Anda di halaman 1dari 10

1

Syafinaz bertugas sebagai jururawat di sebuah _______________ kerajaan. A klinik B bilik C jabatan D kantin ________________ sering dijadikan binatang peliharaan oleh manusia. A B C D Kucing Harimau Ular Lipan

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1 3 Razali menangis kerana ________________ terjatuh dan kakinya luka. A B C D kami mereka kita dia

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 4 Semua murid Tahun Empat Bayan pergi ke Muzium Negara ______________ Hanis. A B C D kecuali tetapi dan walaupun 1

______________ mahu pergi bermain, kata Irfan dan Iman kepada ibunya. A B C D Dia Kami Saya Beta

Pokok rambutan _____________ ditanam oleh datuk sudah berbuah. A B C jika yang lalu

Gulai yang dimasak oleh kakak ___________ kerana terlebih garam. A B C D tawar masin pahit masam

Murid sekolah itu sangat ________________ dalam mata pelajaran Matematik. A B C pandai fasih kuat

Soalan 9 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 9 __________________ radio itu memaklumkan keadaan banjir yang berlaku di Kota Bharu. A B C D Juruhebah Juruacara Jurupandu Jurumudi

10 Di tepi jalan itu ada beberapa ______________________ buluh. A B C D rumpun tandan ruas kaki

11 Pak Man menerima se____________ surat daripada anaknya yang belajar di England. A B C D rangkap butir pucuk buah

12 Mata Hariz ______________ apabila dimarahi oleh ibunya. A B C D terkebil-kebil terngiang-ngiang terkial-kial terbayang-bayang

13 Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai ______________ ke sekolah. A B C D manik-manik renda-renda anting-anting obor-obor

Soalan 14 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 14 Encik Suhaimi _______________ keretanya dengan berhati-hati. A B C D membawa memandu menunggang mengayuh

Soalan 15 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5 15 Lili pandai _______________ gurunya. Dia memberi gurunya sejambak bunga sempena Hari Guru. A B C D ambil hati iri hati patah hati suka hati

16 Budak yang ________________ itu cepat memahami apa yang diajar gurunya. A B C D panjang akal ringan tulang tajam akal otak udang

17 Izzah sekeluarga _____________ pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti pertengahan tahun nanti. A B C D akan masih sedang telah

Soalan 18 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6 18 Izzah _______________ pakaian itu sebelum menyimpannya di dalam almari. A B C D menjemur menyidai melipat mengemas

19 Orang ramai diseru agar sentiasa mengutamakan kebersihan bagi mengelakkan ____________ itu merebak. A B C D pesakit penyakit kesakitan disakiti

20 _______________ abang kamu akan berangkat ke luar negara? A B C D Bilakah Siapakah Di manakah Siapakah

21 ____________ lama lagikah kita akan sampai ke rumah Tok Penghulu? A B C D Mana Berapa Apa Bila

22 Fauziah mempunyai dua ekor kucing peliharaan dan ________________ ekor kucing itu sangat manja dengannya. A B C D masing-masing kedua-dua setiap tiap-tiap

Soalan 23 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7 23 Tukang masak itu menggunakan _____________ biji nanas untuk dimasukkan ke dalam masakannya. A B C D segala beberapa para semua

Soalan 24 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8 Pilih perkataan seerti yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. 24 Jangan lakukan perbuatan yang tidak bermanfaat. A B C D berharga bernilai berfaedah berkualiti

25 Walaupun hidup Lamin dan keluarganya miskin, namun mereka bahagia. Perkataan berlawan bagi miskin ialah A B C D kaya papa susah kedana

26

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I II III IV A B C D Hujan yang langsung turun itu menyebabkan saya tidak dapat pergi ke sekolah. Majlis itu langsung juga walaupun terlewat 30 minit. Radio itu menyiarkan secara langsung pertandingan badminton Piala Thomas. Dia langsung tidak mendengar nasihat ibunya. I dan III III dan IV I, II dan IV I, III dan IV

27 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Bilakah kereta api akan tiba? A B C D Kereta api sudah tiba. Kereta api tiba lewat. Kereta api akan tiba sebentar lagi. Kereta api belum tiba lagi.

28 Pilih soalan yang sesuai bagi ayat di bawah. Dua biji durian itu beratnya enam kilogram. A B C D Berapakah berat biji durian itu? Bagaimanakah kamu tahu berapa berat dua biji durian itu? Berapakah berat dua biji durian itu? Mengapakah dua biji durian itu berat?

