Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH UJIKAJI PERKEMBANGAN KANAKKANAK

Teori kognitif Piaget (Piagets Conservation Tasks) Ujian Tahap Pencapaian Bilangan Langkah-langkah 1. Kanak-kanak ditunjukkan dengan 2 baris duit syiling yang sama banyak. 2. Kanak-kanak akan ditanya sama ada bilangan duit syiling di antara 2 baris tersebut sama banyak atau tidak. 3. 1 baris daripada duit syiling tersebut akan dipanjangkan dan kanak-kanak akan ditanya barisan duit syiling yang manakah lebih banyak. Mengapa?

20

20

20

Set 1

Set 2

20

20

20
Set 1

20

20

20

20

20

20
Set 2

20

20

20

Ujian Tahap Pencapaian Isipadu 1. Kanak-kanak akan ditunjukkan dengan 2 buah gelas yang mengandungi isipadu air yang sama. 2. Kemudian, mereka akan ditanya adakah air di dalam kedua-dua gelas tersebut mempunyai kuantiti yang sama.

Gelas A

Gelas B

3. Kemudian, air daripada gelas B akan dituang ke dalam gelas C yang lebih panjang dan tirus. Paras air di dalam gelas C meningkat berbanding paras air di dalam gelas A.

Gelas A

Gelas C

4. Murid-murid akan ditanya, gelas mana yang mengandungi isipadu air yang lebih banyak. Mengapa.

Ujian Tahap Pencapaian Pepejal 1. Kanak-kanak akan ditunjukkan dengan 2 plastisin yang sama saiz. 2. Kanak-kanak akan ditanya adakah kedua-dua plastisin tersebut adalah sama.

Plastisin A

Plastisin B

3. Kemudian, plastisin B akan diubah kepada bentuk yang lebih kurus dan panjang. Plastisin C kelihatan lebih besar. Kanak-kanak akan ditanya adakah kedua-dua plastisin itu sama besar. Mengapa.

Plastisin A

Plastisin C

Kaedah Ujikaji Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Langkah-langkah 1. Murid-murid akan ditanyakan beberapa soalan. BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. SOALAN Siapakah nama anda? Berapakah umur anda? Di manakah anda tinggal? Siapa nama ayah anda Apa pekerjaan ayah anda Siapa nama ibu anda? Apa pekerjaan ibu anda? Berapa bilangan adik beradik anda? Adakah anda seronok pergi sekolah? Mengapa? Adakah anda punyai ramai kawan di sekolah? Sebutkan beberapa nama? Kanak-kanak dikehendaki menulis nama sendiri. Kanak-kanak diminta untuk membaca satu perenggan pendek petikan dan diminta untuk menulis semula petikan tersebut. Petikan : Encik Adam seorang pegawai polis. Dia suka membela binatang. Di belakang rumahnya ada sangkar burung. Ada burung merpati, burung kakak tua dan burung merbuk. Dia juga membela ikan emas dan kucing Siam. BAIK MEMUASKAN KURANG BAIK

2. Semua jawapan murid akan direkod di dalam borang semak yang telah disediakan.

Kaedah ujian aspek perkembangan moral kanak-kanak berdasarkan Dilema Heinz Langkah-langkah 1. Murid akan diceritakan dengan 1 kisah. Awang Mencuri Ubat untuk Ibunya. Emak Awang hampir meninggal dunia akibat kanser. Jadi, ibunya tidak dapat memasak untuk Awang lagi. Menurut doktor, hanya ada satu ubat sahaja yang dapat menyelamatkannya. Ubat itu baru saja ditemui oleh seorang ahli perubatan di kota itu. Modal untuk membuat ubat itu sangat mahal, tetapi ahli perubatan tersebut menjualnya sepuluh kali ganda daripada modal pembuatannya. Dia membayar RM2000 untuk ubat tersebut dan menjualnya dengan RM20,000 untuk satu dos kecil ubat tersebut. Lalu, Awang pergi meminjam wang daripada semua orang yang dia kenali, tapi dia cuma memperoleh RM10,000 sahaja, iaitu separuh daripada harga ubat tersebut. Dia bercerita kepada ahli perubatan tersebut bahawa ibunya sudah tenat dan memintanya untuk menjual ubat itu dengan lebih murah atau membenarkan dia membayarnya di kemudian hari. Tetapi ahli perubatan itu mengatakan: Tidak, saya yang menemui ubat itu dan saya akan membuat duit daripada ubat itu. Lalu, Awang menjadi putus asa dan merompak klinik tersebut untuk mencuri ubat untuk ibunya. 2. Murid akan ditanyakan dengan beberapa soalan 3. Jawapan murid akan direkod di dalam borang semak yang telah disediakan Soalan Bolehkah Awang merompak klinik itu dan mencuri ubat untuk ibunya? Mengapa? Apakah mencuri ubat tersebut betul atau salah? Mengapa? Bolehkah seorang anak mencuri ubat untuk ibunya kalau dia tidak mendapatkannya dengan cara lain? Adakah pakar perubatan berhak mengenakan harga semahal itu walaupun tidak ada suatu aturan hukum yang mengehadkan harga? Mengapa? Setuju Tidak setuju