Anda di halaman 1dari 2

Mengintegrasikan Data Dengan Pengalaman Personal Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan kajian

dengan pengalamannya. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya. Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.

Kepentingan Mengintegrasikan data berdasarkan pengalaman 1. Mengembangkan profesionalisme guru Kajian tindakan dapat membantu dalam mengembangkan profesion perguruan. Dengan kajian yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan yang ditemui dan ini secara tidak langsung membantu dalam mengembangkan profesion keguruan.

2. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu mengubah amalan mengajar Melalui kajian tindakan boleh mendapatkan maklumat berkaitan pengamalan mereka dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan sejawat dan sebagainya. Ini dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan juga dapat membantu mengubah amalan mengajar yang masih terdapat kekurangan.

3. Berkongsi maklumat dan usaha berpasukan Kajian tindakan yang menggunakan cara kolaboratif contohnya dapat merapatkan hubungan, saling membantu, memahami situasi dan produktif. Usaha sama di kalangan guru adalah lebih menjadi apabila guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan kajian di kelas masing-masing.

4. Menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik Guru akan lebih mengetahui kaedah atau cara menjalankan penyelidikan pengajaran dengan sistematik . Penyelidikan yang sistematik akan dapat membantu dalam mendapatkan hasil yang lebih tepat dalam usaha membantu memperbaiki kelemahan yang ditemui.