Soalan 29 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 29 Datuk sedang menyiram pokok kekacang. A B C D Pokok kekacang sedang disiram oleh datuk. Pokok kekacang sedang menyiram datuk. Pokok kekacang datuk sedang siram olehnya. Datuk dan pokok kekacang disiram olehnya.

Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 30 A B C D Bunga ros yang baru dipetik itu akan lemau selepas beberapa hari. Berbagai jenis binatang terdapat di Zoo Negara. Abang Safwan dan gadis itu saling menjeling. Di dalam longkang itu ada beberapa biji rokok.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah. Kami terdiam apabila mendengar cerita Achik. Mata ibu dan Kak Long bengkak kerana menangis. Sudah tiga hari Achik hilang. Abang Ngah berasa sangat risau. Adik pula asyik merengek kerana rindu akan Achik. Achik dikurung bersama dengan tiga orang budak yang lain. Kami ditempatkan di sebuah bilik yang kotor, cerita Achik. Achik memberitahu bahawa dia berjaya melarikan diri melalui tingkap bilik. Tingkap itu tidak ditutup dengan rapat. Semasa penculik-penculik itu tidak ada, Achik memanjat tingkap itu lalu terjun keluar. Dia pun berlari sekuat hati sehingga bertemu dengan seorang lelaki. Achik menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Pak cik itu pun membawa Achik ke balai polis untuk membuat laporan. Anggota polis segera pergi ke pondok itu. Mereka pun mengepung pondok itu. Akhirnya, pihak polis berjaya menangkap penculik itu dan membebaskan ketiga-tiga orang budak itu. Lain kali Achik kena berhati-hati. Jangan naik kereta orang yang tidak dikenali. Ingat pesanan ayah ini, Achik, kata ayah.

31 Mengapakah mata ibu dan Kak Long bengkak? A B C D kerana terlalu banyak menangis kerana tidak cukup tidu kerana sakit mata kerana terlalu risau

32 Apakah perkara yang terjadi kepada Achik? A B C D ditangkap oleh polis lari dari rumah diculik oleh penjahat tersesat di dalam hutan

33 Berapa orangkah kanak-kanak yang diculik? A B C D seorang dua orang tiga orang empat orang

34

Achik adalah anak yang A B C D pertama. kedua. ketiga. keempat

35

Bagaimanakah Achik berjaya melepaskan diri dari kurungan? A B C D Achik berjaya mengalahkan penculik-penculik itu. Achik melaporkan kepada pihak polis. Achik melompat keluar dari tingkap yang tidak ditutup rapat. Achik memukul penculik-penculik itu.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah. Hari ini Sekolah Kebangsaan Taman Indah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran. Tepat pada pukul 9.00 pagi, tetamu kehormat, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Khairul Munir pun tiba. Beliau disambut oleh Guru Besar, Encik Hassan Mokhtar dan guru-guru. Encik Khairul Munir menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau menasihati murid-murid supaya belajar dengan tekun. Beliau turut mengingatkan murid-murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selain itu, beliau meminta murid-murid agar begiat cergas dalam kegiatan kokurikulum yang banyak manfaatnya. Kemudian, beliau dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pelajaran. Pada tahun ini, Nur Hanani binti Harun dipilih sebagai Pelajar Cemerlang.

36 Apakah majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Indah? A B C D majlis perasmian dewan majlis penyampaian hadiah majlis perjumpaan ibu bapa majlis perjumpaan ibu bapa dan guru

37 Pada pukul berapakah tetamu kehormat tiba? A B C D 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi

38

Siapakah Encik Hassan Mokhtar? A B C D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Indah bapa kepada murid sekolah tersebut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru pengerusi majlis

39 Tujuan majlis penyampaian hadiah diadakan adalah untuk A B C D meraikan murid-murid yang berjaya dalam pelajaran. merapatkan hubungan ibu bapa dengan guru-guru. meraikan murid-murid yang aktif dalam kokurikulum. meraikan murid-murid yang aktif bersukan.

40 Yang berikut adalah nasihat Encik Khairul Munir kepada murid-murid dalam ucapannya, kecuali A B C D mematuhi peraturan sekolah. melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. nbbelajar dengan tekun. menjaga nama baik sekolah.

10

Anda mungkin juga menyukai