Anda di halaman 1dari 5

3.

FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut:

1. Cara memegang peluru. 2. Persediaan dan pergerakan awal. 3. Perlakuan melontar. 4. Pendaratan peluru. 5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

CARA MEMEGANG PELURU

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. 3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan. 4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan . PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan

pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkatperingkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini.Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah. Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran. 5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. 6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. Teknik pemindahan (OBrien) adalah satu teknik yang sering digunakan oleh atlet lontar peluru. Dalam teknik ini terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar 1. Fasa 2. Fasa 3. Fasa 4. Fasa Pemulihan peluru iaitu : Persediaan Gelungsuran Lontaran

Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju

1.

Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa memperkenalkan peluru dahulu.

2. 3. 4.

Memperkenalkan peluru. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelongsor ke belakang di atas trek yang lurus. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.

5. Gelongsoran dengan menggunakan peluru. 6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki bersudut) 7. 8. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position (chin-kneetoe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran. 9. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang. 10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran. 11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran. 12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran). 13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw. 14. Membuat lontaran sisi.

15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran. 16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

Sumber rujukan : http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/ Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.Buku peraturan Olahraga KOAM 2010-2011