Anda di halaman 1dari 13

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR


1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pembangunan Rumah Mampu Milik merupakan konsep baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan pemilikan hartanah kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana agar dapat memberikan tahap kehidupan yang lebih selesa. 1.2 Timbulnya konsep baru ini juga disebabkan oleh kesukaran pembeli golongan tersebut untuk memiliki / mendapatkan rumah di bawah harga RM120,000.00 dalam pasaran. 1.3 Statistik jumlah pendapatan penduduk Negeri Selangor bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah 40%. Berikut merupakan pecahan pendapatan penduduk di Negeri Selangor : a) b) c) d) 1.4 40% pendapatan kurang RM2,500.00 40% pendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00 15% pendapatan di antara RM5,000.00 hingga RM7,500.00 5% pendapatan melebihi RM7,500.00

Di samping itu, ianya juga merupakan opsyen kepada pemaju dalam membina rumah mampu milik terutamanya rumah mampu milik sedia ada.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

2.0

INTERIM 2.1 KONSEP ASAS PERUMAHAN MAMPU MILIK Konsep / kriteria rumah mampu milik di Negeri Selangor adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. Harga jualan adalah di antara RM85,000.00 hingga RM120,000.00 seunit; Keluasan di antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi; Rekabentuk rumah mampu milik yang moden dan terkini; Mempelbagaikan jenis rumah yang mengandungi rumah satu bilik, dua bilik dan seterusnya dalam satu blok bangunan; v. Penyediaan kemudahan asas dan awam yang selesa seperti perpustakaan, tadika, kawasan riadah, surau dan sebagainya; vi. Mengambilkira aspek kemampanan dari segi binaan dan persekitarannya; vii. Menerapkan konsep kejiranan yang baik; viii. Kos penyelenggaraan yang murah; ix. x. 2.2 Mengambilkira keperluan Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU); dan Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10%.

SPESIFIKASI REKA BENTUK TERKINI Bangunan Hijau green building merupakan salah satu ciri-ciri reka bentuk terkini yang ditekankan dalam pembinaan rumah mampu milik dengan mengikut spesifikasi Green Building Index (GBI) yang meliputi ciri-ciri berikut :

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

i. ii. iii. iv. 3.0

Jimat tenaga dan jimat air energy saver; Tahan lama dan penyelenggaraan murah; Struktur yang selamat; Fasiliti yang sempurna dan mencukupi

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PEMOHON 3.1 Setiap pemaju yang ingin membangunkan projek rumah mampu milik diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). 3.2 Selain itu, senarai nama pembeli rumah mampu milik hendaklah berdaftar dan diperolehi dari LPHS. 3.3 Golongan sasaran yang diberikan keutamaan untuk ditawarkan pembelian adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. 3.4 Pendapatan RM5,000.00; Golongan belia berumur 35 tahun ke bawah; Pembeli rumah pertama; Pemilik rumah kos rendah (lebih 5 tahun) yang ingin kediaman yang lebih selesa; Golongan Kelainan Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas bulanan di antara RM2,500.00 hingga

LPHS akan menawarkan hanya kepada pembeli yang layak dan mematuhi syarat-syarat kelayakan. Syarat-syarat kelayakan pembeli rumah mampu milik adalah seperti berikut; i. ii. Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun ke atas; 3

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

iii. iv. v.

Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM2,500.00 hingga RM5,000.00 sebulan; Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis kediaman di Selangor; Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik;

vi.

Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh ditawarkan rumah;.

vii. Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk disewa; viii. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dan ix. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). 3.5 Penapisan dan penawaran pemohon-pemohon dibuat sepenuhnya oleh LPHS melalui Sistem Pendaftaran Perumahan Rumah Mampu Milik. 4.0 PROJEK PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK DI SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI 4.1 Projek Pangsapuri Rumah Mampu Milik di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi merupakan projek perintis yang telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor pada 3 Jun 2011 sebagai simbolik kepada permulaan projek tersebut.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.2

KONSEP PEMBANGUNAN 4.2.1 Pembangunan projek tersebut menitikberatkan dari segi pembangunan fizikal dan insaniah dalam mewujudkan komuniti berintegrasi dengan semangat kejiranan yang tinggi. 4.2.2 Pembangunan fizikal termasuklah menyediakan

kemudahan awam seperti surau, dewan orang ramai, taman didikan kanak-kanak, perpustakaan, pusat tuisyen, kedai, padang permainan, taman rekreasi, kawasan bercucuk tanam, pejabat pengurusan serta lorong pejalan kaki berbumbung. 4.2.3 Unit-unit kediaman dibina dalam pelbagai tingkat dan keluasan, turut disediakan unit-unit khas bagi warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga tiada punca pendapatan. 4.2.4 Pembangunan insaniah pula menitikberatkan ciri-ciri reka bentuk kondusif dan ekonomikal, unit pangsapuri untuk warga emas dan OKU dengan reka bentuk menepati syarat serta kawasan hijau melebihi keperluan perancangan biasa bagi membolehkan penduduk bertanam cucuk. 4.3 KOS PEMBANGUNAN Pangsapuri rumah mampu milik ini melibatkan pembinaan 124 unit seluas 3.99 ekar dengan kos keseluruhan pembangunan berjumlah RM56,000,000.00 juta.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.4

