Anda di halaman 1dari 33

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

DISEDIAKAN OLEH NAMA ABU KAMAL BIN GHAZALI NO. ID D20121061566 Tanda Tangan

PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP EL-A04 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. KHALIP BIN MUSA TARIKH SERAH: 28 APRIL 2013
1

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 3 2. Definisi dan Konsep . 4 3. Matlamat .. 7 4. Faktor-faktor Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .. 10 5. Peranan dan Sumbangan . 13 6. Cabaran dan Halangan 14 7. Cadangan/Sumbangsaran Pemantapan 15 8. Rumusan/Kesimpulan ... 18 9. Peta Minda dan Huraian ...................................................................................21 10. Bahan Rujukan/Sumber . 32

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan satu idea yang telah tercetus pada tahun 1979 iaitu setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran dan dijadikan sebagai satu garis panduan yang menekankan pembangunan kemanusiaan. Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari luar dan dalam. ... kebanyakan daripada unsur di dalam adalah baik tetapi, ... cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. (Laporan Kabinet, 1979:226) Tenaga rakyat yang diperlukan....juga dari segi nilai-nilai disiplin....perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja....boleh berfikir dan bertindak dengan unsur yang

didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu

baik....berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia....perlu selaras dengan tujuan pembangunan manusia. (Laporan Kabinet, 1979:227) Berdasarkan isi kandungan tersebut, dapatlah ditafsirkan bahawa pembangunan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek-aspek pemupukan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek fizikal, mental, emosi, intelek dan juga sosial. Oleh itu, tidak hairanlah jika FPK itu sendiri menekankan kelima-lima aspek tersebut seperti yang terkandung dalam teksnya. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.".

DEFINASI DAN KONSEP Definasi

Secara etimologi (bahasa), falsafah merupakan satu istilah yang berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philo yang bermaksud cinta dan juga sophia yang bermaksud pengetahuan. Kedua-dua perkataan ini kemudiannya disatukan membentuk satu perkataan iaitu philosophia yang secara keseluruhannya membawa maksud sebagai cinta kepada pengetahuan atau hikmah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan satu dasar yang menjadi teras kepada pendidikan di Malaysia. Perkara ini menunjukkan bahawa semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di negara ini mestilah selaras dengan falsafah tersebut. Intipati utama dalam falsafah ini adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang terkandung dalam teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan di atas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Dengan kata lain, matlamat pendidikan ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengtahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara serta beberapa aspek yang lain. Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asalnya ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan itu, Falsafah Pendidiukan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita dapat ketahui bahawa terdapat dua konsep yang terkandung dalam falsafah tersebut iaitu konsep ilmu pengetahuan dan konsep
4

nilai murni. Menurut Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik yang terkenal di Negara China, ilmu diertikan sebagai memperolehi kefahaman dan pengetahuan sesuatu perkara atau hakikat yang sebenar. Imam Ghazali pula berpendapat bahawa ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Menurut beliau lagi, ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahiran-kemahiran untuk kehidupan. Bagi pendapat Profesor Syed Muhammad al-Altas, ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.

Konsep Perkara ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan itu tidak hanya terhad kepada kebenaran-kebenaran yang bersifat objektif dan empirikal, tetapi merangkumi juga kebenaran-kebenaran yang berkaitan dengan jiwa manusia. Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memiliki kebenaran, malah keyakinan serta kesedaran bahawa ilmu boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam kehidupannya. Mengikut Sharifah Alwiah Algasoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan, ilmu itu merangkumi beberapa aspek seperti ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum, contohnya dalam bab agama, adat, nilai dan sikap asas terhadap hidup. Ilmu juga ditafsirkan sebagai kecekapan diri iaitu merangkumi kemahiran-kemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek. Aspek yang berikutnya ialah ilmu yang dilahirkan daripada kontemplasi, penikmatan dan kaji selidik, misalnya ilmu-ilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek iaitu mencari ilmu untuk kebaikan fikiran dan seni halus seperti seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik, tarian dan juga lakonan. Konsep berilmu pengetahuan yang dinyatakan dalam FPK sesuai dengan konsep dan fahaman yang menyebut bahawa orang yang berilmu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak berilmu. Rakyat Malaysia yang dididik melalui sistem pendidikan negara seharusnya menjadi kumpulan manusia yang mulia baik di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa dengan mempunyai sifat orang yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu dapat dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kajian mengenai epistemologi seperti pengetahuan kewahyuan, pengetahuan kewibawaan, pengetahuan intuitif (keilhaman), pengetahuan rasional dan juga pengetahuan emperikal.
5

Pada masa kini,

ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan individu

masyarakat. Ilmu merupakan kefahaman yang sebenar dan diperolehi daripada hasil pendapatan manusia, melalui pengalaman atau kajian secara sistematik mengikut kaedah sains. Sumber ilmu pula adalah diperolehi daripada amalan hidup manusia dan dalam proses amalan itu, ilmu terus berkembang. Secara am, ilmu pengetahuan boleh diklafikasikan kepada empat kategori yang utama iaitu ilmu sains tulen, ilmu sains kemasyarakatan, ilmu kemanusiaan dan ilmu teknologi. Ilmu juga merupakan alat yang utama dan nilai yang penting bagi kehidupan manusia kerana memalui ilmu sahajalah yang dapat mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Dalam konteks masa kini, ilmu pengetahuan sangat diperlukan dalam kehidupan masyarakat kita dalam pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memperolehi pengetahuan tetapi juga kebenaran dan keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup menggunakan ilmunya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri, konsep ilmu ini memainkan peranan penting bagi melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan khususnya dalam KBSR dan KBSM yakni pemupukan budaya ilmu di kalangan pelajar. Matlamatnya juga adalah satu iaitu bagi melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta berupaya menggunakan ilmu untuk memberi sumbangan kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Konsep seterusnya yang terkandung dalam FPK ialah konsep nilai-nilai murni. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni mengikut takrifan Wan Mohd. Zahid, "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" Dalam sistem pendidikan negara kita, penerapan nilai murni ini telah pun diselitkan dalam FPK itu sendiri yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
6

berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dalam aspek pendidikan formal pula, nilai-nilai murni ini telah cuba dimasukkan secara terancang dan sedar tetapi melalui aktiviti tidak langsung ke semua mata pelajaran di tahap pendidikan rendah dan menengah, iaitu di bawah program KBSR dan KBSM. Penerapan nilai-nilai murni melalui pengajaran dan pembelajaran merupakan ciri yang penting dalam program kurikulum sekolah. Nilai-nilai ini adalh teras kepada kurikulum bagi merealisasikan matlamat falsafah pendidikan itu sendiri bagi melahirkan insane yang seimbang dan berketerampilan. Oleh itu, kurikulum mata pelajaran di sekolah hendaklah member penekanan kepada menyemai, menanam dan menyuburkan nilai-nilai teras yang penting iaitu nilai moral, nilai etika dan nilai kemanusiaan. Sebanyak 16 nilai telah dipilih untuk diterapkan dan dilaksanakan bagi diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Pusat Perkembangan Kurikulum (FPK) juga telah memperakui 16 nilai-nilai murni itu yang bertujuan sebagai pendidikan untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. Antara nilai-nilai murni itu ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormatmenghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan akhir sekali ialah semangat bermasyarakat. Kesemua 16 nilai murni tersebut yang dipilih bagi disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang manusia itu dihormati dan boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat menyumbang kea rah pembangunan masyarakat. Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS bagi melaksanakan FPK bukanlah suatu perkara yang mudah. Penggubalan KBSR itu sendiri merupakan satu harapan bagi melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia. Jadi, kedua-dua konsep tersebut iaitu konsep ilmu pengetahuan dan konsep nilai-nilai murni memainkan peranan yang penting dalam menjayakan konsep serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) itu sendiri.

Matlamat

Sejajar dengan perkembangan negara yang sedang membangun, FPK banyak memberikan input yang berguna dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal itu dapat kita lihat dari matlamat falsafah itu sendiri, yang kebanyakkannya menekankan kepada pembentukan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Ciri pertama yang ditekankan ialah masyarakat yang percaya dan patuh kepada Tuhan. Perkara ini penting dalam kehidupan setiap individu kerana fitrah manusia itu sendiri yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendirinya tetapi ada Pencipta yang menjadikan dunia ini. Sebagai contoh, setiap orang muslim wajib percaya dan yakin akan kewujudan Allah S.W.T. seperti apa yang terkandung dalam rukun iman yang pertama, Beriman kepada Allah. Selain itu, hukum-hukum alam juga adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan supaya mengkaji setiap fenomena alam tersebut. Sebagai manusia, kita juga memikul satu amanah dan tanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir serta memakmurkan alam ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika FPK menekankan ciri tersebut dalam matlamatnya supaya setiap individu masyarakat yang dibentuk dapat menjadi khalifah yang mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab tersebut. Bukan itu sahaja, perkara ini masih lagi di jadikan sebagai matlamat FPK kerana kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan itu merupakan tonggak utama kejayaan seseorang individu dalam pembentukan sahsiah dan nilai murni. Oleh itu, setiap anggota masyarakat hendaklah berusaha bagi meningkatkan kepercayaan pada agama dan seterusnya mengamalkannya serta sentiasa melakukan kebaikan. Selain itu, masyarakat yang berilmu pengetahuan juga merupakan salah satu daripada matlamat FPK. Berilmu pengetahuan di sini ialah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu tersebut. Masyarakat yang cuba dibentuk ini juga ditekankan minat suka membaca bagi menimba ilmu pengetahuan dan setelah itu mereka akan cuba untuk menyebarkan ilmu yang telah dipelajari tersebut. Selain itu, masyarakat yang berilmu pengetahuan ini juga akan berfikiran terbuka serta berusaha menggunakan ilmu yang sedia ada untuk manfaat mereka sendiri serta orang lain. Bagi pendidikan di sekolah misalnya, berdasarkan ciri ini, murid-murid yang bakal dibentuk akan diberikan ilmu yang secukupnya agar dapat mencapai matlamat tersebut. Melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan ini, negara akan dapat melahirkan tenaga kerja
8

yang mahir dan cekap dalam sesuatu bidang, malah akan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ciri seterusnya yang cuba ditekankan dalam matlamat FPK ialah masyarakat yang berakhlak mulia. Masyarakat yang berakhlak mulia ini ialah masyarakat yang berupaya membezakan sesuatu perkara yang baik dan sesuatu perkara yang buruk dari segi nilai atau tingkah laku. Mereka juga akan berkeyakinan terhadap nilai-nilai murni serta menghayati nilai-nilai tersebut, bahkan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, mereka turut berkeyakinan serta menghayati nilai-nilai mulia seperti nilai-nilai kerohanian, kewarganegaraan dan kemanusiaan. Di samping itu juga, rakyat Malaysia yang cuba dibentuk berdasarkan ciri ini ialah masyarakat yang berbudi pekerti serta bertingkah laku baik. Ciri ini amat bersesuaian dengan keadaan sekarang kerana kebanyakkan daripada remaja kita terjebak dengan masalah gejala sosial yang semakin berleluasa. Oleh itu, melalui matlamat FPK ini, ciri masyarakat yang berkhlak mulia tersebut sesuai ditekankan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah lagi kerana bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Masyarakat yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara juga merupakan antara ciri-ciri yang terkandung dalam matlamat FPK. Sebagai manusia, kita seharusnya menjalankan kewajipan kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara dengan menyedari dan melakukan segala perkara atau sesuatu tugas itu dengan amanah, bersih, cekap dan penuh tanggungjawab disamping sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti. Kita juga mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan sama ada dari segi agama mahupun negara. Hal ini menunjukkan bahawa, manusia yang ingin dibentuk berdasarkan ciri ini hendaklah patuh dan bertanggungjawab kepada diri, agama, masyarakat dan negara dengan melakukan apa yang seharusnya dilakukan dan meninggalkan apa yang ditegah atau dilarang. Mereka juga berupaya untuk membangunkan kemajuan diri dan menyumbangkan tenaga kepada pembangunan agama, bangsa dan negara agar sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, matlamat FPK juga menerapkan sikap memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini menunjukkan bahawa perpaduan antara masyarakat negara kita yang berbilang kaum itu sudah mula dipupuk sejak dari kanak-kanak lagi. Buktinya dapat kita lihat dari matlamat yang cuba diterapakan oleh FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu. Selain itu, sukatan pelajaran yang diajar di semua sekolah adalah sama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza. Bukan itu sahaja, Bahasa
9

