Anda di halaman 1dari 1

Baca dengan intonasi yang betul.

Selain warisan bangsa yang telah kita pelajari sebelum ini, makanan tradisional juga merupakan warisan kita. Misalnya ketupat, lemang dan rendang yang disajikan semasa hari raya. Pada hari raya yang lalu, Nadia dan emaknya berkunjung ke rumah jiran mereka, Puan Hasnah. Mereka telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Ada makanan tradisional dan ada juga kuih muih moden. Mereka makan sambil berbual-bual. Bacalah dialog di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Nadia : Eh, ada lemang rupa-rupanya! Siapakah yang membuatnya, mak cik? Puan Hasnah Nadia Puan Hasnah : Makanlah Nadia! Semua makanan ini mak cik yang masak. : Bagaimanakah cara membuatnya? : Sediakan beras pulut, garam, santan, buluh dan daun pisang. Mula-mula, masukkan daun pisang yang telah digulung ke dalam buluh. Kemudian, masukkan beras pulut, santan dan garam secukupnya. Selepas itu, bakarlah sehingga masak. Nadia Emak Nadia : Wah, enaknya rendang ini! Inilah makanan kegemaran saya. : Kalau Nadia ingin tahu cara memasak rendang, tanyalah ibu.