Anda di halaman 1dari 3

Skrip perhimpunan

Yang berusaha, Guru Besar Sk Kg Lindungan, Hj Adnan b Ali. Yang dihormati ,Penolong Kanan 1 Puan Fuziah bt talip, Penolong kanan kokurikulum, Puan Ida Wong, Guru guru dan murid-murid sekalian.

Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia.

Perhimpunan kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian tersebut.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara _______________________ dari kelas ________untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis kita diteruskan lagi dengan bacaan ikrar rukun negara . Dengan itu dijemput __________________ dari kelas _________ untuk mengetuai bacaan ikrar tersebut. Dipersilakan.

Perhimpunan kita pada pagi ini adalah bersempena sambutan hari Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Oleh itu, bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia kita pada hari ini, sama-samalah kita menghayati pertandingan pakaian tradisional pelbagai kaum oleh murid-murid Sk Kg Lindungan.

Pertandingan dimulakan dengan persembahan murid Tahun 3.... (iringan muzik dimulakan sehingga selesai 12 org murid tahun 3 tampil ke pentas) Seterusnya kita menjemput peserta tahun 4 pula...... (iringan muzik dimulakan sehingga selesai 12 org murid tahun 4 tampil ke pentas) Seterusnya kita menjemput peserta daripada tahun 5.... (iringan muzik dimulakan sehingga selesai 9 org murid tahun 5 tampil ke pentas) Itulah tadi persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid SKKL. Sungguh segak dan bergaya murid-murid kita.... Untuk memeriahkan lg majlis kita, marilah sekali lagi kita dihiburkan dengan persembahan tarian pula oleh pasukan tarian SKKL di bawah tunjuk ajar Cikgu Quek Chok Yew...

Sungguh mengasyikkan persembahan tarian itu tadi.

Baiklah, adat pertandingan pasti ada menang dan kalah. Pelbagai pertandingan telah kita jalankan sempena bulan kemerdekaan. Tanpa membuang masa lagi, saya menjemput Cikgu Dayang untuk mengumumkan nama-nama pemenang serta majlis penyampaian hadiah...

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dayang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, bagi yang kurang berjaya, jangan berputus asa untuk mencuba lagi.

Baiklah,tidak lengkap majlis kita tanpa mendengar kata-kata aluan serta ucapan penutupan perasmian sambutan bulan kemerdekaan serta Hari Malaysia daripada guru besar. Oleh itu, dengan segala hormatnya majlis menjemput Guru Besar Sk. Kg Lindungan, Hj Adnan b Ali. untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan iktibar dan pedoman buat kita semua.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput _________________________________untuk mengetuai nyanyian lagu Satu Malaysia.

Semua guru dan murid dipersilakan berdiri sekali lagi untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Dengan itu, berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi ini. Berusahalah untuk kejayaan bersama. Selamat menyambut hari Malaysia!! Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai