Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN 1.

Krisis besar dunia dalam bidang ekonomi yang bermula dalam tahun 1929: pengaruh buruk kepada negara2 penghasil bahan mentah berasaskan pertanian untuk pasaran antarabangsa. Harga komoditi seperti beras, jagung dan ubi-ubian merosot dengan mendadak bersama harga komoditi eksport seperti gula, getah, kopi, teh, kina dan kopra. Semasa krisis ini penggunaan mata wang bagi menggantikan sistem barter telah bermula secara meluas. Akibat krisis ini, pengedaran mata wang dalam pasaran berkurangan. Ia berkait dengan kemerosotan harga dan hasil-hasil pertanian tertentu, sewa tanah dan upah buruh. Keupayaan membayar ansuran pinjaman di kalangan peminjam kepada bank pula semakin merosot. 2.Krisis ekonomi yang melanda antara tahun 19291935: Satu gejala ekonomi dunia kerana hampir tidak ada satu negara pun, terutama yang terlibat dalam ekonomi import dan eksport, terlepas dari pengaruh krisis ini sehingga ianya dirujuk sebagai 'zaman meleset

Apa maksud meleset atau kemelesetan? Merujuk kepada kemunduran atau kemerosotan keadaan yang serba susah dalam perniagaan sementara zaman kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh dunia 3. Kesan kepada ekonomi Indonesia, terutamanya Pulau Jawa dengan ekonomi eksportnya:
sahaja

mempengaruhi masyarakat dan kegiatan ekonomi di bandar tetapi turut memberi kesan kepada kehidupan petani di luar bandar.

4. 1997 Krisis bermula dari Asia Tenggara, sedangkan pada 1929 bermula dengan kejatuhan bursa saham New York pada 24 Oktober 1929. Kuliah ini tentang keadaan dan kesan sosioekonomi 19291935 ke atas masyarakat di Pulau Jawa di tiga wilayah iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur: Pembahagian wilayah ini dibuat berdasarkan kepada pembahagian wilayah pentadbiran oleh Belanda pada 1920. Semasa kemelesetan ekonomi dunia 1929 pembahagian wilayah tahun 1920 ini masih berkuatkuasa Pulau Jawa merupakan pusat pentadbiran kolonial Belanda yang terletak di Batavia dan kini dikenali sebagai Jakarta. Dari segi penduduk, pulau ini juga menampung sebanyak dua per tiga dari jumlah seluruh penduduk Indonesia yang ketika itu berjumlah 60.7 juta
2

keluasannya pula merangkumi hanya satu per empat belas seluruh wilayah Indonesia. Berdasarkan jumlah penduduk maka tidak hairanlah Pulau Jawa juga merupakan kawasan pertanian dan perladangan yang terpenting bagi Hindia Belanda ketika itu menjadikan kegiatan import dan eksport hasil pertanian dari kawasan ini penting untuk pasaran antarabangsa.

5. 1929 bermulanya kemelesetan ekonomi dunia yang berlarutan sehingga 1935, apabila keadaan kemelesetan menjadi semakin pulih. 6. Ketika menjelang kemelesetan ekonomi dunia, ekonomi Hindia Belanda telah berada di puncak dan telah pun berkembang selama tiga dekad. Terdapat banyak sebab mengapa kemelesetan ekonomi dunia: malapetaka

Satu faktor pencetus telah dikenal pasti iaitu spekulasi saham di pusat-pusat kewangan antarabangsa terutamanya di Wall Street, New York dan bursa saham di London. Akibat dari kegiatan spekulasi ini menyebabkan bursa saham New York jatuh merudum pada 24 Oktober 1929 dan seterusnya mempengaruhi pasaran saham di seluruh dunia. Tarikh keramat inilah yang memisahkan antara puncak ekonomi dunia dengan zaman kemelesetan.

Kejatuhan harga saham sekali gus mempengaruhi harga komoditi eksport dari Hindia Belanda secara langsung dan menyebabkan harga komoditi eksportnya seperti gula, getah, teh, kopi, tembakau, kopra dan koko turut merudum di pasaran antarabangsa. Selain kejatuhan harga saham dan komoditi eksport, tindakan Bank of England yang melepaskan mata wangnya (pound sterling) dari standard emas pada 20 September 1931 meruncingkan keadaan kemelesetan ekonomi dunia.