MAKLUMAT PEMBANGUNAN PROJEK i. ii. iii. iv. v. vi. vii Pemaju Tarikh Milik Tapak Tarikh Mula Kerja Tarikh Siap Tempoh Pembinaan Harga Kontrak Cadangan Jualan Seunit Harga : : : : : : : Tetuan PKNS Engineering & Construction Berhad (PECB) 12 Julai 2011 16 Ogos 2011 11 Julai 2012 99 Minggu RM56,000,000.00 Juta RM60,000.00 - RM99,000.00

4.5

KOMPONEN PEMBANGUNAN i. ii. Keluasan Jumlah Unit / Tingkat : : 3.99 ekar 124 unit / 6 tingkat Jenis A (700kp) = 4 unit Jenis B (750 kp) = 16 unit Jenis C (800 kp) = 104 unit iii. Kemudahan Komuniti : Surau, Tadika, Bilik Bacaan, Dewan Tuisyen, tingkat Komuniti, Ruang bawah, Pusat di Kawasan Legar

Gathering Spaces.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.6

PELAN-PELAN PEMBANGUNAN PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK 4.6.1 PELAN PERSPEKTIF BANGUNAN

Perspektif 1

Perspektif 2

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.6.2 PELAN TAPAK KESELURUHAN

Tapak Cadangan Kedai Pejabat 0.95 Ekar

4 Unit Kediaman OKU / Warga Emas 124 Pangsapuri Mampu Milik 3.04 Ekar

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.6.3 PELAN LANTAI KESELURUHAN

Pelan Tipikal Unit 700 Kp (4 Unit)

Pelan Tipikal Unit 750 Kp (16 Unit)


Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

Pelan Tipikal Unit 800 Kp (104 Unit) 4.6.4 PELAN LANTAI TINGKAT BAWAH

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

10

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

4.6.5 PELAN LANTAI TIPIKAL

4.7

Sehingga kini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk pembinaan perumahan mampu milik seperti berikut : Bil. 1. 2. Projek Kota Puteri Seksyen U12, Shah Alam (Debbin) Seksyen U12, Shah Alam (Must Ehsan) Antara Gapi Bernam Jaya Kampung Seri Tanjung Taman Sains Selangor 2 Bil. Unit 300 96 Daerah Kuala Selangor Petaling

3.

400

Petaling

4. 5. 6. 7.

128 500 400

Hulu Selangor Hulu Selangor Gambak Sepang

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

11

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

5.0

STATUS SEMASA PELAKSANAAN DASAR RUMAH MAMPU MILIK 5.1

Kajian Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah di Kawasan Lembah Klang, Selangor Darul Ehsan. 5.1.1 Pada ketika ini, kajian adalah di Peringkat Draf Laporan Akhir di mana data-data telah dianalisis oleh pihak perunding. Hasil daripada analisis tersebut terdapat beberapa penemuan penting berhubung kajian tersebut yang terdiri daripada pemilik dan penyewa rumah. Penemuan-penemuan berikut :i). Majoriti penyewa memilih untuk membeli rumah jenis apartment, teres satu tingkat dan teres dua tingkat. Sementara pemilik rumah sedia ada yang berhasrat untuk membeli rumah lagi pada masa hadapan bercadang untuk membeli rumah teres dua tingkat dan rumah jenis apartment. ii). Hasil daripada kajian ini juga mendapati harga rumah yang mampu dibeli oleh penyewa adalah dalam dibeli oleh lingkungan pemilik RM150,000.00 rumah dalam RM250,000.00 dan harga rumah yang mampu lingkungan RM120,000.00 hingga RM200,000.00. kajian tersebut adalah seperti

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

12

Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor

iii).

Selain

daripada

itu,

secara

umum

penduduk

kawasan Lembah Klang mempunyai pendapatan isi rumah dalam pendidikan daripada sela RM1,500.00 hingga hanya Sijil Persekolahan RM4,000.00 sebulan yang meliputi semua tahap hinggalah kepada mempunyai kelulusan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Diploma atau Ijazah Sarjana Muda). iv). Di samping itu, kajian ini juga telah menunjukkan terdapat keperluan bagi penyediaan yang rumah tidak mampu-sewa menyewa. 5.2 Mengadakan bengkel berkenaan rumah mampu milik bagi penyediaan model reka bentuk bangunan, spesifikasi bangunan dan garis panduan penyediaan untuk digunapakai oleh semua pihak berkuasa tempatan, pemaju dan yang berkepentingan. 5.3 Menyediakan sesuatu dasar mengenai peratus penyediaan rumah mampu milik dalam satu-satu projek skim pembangunan perumahan. 5.4 Menyediakan sesuatu dasar berhubung syarat-syarat kepada penduduk

berkemampuan dan yang bercadang untuk kekal

pemilikan rumah mampu milik.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

13