Anda di halaman 1dari 2

Maaf Di atas Kecuranganku!

Posted by Iza at Selasa, Mac 22, 2011

Assalamualaikum, Salam

Dunia.

Tanggal 22 Mac 2011. Hari ini akan aku bongkarkan segala ketidakpuasan hatiku padamu. Setelah kita hidup bersama untuk beberapa tahun, aku terlalu setia padamu. Tidak terniat dihatiku untuk menduakanmu walaupun kadang-kala ada terdetik di hati. Namun, sampai bila harus ku tanggung derita ini? Adilkah untukku? Biarpun kau megah dipersada maya, bagiku kau hanyalah indah khabar dari rupa. Kesetiaanku selama ini tidak kau hargai. Namun begitu, terima kasih ku ucapkan di atas sisa-sisa keprihatinanmu selama ini. Walaupun tika ini aku masih ada sedikit perasaan sayang padamu, hargailah sisa-sisa kasih yang ada. Esok..lusa..minggu depan atau bulan depan, aku belum pasti akan sisa-sisa kasih ini kerana aku tidak tahu akan peristiwa yang bakal berlaku di hari depan. Masih ku ingat lagi kenangan indah bersamamu suatu ketika dulu. Setiap minggu pasti ada kejutan yang sentiasa membuat aku bahagia bersamamu. Namun kini, kau sudah jarang mendampingiku lagi. Sudah hampir 2 minggu ku tunggu pemberian istimewa darimu namun penantianku hanyalah sia-sia belaka. Adakah jodoh kita hanya di sini? Aku pasrah atas segalanya. Luahan hati ini tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Nampak tak iklan besar yang ada di sebelah kanan blog ini? Inilah yang dimaksudkan. Aku dah mula curang dengan Nuffnang. Suka hati kau lah Pak Cik Nuffnang oi, nak ambil balik ke tak status "gelihati" tu. Dah lama aku tunggu buffered earning tapi habuk pun tak ada. Dua minggu lepas, lagi beberapa sen nak boleh cash out, minggu ni baru cukup untuk cash out. Betapa susahnya nak tengok duit tu meningkat. Dua tahun lepas, setiap bulan boleh cash out, macam ada pendapatan tetap setiap bulan tapi kini, dah berjanggut tunggu, belum tentu boleh cash out. Kesetiaanku dah tergugat. Maafkan aku andainya kita terpaksa berpisah suatu hari nanti.

Aku baru saja letak iklan terbaru di sini apabila permohonanku minggu lepas telah diluluskan. Alhamdulillah, moga-moga ianya lebih baik dari Nuffnang. Masih baru dan dalam proses percubaan. InsyaAllah, jika ada berita baik, aku ku khabarkan di entry yang akan datang.

Read more: http://azilas.blogspot.com/2011/03/maaf-di-ataskecuranganku.html#ixzz1HK9Prbqb

Anda mungkin juga menyukai