Melayu pula telah dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi setiap sekolah yang bertujuan memudahkan rakyat komunikasi antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan antara rakyat boleh dipupuk melalui sistem pendidikan seperti apa yang telah dianjurkan oleh FPK itu sendiri. Bagi pendidikan perguruan pula, sistem yang diwujudkan untuk semua guru pelatih lebih teratur serta bercita-cita kebangsaan. Secara tidak langsung, perkara ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan perpaduan antara kaum dalam kalangan guru-guru pelatih. Matlamat lain yang cuba diterapkan dalam FPK ini ialah menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan

pembangunan. Kita dapat melihat matlamat ini dalam sistem pendidikan negara itu sendiri iaitu bertujuan untuk menghasilkan individu-individu yang mahir serta cekap untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja yang produktif. Tambahan lagi, dengan adanya pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi, seseorang individu itu akan dapat menjadi perancang, pengeluar malah pengguna yang lebih bersikap rasional serta cekap. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa individu masyarakat itu dapat memberikan sumbangan terhadap kemajuan serta perkembangan negara. Mereka juga dapat membangunkan negara ini setanding dan sehebat negara-negara maju yang lain seperti negara-negara Barat, Eropah serta Timur Tengah. Perlembagaan memainkan peranan yang penting dalam system negara kita. Oleh itu, matlamat melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan adalah satu ciri yang baik dalam membangunkan Malaysia. Melalui matlamat tersebut, setiap individu masyarakat dapat mengembangkan kefahaman serta penerimaan idea-idea yang demokratik dalam

perlembagaan serta kesedaran tentang hak-hak dan tanggungjawab seseorang warganegara dalam suatu sistem yang demokratik. Malah, individu-individu terbabit juga mempunyai komitmen untuk menggunakan hak-hak dan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang had mahupun sekatan. Aspek atau ciri yang berikutnya pula ialah mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa prestasi muridmurid sering dipengaruhi oleh kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Oleh itu, pelbagai
10

usaha boleh diambil bagi mengurangkan jurang perbezaan tersebut tambahan pula di antara golongan yang berada dengan golongan yang miskin. Bukan itu sahaja, kemudahankemudahan seperti pemberian buku pinjaman, wang untuk membeli pakaian dan kasut, biasiswa kecil serta pelbagai lagi bentuk sumbangan boleh diberikan kepada murid-murid di kawasan luar bandar khususnya agar mereka tidak terpinggir dan terabai dek kemajuan dan peredaran masa kini. Melalui usaha sebegini, jurang perbezaan tersebut dapat dikurangkan malah prestasi pelajar dari golongan miskin juga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kemajuan dan pembangunan negara dapat diseimbangkan sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar.

Faktor-faktor Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Seperti yang sedia maklum, kita dapat ketahui bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu pegangan penting dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. Bahkan, FPK juga merupakan penyuluh yang member pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Oleh itu, sebagai pendidik atau bakal pendidik, kita hendaklah meneliti dan mentafsir segala isi kandungan, hasrat dan cita dalam FPK dan cuba memahami perkara tersebut secara mendalam. Kita dapat mentafsir segala kandungan, hasrat dan citanya itu berdasarkan faktorfaktor yang mempengaruhinya seperti faktor agama, faktor sosial, faktor politik, faktor ekonomi, faktor individu dan faktor sejagat. Faktor agama yang dimaksudkan ialah agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasminya dan di samping itu, terdapat beberapa agama lain yang bebas dianuti oleh rakyat negara ini seperti agama Kristian, agama Buddha, agama Hindu dan lain-lain lagi mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khasnya agama Islam itu sendiri seperti apa yang terkandung dalam FPK iaitu, ...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.... Bagi faktor sosial pula, aspek ini merangkupi struktur masyarakat dan kebudayaan yang terdapat di negara kita. Seperti aspek agama, kita juga ketahui bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang didiami oleh pelbagai bangsa atau etnik seperti
11

Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi. Keharmonian dan kemakmuran negara juga banyak bergantung pada amalan sikap toleransi, kerjasama, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara pelbagai kaum ini. Sikap atau amalan yang positif ini adalah sangat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum. Perkara ini secara tidak langsung merupakan criteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial negara yang aman dan stabil. Bukan itu sahaja, perkara ini juga merupakan anatara matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK iaitu, ...melahirkan rakyat Malaysia......memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun, dalam system pendidikan, aspek ini bertujuan untuk membina individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman tentang persekitaran alam, budaya hidup masyarakat dan peranan sebagai warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen positif. Selain itu, faktor lain yang menjadi dasar pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor politik iaitu faktor yang menentukan ideologi negara dan mempengaruhi dasar pendidikan. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubal berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumendokumen rasmi seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dalam usaha membentuk ideologi negara ini, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan negara kita. Sehubungan dengan itu, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan FPK. Faktor ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan FPK itu sendiri sebagaimana yang telah diuraikan dalam pengaruh faktor sosial. Dalam pendidikan, aspek ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi serta ideologi dan idealisme kepimpinan negara. Bukan itu saja, maruah dan kekuatan bangsa Malaysia juga adalah bersandar kepada kesedaran dan komitmen yang lebih bersifat patriotik dan nasionalistik. Faktor ekonomi juga merupakan antara faktor yang saling bersangkutan dengan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor ini penting dalam menjamin kemajuan dan perkembangan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan terlatih dalam pelbagai kemahiran amat diperlukan bagi membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan mempertingkatkan daya pengeluarannya. Seperti apa yang terkandung dalam FPK itu sendiri, tujuan tersebut dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran negara. Malah, cita-cita bagi memperkembangkan
12

ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Bagi aspek ini, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi negara. Faktor seterusnya yang sedikit sebanyak menjadi aspek kepada pembentukan FPK ialah faktor individu. Faktor individu ini merupakan kepakaran dan kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam mencorak dan mentakbir negara sejajar dengan Negara-negara membangun yang lain. Seperti apa yang dapat kita lihat berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri, cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungannya. Hal ini nyata membuktikan bahawa faktor individu adalah antara faktor yang penting dalam pembentukan FPK. Melalui proses pendidikan, kita dapat memperkembangkan potensi seseorang individu itu. Potensi ini termasuklah aspek intelek, aspek rohani, aspek emosi dan juga aspek jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis ini akan sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Oleh itu, misi negara untuk melahirkan individu yang berakhlak mulia dan memiliki nilai-nilai murni akan terhasil melalui aspek individu tersebut. Faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terakhir ialah faktor sejagat. Faktor sejagat ini merangkumi pengaruh-pengaruh atau implikasi dari luar. Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, idea-idea yang dihasilkan juga adalah pengaruh daripada seminar pendidikan antarabangsa. Sebagai contoh, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an. Perkara ini telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan....dan hal ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup itu sendiri.

13

Peranan dan Sumbangan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu usaha kerajaan yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera. Dalam FPK itu sendiri telah dimuatkan beberapa tuntutan atau hasrat yang bertujuan untuk mencapai objektif tersebut. Perkara ini juga lebih dikenali sebagai elemen-elemen penting dalam FPK. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah ini ialah

pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang dikaitkan seumur hidup iaitu berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak misalnya merupakan suatu perkara penting bagi membentuk asas sahsiah diri mereka yang berada dalam lingkungan antara umur satu tahun sehingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk ini akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemupukan sahsiah dan nilai murni seawal yang boleh agar generasi akan datang dapat berkhidmat dan berbakti serta berjasa kepada bangsa dan negara disamping memiliki akhlak mulia. Elemen kedua yang cuba diterapkan ialah perkembangan potensi individu.

Perkembangan ini merangkumi bakat, potensi dan kebolehan terpendam yang sedia ada dalam diri setiap individu. Kebolehan dan potensi semula jadi ini merupakan satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar. Selain itu, bakat, potensi dan kebolehan semula jadi ini seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi sosial dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti agar sentiasa bercambah dan tidak sia-sia. Melalui bakat dan potensi inilah, kita dapat melahirakn murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi merialisasikan hasrat negara iaitu menjadi negara maju sejajar dengan wawasan 2020.

14

Seterusnya ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Elemen ini secara tidak langsung saling bersangkutan dengan elemen di atas. Hal ini kerana melalui elemen tersebutlah kita dapat melahirkan rakyat yang mencintai ilmu pengetahuan disamping berusaha memupuk sikap gemar membaca dan menimba ilmu. Apabila elemen ini dipupuk dalam kalangan murid-murid, kita dapat melahirkan individu masyarakat yang berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang. Bahkan, mereka juga lebih bersedia untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah mempunyai dan memiliki ilmu pengetahuan tersebut, mereka akan berusaha untuk mengamalkannya serta menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada untuk kepentingan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Selain itu, setiap individu yang berilmu pengetahuan ini akan sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan. Berdasarkan criteria-kriteria tersebut, pendidikan negara juga pasti akan bertambah pesat, tambahan pula ianya dapat membangunkan lagi negara ini melalui kemahiran dan kepakaran rakyatnya. Elemen lain yang terdapat dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang berketerampilan. Rakyat yang berketerampilan ini hendaklah mepunyai kecekapan dan kompetensi diri serta mempunyai pengetahuan yang luas agar berkebolehan untuk menjalankan setiap tugas dengan baik dan sempurna. Di samping itu, mereka juga lebih berpandangan jauh dan mempunyai inisiatif untuk memperkembangkan diri, masyarakat dan negara. Tambahan lagi, berdasarkan elemen ini juga, rakyat yang bakal dibentuk akan berupaya melaksanakan segala tugas dengan cepat, cekap dan sempurna berserta memupuk pembawaan diri yang baik bagi meningkatkan lagi kualiti dan pembangunan negara kita.

Cabaran dan Halangan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia juga merupakan salah satu daripada elemen yang terkandung dalam elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Individu masyarakat yang berakhlak mulia adalah individu masyarakat yang mempunyai perwatakan diri yang baik. Mereka juga akan berpegang pada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup di samping memiliki sikap bersopan dan berdisiplin. Melalui elemen ini juga, mereka akan mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab terutamanya sebagai masyarakat Melayu, kita dididik dengan adab penuh bertatasusila dan nilai-nilai mulia seusia kanak-kanak lagi. Mereka juga akan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perbuatan yang baik iaitu boleh membezakan antara perkara yang buruk dengan perkara yang baik.
15

Secara tidak langsung, perkara ini dapat memupuk semangat kemanusiaan, kewarganegaraan dan beraspek kerohanian. Selain itu, elemen-elemen FPK juga menekankan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia seharusnya berfikiran waras dan berjiwa tenang dibawah elemen ini. Selain itu, mereka mestilah mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup, segala percanggahan, stabil dan tenang. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mempunyai badan yang sihat seperti apa yang terkandung dalam FPK itu sendiri dari aspek jasmani. Badan yang sihat ini penting bagi menjamin rakyat yang kuat dan mampu untuk membina karakter seorang individu yang berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya kesejahteraan bangsa dan negara. Tidak cukup dengan itu, mereka turut berupaya untuk mewujudkan pertalian yang baik dengan orang lain. Jadi, hubungan dan permuafakatan antara kaum dapat dipupuk dalam menjadikan negara kita sebagai negara yang aman dan harmoni. Di samping itu, antara elemen yang dibentuk dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan elemen ini, usaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri setiap individu masyarakat. Mereka juga akan lebih bersefahaman dalam keluarga serta bersemangat kenegaraan dan cintakan tanah air yang tinggi. Apabila perkara ini telah wujud dalam diri mereka, maka usaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasardasar yang ditetapkan akan berjalan dengan baik dan lancar. Perpaduan antara kaum juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti sihat berdasarkan elemen tersebut. Rakyat Malaysia juga akan lebih menghargai dan mengamalkan rukun negara serta sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekiranya mereka telah memahami elemen yang dikemukakan ini. Secara tidak langsung, kestabilan politik dan keamanan negara juga dapat dikekalkan, malah dapat dipertingkatkan dari masa ke masa di samping berupaya untuk memelihara perlembagaan dan mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Implikasi (Cadangan Pemantapan) Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapat ketahui dan rumuskan bahawa implikasi FPK tersebut dalam
16

