Anda di halaman 1dari 3

MEMBINA ITEM UJIAN.

Sebagai seorang guru, anda sudah pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item/soalan untuk ujian pencapaian, seperti pencapaian akademik pelajar, adalah agak sukar dan rumit, begitu juga membina item/soalan ujian itu sendiri.

Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.

Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi) dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.

Dengan andanya Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu anda untuk memilih jenis item/soalan tersebut. Seperti mana lazimnya, anda sudah pasti mengetahui bahawa terdapat dua jenis item ujian bertulis, iaitu (a) item objektif, seperti item yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul atau melengkapkan ayat; dan (b) item subjektif, yang memerlukan pelajar menggubal jawapan sendiri.

Item objektif termasuklah item betul-salah, beraneka pilihan, padanan atau pelengkapan; sementara item subjektif termasuklah item berjawapan pendek, sederhana atau panjang; item berjawapan terbuka; atau item berkaitan penyelesaian masalah.

Secara amnya, pembina/penggubal item ujian boleh merancang sesuatu ujian dari segi jenisnya, bilangan item, kandungan pengajaran serta domain dan peringkat objektif pengajaran.

Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat.

Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran. Sebaik sahaja siap menyediakan JSU, kita telah bersedia untuk membina dan menulis item-item ujian.

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semua item tersebut. Semakan ini perlu dibuat untuk memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab yang kurang tepat, bahasa soalan yang sukar difahami dan soalan yang tidak mengandungi klue ini tidak terjadi. Selepas semua item ujian disemak oleh penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai.

Semakan dan penilaian ini perlu bagi memastikan perkara-perkara seperti arahan menjawab dalam bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami

oleh murid, soalan dan kehendak soalan adalaj jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawab soalan.

Soalan-soalan yang dibina adalah mencakupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluhan item/ kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-tem kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan murid sasaran.

Anda mungkin juga menyukai