Anda di halaman 1dari 1

ARABIAH BINTI DAMMAN Kampung Batu 91308 Semporna Sabah Tel: 012-8612509

Tarikh : 16 APRIL 2013 JABATAN PENDAFTARAN SEMPORNA Lot 1 & 2, Taman Sempol Phase 3, Mile 1.3 Jalan Bubul, 91307 Semporna Tel: 089-781738 Fax: 089-782990 Tuan/Puan LAPORAN PERTINDIHAN PEMEGANG DOKUMEN PENGENALAN BAGI:NAMA : ARABIAH BINTI DAMMAN NO. MYKAD : 690304-12-5904 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas merupakan Pemegang Asal Sijil Kelahiran Sebenar, No. Daftar: 6056/90 yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah didaftarkan pada 24.10.1991. Dalam hal yang berkaitan, saya telah membuat permohonan kad pengenalan di JPN Daerah Semporna dan resit kad pengenalan tersebut masih dalam simpanan saya sehingga hari ini. 03. Justeru, saya telah membuat semakan di JPN Daerah Semporna, dan pegawai berkenaan menyatakan bahawa kad pengenalan atas nama saya telah lama dikeluarkan tetapi atas nama individu lain. Sehingga ke hari ini saya masih lagi memegang resit permohonan Kad Pengenalan yang bertarikh 2.01.1991. 04. Seterusnya, saya telah membuat permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan iaitu pada 20.10.2006 tetapi sehingga sekarang saya masih memegang taraf kewarganegaraan tersebut juga resit kad pengenalan. 05. Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada pihak tuan agar menyiasat perkara ini secepat yang mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya. Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, Yang Benar, (ARABIAH BINTI DAMMAN) NO. MYKAD: 690304-12-5904 s.k Fail Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Bahagian Kad pengenalan 62551 W. Persekutuan Putrajaya. Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah Kota Kinabalu, Sabah Fail.