sistem pendidikan negara dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap institusi pendidikan dan implikasi kepada guru sebagai pendidik. Implikasi terhadap kurikulum dapat kita lihat melalui pembentukan KBSR dan KBSM itu sendiri yang merupakan hasil perubahan yang diaspirasikan dalam FPK. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada sistem pendidikan di negara kita agar inspirasi dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan itu dapat dikecapi. Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu ini juga digubal bagi memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Disebabakan hal itu, konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititikberatkan. Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga banyak mempengaruhi perubahan bahan-bahan pelajaran yang lebih mengutamakan nilai-nilai murni supaya diserapkan dalam semua mata pelajaran. Hal ini penting bagi membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan dan berakhlak mulia seperti apa yang terkandung dalam matlamat FPK itu sendiri. Menurut pandangan Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi, beliau menyatakan bahawa proses pendidikan itu sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam. Oleh itu, tidak hairanlah jika program pendidikan juga turut diubah kepada corak yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bukan itu sahaja, pelbagai penekanan turut diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional di samping terus menekankan pemupukan budaya sains dan teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa mata pelajaran yang sengaja ditubuhkan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar mengenai bidang-bidang tersebut seperti mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu (KHB), mata pelajaran pendidikan vokasional (MPV) dan pelbagai lagi. Mata pelajaran seperti itu juga dapat meningkatkan pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga dalam kalangan pelajar khususnya topik-topik berkaitan yang terkandung dalam mata pelajaran KHB itu. Implikasi ini juga banyak mempengaruhi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira di peringkat rendah ataupun di peringkat menengah. Bagi mata pelajaran bahasa Melayu, pengukuhan dan
17

perluasan bahasa tersebut sebagai satu cabang ilmu pengetahuan sering dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris yang acap kali di tegaskan oleh pihak kementerian khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh hal yang sedemikian, pihak kerajaan telah pun mengambil langkah inisiatif bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut dengan satu misi iaitu, Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris. Implikasi falsafah pendidikan terhadap sistem pendidikan negara yang kedua ialah implikasi terhadap institusi pendidikan. Mengikut Parsons, sekolah memenuhi dua fungsi untuk masyarakat, iaitu membekalkan asas sosialisasi dan berfungsi sebagai mekanisme di mana individu-individu diperuntukan peranan-peranan dewasa masing-masing seperti peranan pekerja dan peranan pelaku sosial. Oleh itu, institusi pendidikan yang lengkap dan sempurna amat diperlukan. Melalui implikasi ini, kita dapat lihat melalui beberapa penambahbaikan prasarana asas yang dilaksanakan seperti penambahbaikan bilik darjah, makmal sains, dan bengkel-bengkel yang cukup bagi menampung keperluan kurikulum yang berorientasikan aktiviti dan berpusatkan murid. Perkara ini terbukti melalui perubahan-perubahan yang dijalankan pihak kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar mahupun di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Apabila perubahan ini dilaksanakan, jurang perbezaan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar juga dapat dikurangkan. Implikasi ini juga banyak menekankan kepada pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilai-nilai murni serta mewujudkan budaya sekolah yang kondusif bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek JERIS. Berdasarkan John Dewey (1859-1952), beliau berpendapat bahawa sekolah sebagai institusi masyarakat dan proses pendidikan boleh membaiki masyarakat yang menghadapi masalah sosial. Oleh itu, usaha dan perubahan seperti ini amat diperlukan buat masa sekarang bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Usaha ini diteruskan lagi melalui pembentukan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di setiap peringkat sekolah yang banyak menerapkan unsur nilainilai murni. Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong misalnya agar penerapan nilai-nilai murni ini dapat disalurkan kepada golongan pelajar secara tidak langsung. Konsep dan matlamat FPK juga turut dapat dikecapi sekiranya semua pihak terlibat bagi melaksanakan penerapan nilai murni tersebut tidak kira keluarga atau masyarakat awam.
18

Perkara seterusnya yang cuba diberi penekanan ialah kepada bidang teknik dan vokasional yang berterusan. Di samping itu, pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai ilmu di institusi pendidikan juga akan terus meningkat. Buktinya, banyak sekolahsekolah teknik dan vokasional ditubuhkan di seluruh negara semata-mata bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar mengenai bidang tersebut. Bagi bahasa Melayu pula, kita dapat lihat bahawa kebanyakkan institusi pendidikan di negara ini telah menawarkan mata pelajaran tersebut sama ada sebagai mata pelajaran khusus atau mata pelajaran tambahan. Hal ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan bahasa ibunda tersebut malah dapat memperluaskannya di peringkat yang lebih tinggi khususnya di peringkat antarabangsa. Implikasi yang terakhir ialah implikasi terhadap golongan pendidik yakni kepada para guru. Mengikut Durkheim, guru berperanan mendidik murid-murid mengikut nilai dan peraturan yang ditentukan berdasarkan kehendak masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, kita merupakan individu yang penting dalam menggalas amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dalam mendidik anak bangsa. Disebabkan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri, para pendidik di negara ini akan lebih beriltizam tinggi untuk melaksanakan segala aktiviti berkaitan kurikulum dan kokurikulum untuk mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung dalam FPK tersebut. Mereka juga akan lebih bersedia melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi malhirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru. Bagi melahirkan guru yang berdedikasi dan berkualiti tersebut, pihak kementerian pelajaran telah mamainkan peranan penting dengan menaik pulih taraf maktab-maktab perguruan kepada institut pendidikan guru yang menawarkan ijazah sarjana muda perguruan khususnya kepada bakal guru-guru sekolah rendah semata-mata ingin mencapai hasrat FPK itu. Hal ini membuktikan betapa pentingnya bakal pendidik yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan bagi merealisasikan matlamat FPK terhadap pembentukan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari aspek JERIS.