Langkah ini kemudiannya diikuti oleh banyak negeri seperti Australia dan tanah jajahan dalam lingkungan empayar Britain seperti India, negara-negara Skandinavia dan Jepun pada Disember 1931 yang kemudiannya dikenali sebagai 'blok sterling'. Pada masa ini kerajaan Belanda dan Hindia Belanda tetap mempertahankan standard emas serta tidak menukarkan nilai guldennya. Hal ini menyebabkan harga barangan eksport di negara-negara yang tidak menurunkan nilai mata wangnya seperti Hindia Belanda menjadi lebih mahal berbanding negara yang menurunkan nilai mata wangnya.

Akibat politik kewangan ini sangat luas dan telah mengheret Hindia Belanda dan kemudiannya Indonesia ke dalam penderitaan selama beberapa tahun kemudiannya. Negara-negara seperti Britain, Amerika Syarikat dan lain-lain yang melakukan penurunan nilai mata wang
4

mereka kelihatan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan kemelesetan.

Mereka mampu menurunkan perbelanjaan kerajaan dengan mempertahankan kepercayaan kepada mata wang baru yang sekali gus dapat mencegah kenaikan cepat harga barangan. Kesan ke atas kos sara hidup di negara-negara ini jelas lebih baik dengan ianya tidak mengalami banyak perubahan, meskipun harga barangan import naik. Bagi negara Belanda dan Hindia Belanda yang menjalankan sistem kewangan yang berbeza dengan 'blok sterling' cuba melakukan penyesuaian berhubung gulden yang sebenarnya merupakan satu 'penekanan' ke dalam khususnya di Hindia Belanda. Akibat daripada politik deflasi ini membawa pelbagai kesulitan dan kerugian lebih-lebih lagi kepada rakyat.

Antara tindakan yang dijalankan oleh pentadbiran kolonial Belanda ialah menurunkan gaji dan tahap upah, mengenakan cukai baru serta memperkenalkan pelbagai sekatan. Keadaan kehidupan petani kemudiannya disulitkan lagi dengan tindakan para pelabur asing yang telah sekian lama menanam modal di Hindia Belanda untuk menarik keluar modal mereka. Kejatuhan perdagangan dunia dan tindakan para pelabur ini, menambahkan lagi kesengsaraan ekonomi penduduk luar bandar yang telahpun terjejas teruk, terutama mereka yang berhubungan langsung dengan pasaran dunia.

Ketika ini juga pendapatan kerajaan mulai berkurangan dan menyebabkan kerajaan kolonial Belanda menaikkan cukai serta mengenakan cukai baru.

Keadaan ini juga turut mempengaruhi kemampuan Hindia Belanda untuk membayar hutangnya semasa kemelesetan. Bagi rakyat pula, pendapatan dalam bentuk wang tunai dari jualan pengeluaran pertanian berkurangan lebih banyak daripada tanggungan beban dan perbelanjaan tunai mereka. Keadaan sebegini tentulah membawa kesan yang mendalam ke atas rakyat di Pulau Jawa. Fokus ke atas Pulau Jawa bertujuan untuk meneliti kesan kemelesetan ke atasnya dari aspek sosioekonomi zaman tersebut.

PERSOALAN: Bagaimana petani Jawa bertindak balas terhadap kemelesetan ekonomi ketika itu? melihat pola tingkah laku petani Jawa dalam membuat keputusan untuk bertindak balas. Menurut teori moral ekonomi petani yang dikemukakan oleh James C. Scott: saradiri merupakan sifat utama petani di Jawa. hanya memusatkan perhatian kepada saradiri untuk hari yang berkenaan tanpa memikirkan hari berikutnya, sentiasa berada dekat dengan garis bahaya.

Dengan sedikit kejatuhan dalam jumlah pengeluaran akan menyebabkan kesengsaraan. petani terus dibantu oleh keluarga, kawankawan dan jiran yang juga merupakan tuan tanah, petani, buruh dan kuli. Jadi kebajikan petani itu bergantung kepada kerjasama yang erat antara mereka.

