Anda di halaman 1dari 16

Tutorial PJM 3110

KONSEP KESEPADUAN, PENGGABUNGJALINAN, DAN INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Disediakan Oleh; Fazilah Suhud Norasyiqah Muhiddin
1

Konsep Kesepaduan
Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Kesepaduan ialah keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16). Konsep dalam P&P:- > Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.

Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur unsur ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai nilai
2

Kesepaduan dalam PJ
Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah: Penggabungjalinan Beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.

Penyerapan Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain. Konsep kesepaduan dalam kurikulum sempadan mata pelajaran dan disiplin. menghilangkan

Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani


Strategi P&P PJ menekankan aspek-aspek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha bagi memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam FPN.

Konsep Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam P&P PJ kerana membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Penggabungjalinan dapat dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu penggabungjalinan:


Antara kemahiran-kemahiran yang ada dalam PJ. Kemahiran daripada matapelajaran yang lain.

3 jenis penggabungjalinan:
Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran. (Contohnya) Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. (Contohnya) Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran. (Contohnya)
6

WaChaa!!!...

Contohnya : Permainan bola sepak Guru boleh menggabungkan 2 atau lebih kemahiran dalam sesi pengajaran seperti kemahiran mengelecek dan menendang.
7

1, 2, 3 and 4...

Contohnya : Regangan Guru boleh menerapkan kemahiran membilang dalam matematik. Murid dapat memperbaiki kekuatan memori terhadap angka.
8

Ca ca ca.. 1, 2, 3 and 4...

Contohnya : Aktiviti Senamrobik (Senamtari) Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak sambil membilang.
9

Konsep Integrasi dalam Pendidikan Jasmani


Integrasi penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan,dan lain-lain) menjadi satu kesatuan Integrasi dalam Pendidikan Jasmani bagaimana PJ itu dapat menggabungkan unsur beberapa kaum menjadi satu
10

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Pembentukan sahsiah dan disiplin pelajar boleh dilakukan melalui pendidikan
jasmani di sekolah-sekolah Pendidikan jasmani juga mampu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain Struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelaskelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak Dalam kelas jasmani integrasi kaum bukan hanya melibatkan perbualan malah memperlihatkan aksi dan reaksi terhadap sesuatu situasi yang tidak dirancang

11

Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan

humanistik,

pendidikan

sukan,

pembelajaran
pendidikan

kinesiologikal dan pendidikan kesihatan Mengutamakan jasmani objektif kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan

12

Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali

13

Isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan kepada empat konsep. Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan

14

Kesimpulan
Kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam Pendidikan Jasmani sangat penting untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

15

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA

16

Anda mungkin juga menyukai