Selain itu, para pendidik juga akan berpandangan lebih positif ke arah pembaharuan atau inovasi dalam bidang pendidikan serta berpandangan jauh dan luas untuk menjadikan hasrat Wawasan 2020 itu sebagai kenyataan. Guru-guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti dalam proses P&P misalnya bagi merubah sistem pengajaran yang sedia ada agar selari
19

dengan perkembangan negara ke arah yang lebih maju dan membangun. Oleh hal yang sedemikian, perkembangan dari segi murid-murid juga akan turut berubah, jadi penekanan kepada P&P yang lebih berkesan itu amat diperlukan sekali. Penggunaan media yang berasaskan komputer dan teknologi juga merupakan antara langkah yang terbaik yang boleh diambil para guru bagi mencapai Wawasan 2020 itu sendiri. Pihak kerajaan juga telah memperuntukan pembiayaan terhadap kemudahan-kemudahan seperti itu bagi mendedahkan para murid kea rah pendidiukan yang lebih moden dan professional. Dengan itu, bukan sahaja Wawasan 2020 boleh dicapai, malah hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri juga dikecapi.

RUMUSAN Dalam sistem pendidikan kebangsaan itu sendiri, telah berlaku banyak perubahan semata-mata mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan berketerampilan dari aspek JERIS seperti apa yang terkandung dalam FPK. Dasar yang terdapat dalam sistem ini mampu untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, beradab sopan dan seterusnya menjadi seorang warganegara yang seimbang dan harmonis. Namun pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam mencapai hasrat tersebut seperti ibu bapa, para guru dan masyarakat sekeliling.

Walaupun begitu, sistem pendidikan kebangsaan terus bertambah baik dengan menjadikan FPK tersebut sebagai garis panduan utama untuk melahirkan modal insan yang dikehendaki. Warga pendidik itu sendiri juga perlu memantapkan ilmu dan kefahaman yang dimiliki agar dapat mendidik anak-anak bangsa dengan lebih terancang dan bersifat efektif. Jika guru-guru masih di tahap yang lama, bagaimana murid-murid hari ini dapat menjadikan cabaran pendidikan yang semakin sukar sebagai satu medan kejayaan bagi mereka.

Kesimpulannya, seandainya setiap warga pendidik itu berpegang teguh kepada FPK dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, matlamat dasar pendidikan negara pasti dapat direalisasikan dan tidak sekadar hanya menjadi satu impian
20

sahaja. Justeru itu, FPK tersebut hendaklah diteliti dan dikaji dengan jelas oleh guru agar dapat menjadikan generasi akan datang sebagaimana yang dihasratkan oleh semua pihak. TAJUK Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Definisi
Secara etimologi (bahasa), falsafah merupakan satu istilah yang berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philo yang bermaksud cinta dan juga sophia yang bermaksud pengetahuan. Kedua-dua perkataan ini kemudiannya disatukan membentuk satu perkataan iaitu philosophia yang secara keseluruhannya membawa maksud sebagai cinta kepada pengetahuan atau hikmah.D

Cadangan Pemantapan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapat ketahui dan rumuskan bahawa implikasi FPK tersebut dalam sistem pendidikan negara dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap institusi pendidikan dan implikasi kepada guru sebagai pendidik

Konsep
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan satu idea yang telah tercetus pada tahun 1979 iaitu setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran dan dijadikan sebagai satu garis panduan yang menekankan pembangunan kemanusiaan.

Peranan dan Sumbangan


Falsafah ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang dikaitkan seumur hidup iaitu berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu pegangan penting dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. Bahkan, FPK juga merupakan penyuluh yang member pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. P

Matlamat
Menuju ke arah negara maju padaa tahun 2020, FPK banyak memberikan input yang berguna dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal itu dapat kita lihat dari matlamat falsafah itu sendiri, yang kebanyakkannya menekankan kepada pembentukan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

21

Definisi "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.".

Secara etimologi (bahasa), falsafah merupakan satu istilah yang berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philo yang bermaksud cinta dan juga sophia yang bermaksud pengetahuan. Kedua-dua perkataan ini kemudiannya disatukan membentuk satu perkataan iaitu philosophia yang secara keseluruhannya membawa maksud sebagai cinta kepada pengetahuan atau hikmah.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan satu dasar yang menjadi teras kepada pendidikan di Malaysia. Perkara ini menunjukkan bahawa semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di negara ini mestilah selaras dengan falsafah tersebut. Intipati utama dalam falsafah ini adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang terkandung dalam teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kita dapat ketahui bahawa terdapat dua konsep yang terkandung dalam falsafah tersebut iaitu konsep ilmu pengetahuan dan konsep nilai murni. Menurut Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik yang terkenal di Negara China, ilmu diertikan sebagai memperolehi kefahaman dan pengetahuan sesuatu perkara atau hakikat yang sebenar. Imam Ghazali pula berpendapat bahawa ilmu tidak dapat dipisahkan daripada hakikat dan kebenaran. Menurut beliau lagi, ilmu adalah sama dengan kefahaman agama dan kemahirankemahiran untuk kehidupan. Bagi pendapat Profesor Syed Muhammad al-Altas, ilmu
22

merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.

Konsep Perkara ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan itu tidak hanya terhad kepada kebenaran-kebenaran yang bersifat objektif dan empirikal, tetapi merangkumi juga kebenaran-kebenaran yang berkaitan dengan jiwa manusia. Seseorang yang berilmu pengetahuan bukan sahaja memiliki kebenaran, malah keyakinan serta kesedaran bahawa ilmu boleh memberikan kepuasan kepada jiwa manusia dan menimbulkan keinginan untuk mengejar kebahagiaan yang bermakna dalam kehidupannya.

Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asalnya ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan itu, Falsafah Pendidiukan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

Mengikut Sharifah Alwiah Algasoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan, ilmu itu merangkumi beberapa aspek seperti ilmu sebagai kepercayaan, pendapat dan kebenaran umum, contohnya dalam bab agama, adat, nilai dan sikap asas terhadap hidup. Ilmu juga ditafsirkan sebagai kecekapan diri iaitu merangkumi kemahirankemahiran dalam bidang jasmani, sosial dan intelek. Aspek yang berikutnya ialah ilmu yang dilahirkan daripada kontemplasi, penikmatan dan kaji selidik, misalnya ilmuilmu yang bercorak kreativiti dan penuntutan intelek iaitu mencari ilmu untuk kebaikan fikiran dan seni halus seperti seni lukis, seni ukir, seni bina, muzik, tarian dan juga lakonan.

Konsep seterusnya yang terkandung dalam FPK ialah konsep nilai-nilai murni. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai suatu perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni mengikut takrifan Wan Mohd. Zahid,
23

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

Matlamat

masyarakat yang percaya dan patuh kepada Tuhan. Perkara ini penting dalam kehidupan setiap individu kerana fitrah manusia itu sendiri yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendirinya tetapi ada Pencipta yang menjadikan dunia ini. Sebagai contoh, setiap orang muslim wajib percaya dan yakin akan kewujudan Allah S.W.T. seperti apa yang terkandung dalam rukun iman yang pertama, Beriman kepada Allah

Sebagai manusia, kita juga memikul satu amanah dan tanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir serta memakmurkan alam ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika FPK menekankan ciri tersebut dalam matlamatnya supaya setiap individu masyarakat yang dibentuk dapat menjadi khalifah yang mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab tersebut.

Selain itu, masyarakat yang berilmu pengetahuan juga merupakan salah satu daripada matlamat FPK. Berilmu pengetahuan di sini ialah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk

menambahkan ilmu tersebut. Masyarakat yang berakhlak mulia ini ialah masyarakat yang berupaya membezakan sesuatu perkara yang baik dan sesuatu perkara yang buruk dari segi nilai atau tingkah laku. Mereka juga akan berkeyakinan terhadap nilai-nilai murni serta menghayati nilai-nilai tersebut, bahkan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

24

Kita juga mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan sama ada dari segi agama mahupun negara. Hal ini menunjukkan bahawa, manusia yang ingin dibentuk berdasarkan ciri ini hendaklah patuh dan bertanggungjawab kepada diri, agama, masyarakat dan negara dengan melakukan apa yang seharusnya dilakukan dan meninggalkan apa yang ditegah atau dilarang.

Selain itu, matlamat FPK juga menerapkan sikap memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini menunjukkan bahawa perpaduan antara masyarakat negara kita yang berbilang kaum itu sudah mula dipupuk sejak dari kanak-kanak lagi.

Bahasa Melayu pula telah dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi setiap sekolah yang bertujuan memudahkan rakyat komunikasi antara satu sama lain. Kedua-dua perkara ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan antara rakyat boleh dipupuk melalui sistem pendidikan seperti apa yang telah dianjurkan oleh FPK itu sendiri.

Matlamat lain yang cuba diterapkan dalam FPK ini ialah menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Matlamat melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan adalah satu ciri yang baik dalam membangunkan Malaysia.

setiap individu masyarakat dapat mengembangkan kefahaman serta penerimaan ideaidea yang demokratik dalam perlembagaan serta kesedaran tentang hak-hak dan tanggungjawab seseorang warganegara dalam suatu sistem yang demokratik.

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa prestasi murid-murid sering dipengaruhi oleh kemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Kemajuan dan pembangunan negara dapat diseimbangkan sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar.
25

Pembentukan Kita dapat mentafsir segala kandungan, hasrat dan citanya itu berdasarkan faktorfaktor yang mempengaruhinya seperti faktor agama, faktor sosial, faktor politik, faktor ekonomi, faktor individu dan faktor sejagat. Faktor agama yang dimaksudkan ialah agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia.

Agama-agama ini penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khasnya agama Islam itu sendiri seperti apa yang terkandung dalam FPK iaitu, ...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan....

Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk yang didiami oleh pelbagai bangsa atau etnik seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi. Keharmonian dan kemakmuran negara juga banyak bergantung pada amalan sikap toleransi, kerjasama, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara pelbagai kaum ini.

Sikap atau amalan yang positif ini adalah sangat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum. Perkara ini secara tidak langsung merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial negara yang aman dan stabil.

ideologi negara dan mempengaruhi dasar pendidikan. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubal berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam pendidikan, aspek ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi serta ideologi dan idealisme kepimpinan negara. Bukan itu saja, maruah dan kekuatan bangsa Malaysia juga adalah bersandar kepada kesedaran dan komitmen yang lebih bersifat patriotik dan nasionalistik.
26

Seperti apa yang terkandung dalam FPK itu sendiri, tujuan tersebut dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran negara. Malah, cita-cita bagi memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

individu ini merupakan kepakaran dan kebijaksanaan rakyat Malaysia dalam mencorak dan mentakbir negara sejajar dengan Negara-negara membangun yang lain. Seperti apa yang dapat kita lihat berdasarkan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri, cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungannya.

Faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terakhir ialah faktor sejagat. Faktor sejagat ini merangkumi pengaruh-pengaruh atau implikasi dari luar. Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan

Dalam FPK itu sendiri telah dimuatkan beberapa tuntutan atau hasrat yang bertujuan untuk mencapai objektif tersebut. Perkara ini juga lebih dikenali sebagai elemenelemen penting dalam FPK. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah ini ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang dikaitkan seumur hidup iaitu berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat.

Pendidikan awal kanak-kanak misalnya merupakan suatu perkara penting bagi membentuk asas sahsiah diri mereka yang berada dalam lingkungan antara umur satu tahun sehingga enam tahun.

27

. Perkembangan ini merangkumi bakat, potensi dan kebolehan terpendam yang sedia ada dalam diri setiap individu. Kebolehan dan potensi semula jadi ini merupakan satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar.

. Perkembangan ini merangkumi bakat, potensi dan kebolehan terpendam yang sedia ada dalam diri setiap individu. Kebolehan dan potensi semula jadi ini merupakan satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak diketahui secara sedar.

