Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN

Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara
1

20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadijadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93: Maksudnya: "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah di dalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri yang mampu mengubah segalanya.

2.

LATAR BELAKANG MASALAH

Setiap bayi yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang perlu dicorak dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Mereka memerlukan didikan dan kasih sayang bukannya dibuang di merata-rata tempat ibarat sampah. Saban hari, kita pasti mendengar berita pembuangan bayi seperti di tandas-tandas awam, tepi-tepi jalan, tempat-tempat pembuangan sampah, tempat perhentian bas, tepi sungai dan sebagainya. Persoalan yang ingin dikaji oleh penulis ialah mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah pembuangan bayi di kalangan masyarakat islam. Penulis juga mengkaji kesan kes pembuangan bayi terhadap pembangunan negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan menerajui untuk membangunkan negara. Mengapakah masyarakat islam lebih terjebak dengan jenayah ini berbanding dengan masyarakat yang bukan islam. Sejauh manakah keprihatinan masyarakat dalam membendung jenayah ini. Segala persoalan ini yang menjadi tanda tanya bagi penulis untuk mengkaji dengan lebih mendalam kerana jenayah ini makin berleluasa dan sedikit sebanyak ianya akan memberi impak yang buruk kepada imej negara.

Selain itu, kepada individu yang melakukan jenayah ini hendaklah diberi hukuman yang setimpal. Bagi individu yang membuang bayi mereka sehingga mengakibatkan mati wajar dikenakan hukuman mati kerana ia sama seperti jenayah membunuh dengan sengaja. Kepada kaum lelaki tidaklah seharusnya melepaskan diri terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Mereka hendaklah sama-sama memikul tanggungjawab ini. Ibu bapa seharusnya mengawasi anak-anak perempuan mereka supaya tidak terjebak dengan jenayah ini.

Terdapat beberapa andaian yang penulis ingin jelaskan mengapa masyarakat islam lebih terjebak dengan jenayah ini berbanding dengan masyarakat yang bukan islam. Antara sebab-sebabnya adalah kurangnya didikan agama di kalangan meraka. Mengandung anak luar nikah merupakan perkara sensitif bagi masyarakat islam. Pelaku lebih sanggup membuang bayi mereka daripada menanggung malu.

3.

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa khususnya melibatkan masyarakat islam di Malaysia. Jenayah pembuangan bayi ini bukanlah sesuatu perkara yang baru tetapi pada ketika ini pelaku semakin bertindak kejam terhadap bayi mereka. Penulis juga akan mengkaji sejauhmanakah keprihatinan masyarakat terhadap jenayah tersebut. Disamping itu, penulis akan menjelaskan cara-cara menyelesaikan masalah ini.

4.

OBJEKTIF KAJIAN

4.1

Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat islam lebih terjebak dengan jenayah ini berbanding dengan masyarakat bukan islam.

4.2

Mengetahui sejauhmanakah keprihatinan masyarakat terhadap jenayah pembuangan bayi itu.

4.3

Memberi jalan penyelesaian untuk mengurangkan jenayah pembuangan bayi di kalangan masyarakat islam.

4.4

Menjelaskan kesan-kesan negatif daripada kes pembuangan bayi terhadap perkembangan negara.