereka. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan, didapati kesemua sampel kajian tidak menunjukkan sahsiah yang baik. Soal Selidik (Pre-test) telah dijalankan ke atas kelas 3 M dan dapatan adalah seperti berikut :100% guru yang mengajar kelas 3M mengatakan pelajar kurang memberi salam kepada guru. 66.7% penampilan pelajar tidak kemas. 88.9 % pelajar malas membuat latihan. 100% pelajar mempunyai pemikiran negatif tentang diri mereka. 44.4% pelajar mempunyai akhlak yang baik. 55.5% pelajar kurang mendapat kasih sayang ibu bapa mereka. 33.3% pelajar sangat berdisiplin. 11.1% pelajar menggunakan masa belajar dengan baik. 11.1 % pelajar membantu guru tanpa disuruh. 11.1% pertuturan pelajar sopan. Masalah-masalah yang dikenalpasti : Pelajar kurang berdisiplin. Pelajar tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pelajar mempunyai pemikiran yang negatif. Kurang kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Perlaksanaan Program Program mentor mentee. Minggu sahsiah Budaya memberi salam. Kem motivasi. Penganugerahan pin kolar 5.0 DAPATAN KAJIAN 1. Analisis Data Berdasarkan kepada data yang diperolehi, didapati berlaku peningkatan yang memberangsangkan dari segi penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajarpelajar Tingkatan 3 Merah. 2. Rumusan a) Program Mentor Mentee - Menyediakan ibu / bapa angkat bagi pelajar. Dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar.

b) Minggu Sahsiah - Pelajar berusaha menunjukkan sahsiah terbaik mereka. c) Budaya memberi salam - Membiasakan pelajar untuk memberi salam pada bila-bila masa. d) Kem motivasi - Kem ini dijalankan untuk meningkatkan konsep kendiri pelajar. e) Penganugerahan pin kolar - Penganugerahan pin kolar ini diberikan kepada pelajar yang layak dan ini akan memotivasikan pelajar lain untuk mendapatkannya. Soal Selidik (Post-test) telah dijalankan ke atas kelas 3 M dan dapatan adalah seperti berikut :37% guru yang mengajar kelas 3M mengatakan pelajar kurang memberi salam kepada guru. 12% penampilan pelajar tidak kemas. 63 % pelajar malas membuat latihan. 37% pelajar mempunyai pemikiran negatif tentang diri mereka. 75% pelajar mempunyai akhlak yang baik. 29% pelajar kurang mendapat kasih sayang ibu bapa mereka. 12% pelajar sangat berdisiplin. 25% pelajar menggunakan masa belajar dengan baik. 37 % pelajar membantu guru tanpa disuruh. 75% pertuturan pelajar sopan. Komen Dari Mentor-mentor 1. Sikap pelajar sederhana. Ada sedikit bertambah dalam memberi salam. 2. Pelajar lelaki ada bertambah baik. Penampilan, disiplin dan memberi salam OK. Bila suruh pelajar buat kerja, mereka akan buat, lemah dalam pelajaran. 3.Penampilan sama macam dulu. Memberi salam ada sedikit berubah. Sikap susah untuk berubah. 4. Memberi salam sudah bertambah baik. Penampilan diri ada berubah, boleh ditambah lagi. Perempuan tak malas, lelaki malas. Pertuturan sudah Ok, bila pelajar nak keluar kelas ada minta kebenaran, bukan macam dulu. Sudah lebih baik berbanding dulu. 5. Pelajar-pelajar perempuan bertambah baik. Memberi salam Ok, dulu pun ok. 6.Ada sedikit perubahan kepada baik. Dulu pelajar tidak buat kerja, sekarang sudah ada. 7. Pelajar rasa tidak berguna. Terdapat sedikit perubahan dalam penampilan diri dan tingkahlaku iaitu Ok. Sikap terhadap belajar tiada, tidak berminat. Sopan santun Ok. 8. Sama sahaja dulu dan sekarang dalam semua aspek. Tiada perubahan. 6.0 REFLEKSI KAJIAN Hasil kajian membuktikan kepelbagaian tindakan dan program yang dijalankan menghasilkan impak yang positif dan berkesan di dalam meningkatkan sahsiah pelajar. Namun begitu kerjasama semua pihak adalah perlu untuk memastikan kejayaan kajian tindakan ini di masa akan datang. 7.0 CADANGAN Kajian seterusnya haruslah ke arah meningkatkan lagi sahsiah pelajar. Justeru itu masalah disiplin pelajar akan menurun dan ini akan menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih

kondusif. Borang kaji selidik Kajian Tindakan 2006. Peningkatan Sahsiah Pelajar Di SMJK San Min, Teluk Intan.

BAHAGIAN A MAKLUMAT DIRI GURU Subjek Mengajar : Tarikh : .. BAHAGIAN B BAHAGIAN INI MENGANDUNGI SOALAN SILA TANDAKAN ( _/ ) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN. BIL SOALAN Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju 1. Pelajar kurang memberi salam kepada guru. 2. Penampilan pelajar tidak kemas. 3. Pelajar malas membuat latihan. 4. Pelajar mempunyai pemikiran negatif tentang diri mereka. 5. Pelajar mempunyai akhlak yang baik. 6. Pelajar kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka. 7. Pelajar sangat berdisiplin. 8.

Pelajar menggunakan masa belajar dengan baik. 9. Pelajar membantu guru tanpa disuruh. 10. Pertuturan pelajar sopan.

KERTAS KERJA CADANGANKEM PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR 1.0 PENGENALANSahsiah dan disiplin yang baik merupakan asas kepada kecemerlangan seseorangindividu. Agama juga menuntut agar seseorang itu mempunyai pekerti yang baik dan menjalani kehidupan yang berkualiti. Kem pemantapan ini dicadangkan bagimeningkatkan kualiti dan nilai sahsiah serta kewibawaan pelajar dalammelaksanakan dan memperteguhkan nilai-nilai rohani sebagai muslim.2.0 OBJEKTIF PROGRAM2.1 Melahirkan pelajar yang boleh memuhasabah diri, menyedari diri, menyedaripentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama. 2.2 Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid 2.3 Pelajar mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya danahli masyarakat amnya.2.4 Menimbulkan keinginan pelajar untuk meningkatkan diri dalam bidangakademik dan ko kurikulum sekolah.3.0 KUMPULAN SASARAN50 pelajar tingkatan 3 dan 44.0 TARIKH 11 dan 12 November 2010 ( Khamis dan Jumaat )5.0 TEMPATSMK Tengku Mahkota, Muar.6.0 SUMBER KEWANGAN Sumbangan daripada Jabatan Pelajaran Johor sebanyak RM 1520.0

Anda mungkin juga menyukai