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Elemen ini secara tidak langsung saling bersangkutan dengan elemen di atas. Hal ini kerana melalui elemen tersebutlah kita dapat melahirkan rakyat yang mencintai ilmu pengetahuan disamping berusaha memupuk sikap gemar membaca dan menimba ilmu.

Setelah mempunyai dan memiliki ilmu pengetahuan tersebut, mereka akan berusaha untuk mengamalkannya serta menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada untuk kepentingan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Selain itu, setiap individu yang berilmu pengetahuan ini akan sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan.

Elemen lain yang terdapat dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang berketerampilan. Rakyat yang berketerampilan ini hendaklah mepunyai kecekapan dan kompetensi diri serta mempunyai pengetahuan yang luas agar berkebolehan untuk menjalankan setiap tugas dengan baik dan sempurna. Di samping itu, mereka juga lebih berpandangan jauh dan mempunyai inisiatif untuk memperkembangkan diri, masyarakat dan negara. Tambahan lagi, berdasarkan elemen ini juga, rakyat yang bakal dibentuk akan berupaya melaksanakan segala tugas dengan cepat, cekap dan sempurna

Cabaran dan Halangan Pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab terutamanya sebagai masyarakat Melayu, kita dididik dengan adab penuh bertatasusila dan nilai-nilai mulia seusia kanak-kanak lagi. Mereka juga akan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perbuatan yang baik iaitu boleh membezakan antara perkara yang buruk

28

dengan perkara yang baik. Secara tidak langsung, perkara ini dapat memupuk semangat kemanusiaan, kewarganegaraan dan beraspek kerohanian.

Rakyat Malaysia seharusnya berfikiran waras dan berjiwa tenang dibawah elemen ini. Selain itu, mereka mestilah mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup, segala percanggahan, stabil dan tenang.

Di samping itu, antara elemen yang dibentuk dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormatmenghormati dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri setiap individu masyarakat. Mereka juga akan lebih bersefahaman dalam keluarga serta bersemangat kenegaraan dan cintakan tanah air yang tinggi.

Kestabilan politik dan keamanan negara juga dapat dikekalkan, malah dapat dipertingkatkan dari masa ke masa di samping berupaya untuk memelihara perlembagaan dan mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Implikasi (Cadangan Pemantapan) Terhadap kurikulum dapat kita lihat melalui pembentukan KBSR dan KBSM itu sendiri yang merupakan hasil perubahan yang diaspirasikan dalam FPK. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada sistem pendidikan di negara kita agar inspirasi dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan itu dapat dikecapi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga banyak mempengaruhi perubahan bahan-bahan pelajaran yang lebih mengutamakan nilai-nilai murni supaya diserapkan dalam semua mata pelajaran. Hal ini penting bagi membentuk rakyat Malaysia yang

berketerampilan dan berakhlak mulia seperti apa yang terkandung dalam matlamat FPK itu sendiri. Menurut pandangan Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi, beliau menyatakan

29

bahawa proses pendidikan itu sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa mata pelajaran yang sengaja ditubuhkan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar mengenai bidang-bidang tersebut seperti mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu (KHB), mata pelajaran pendidikan vokasional (MPV) dan pelbagai lagi. Implikasi ini juga banyak mempengaruhi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira di peringkat rendah ataupun di peringkat menengah. Bagi mata pelajaran bahasa Melayu, pengukuhan dan perluasan bahasa tersebut sebagai satu cabang ilmu pengetahuan sering dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Implikasi falsafah pendidikan terhadap sistem pendidikan negara yang kedua ialah implikasi terhadap institusi pendidikan. Mengikut Parsons, sekolah memenuhi dua fungsi untuk masyarakat, iaitu membekalkan asas sosialisasi dan berfungsi sebagai mekanisme di mana individu-individu diperuntukan peranan-peranan dewasa masingmasing seperti peranan pekerja dan peranan pelaku sosial. Implikasi ini juga banyak menekankan kepada pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilai-nilai murni serta mewujudkan budaya sekolah yang kondusif bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek JERIS. Berdasarkan John Dewey (1859-1952), beliau berpendapat bahawa sekolah sebagai institusi masyarakat dan proses pendidikan boleh membaiki masyarakat yang menghadapi masalah sosial. Konsep dan matlamat FPK juga turut dapat dikecapi sekiranya semua pihak terlibat bagi melaksanakan penerapan nilai murni tersebut tidak kira keluarga atau masyarakat awam. Buktinya, banyak sekolah-sekolah teknik dan vokasional ditubuhkan di seluruh negara semata-mata bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar mengenai bidang tersebut. Bagi bahasa Melayu pula, kita dapat lihat bahawa kebanyakkan institusi

30

pendidikan di negara ini telah menawarkan mata pelajaran tersebut sama ada sebagai mata pelajaran khusus atau mata pelajaran tambahan.

Implikasi yang terakhir ialah implikasi terhadap golongan pendidik yakni kepada para guru. Mengikut Durkheim, guru berperanan mendidik murid-murid mengikut nilai dan peraturan yang ditentukan berdasarkan kehendak masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, kita merupakan individu yang penting dalam menggalas amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dalam mendidik anak bangsa.

Ke arah pembaharuan atau inovasi dalam bidang pendidikan serta berpandangan jauh dan luas untuk menjadikan hasrat Wawasan 2020 itu sebagai kenyataan. Guru-guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti dalam proses P&P misalnya bagi merubah sistem pengajaran yang sedia ada agar selari dengan perkembangan negara ke arah yang lebih maju dan membangun.

Penggunaan media yang berasaskan komputer dan teknologi juga merupakan antara langkah yang terbaik yang boleh diambil para guru bagi mencapai Wawasan 2020 itu sendiri.

31

BAHAN/SUMBER RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rasyid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan, Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Choong Lean Keow Phd. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (1999). Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hj. Abdul Fatah Hasan. (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 1: Pendidikan Sebagai Suatu Proses. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2003). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan Semester 2. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Falsafah Pendidikan. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
32

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yaakub Isa. (1996). Almanak Pendidikan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

33

Anda mungkin juga menyukai