Namun demikian jika terjadi kejatuhan dalam jumlah pengeluaran yang melampau sehingga tidak dapat lagi ditampung atau dibantu oleh keluarga, kawan-kawan dan jiran, maka keadaan ini boleh menyebabkan petani melakukan pemberontakan seperti yang berlaku di Vietnam dan Burma pada awal 1930-an. Maka tidak hairanlah kalau petani di Jawa cuba menghindari risiko dengan 'dahulukan selamat'. 1. Faktor dalaman perlu untuk melihat pertumbuhan ekonomi. kesan kejatuhan ekonomi eksport - kegiatan ekonomi domestik semasa krisis, termasuk Pulau Jawa yang sangat bergantung kepada eksport, didapati pertumbuhan ekonomi domestik agak perlahan tetapi tidak mengalami keruntuhan seperti ekonomi eksport. 2. Pendekatan luaran pertumbuhan ekonomi berasaskan kepada pasaran antarabangsa dibuat

Selain itu Scott juga menyatakan bahawa petani mempunyai rasa benci untuk berjual beli. Dengan kata lain petani adalah anti kepada ekonomi kapitalis. Jelasnya para
7

pemikir dan penyokong aliran moral ekonomi ini mengandaikan dari perspektif petani, masyarakat petani itu ada moral yang tersendiri, secara ekonominya efisien cekap/berkesan - dan stabil. Samuel L. Popkin: Beliau menolak pandangan yang menyatakan petani tidak mahu mengambil risiko. Popkin menyatakan petani bergantung kepada kapitalis, dalam lain perkataan ekonomi wang sangat penting kepada mereka. Petani sentiasa berusaha secara terus menerus tidak hanya untuk melindungi tetapi juga untuk mencapai tahap modal sendiri melalui pelaburan jangka pendek dan jangka panjang. Popkin melihat sesebuah kampung itu sebagai syarikat, bukannya kumpulan atau masyarakat dan ikatan patron client adalah sepenuhnya bukan hanya sebahagian.

Oleh itu pengembangan pasaran selalunya memberikan keuntungan khusus bagi petani miskin. Sebaliknya tuan tanah besar dan patronlah yang menghalang keterlibatan petani dalam pasaran untuk melindungi pengawalan mereka terhadap ekonomi.

Popkin juga menekankan betapa pendapatan menyebabkan pemberontakan.

kemerosotan berlakunya

Beliau juga menyatakan bahawa petani menyokong protes dan revolusi yang mereka lihat boleh memperbaiki kedudukan mereka.
8

Jadi persoalan bagaimana petani Jawa bertindak balas terhadap kemelesetan adalah penting untuk melihat sama ada mereka dalam kategori moral ekonomi (saradiri) atau ekonomi politik (kapitalis), atau melalui kemelesetan ini wujud pola tingkah laku baru bagi petani Jawa. Dari segi kesan kemelesetan: i. kesan jangka pendek Kesan jangka pendek menyebabkan kesengsaraan serta merta kepada rakyat apabila bermulanya kemelesetan. Hal ini berlaku kerana hampir seluruh ekonomi telah berorientasikan pasaran eksport dan sebilangan besar rakyat melibatkan diri dalam sektor ekonomi eksport ini. ii. jangka panjang. kemelesetan telah menjadi titik mula menurunnya pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa tiga dekad sehingga berakhirnya regim orde lama di Indonesia pada 1966. Ini kerana selepas kemelesetan ekonomi diikuti pula oleh Perang Dunia II, pendudukan Jepun, revolusi serta akibat kebijaksanaan ekonomi pemerintahan presiden Sukarno yang amat buruk selama waktu 'demokrasi terpimpin' dan 'ekonomi terpimpin' (1959-1965).

Menjelang kemelesetan ekonomi dunia, Hindia Belanda berada di puncak pertumbuhan ekonominya dengan industrinya telah berkembang pesat selama lebih dari 20 tahun. Akibat dari kemelesetan itu pertumbuhan ekonomi Indonesia amnya dan Pulau Jawa khususnya, hanya dapat dipulihkan semasa pemerintahan Suharto. Selain itu hala tuju ekonomi juga turut berubah sesuai dengan perubahan dalam
9

10

dasar-dasar ekonomi yang diamalkan oleh Hindia Belanda ketika kemelesetan.

10