Anda di halaman 1dari 2

Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca gejala pembuangan bayi

dan kesan-kesannya Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi semakin menjadi jadi kebelakangan ini. Walaupun dunia semakin moden, tetapi terdapat pula manusia yang sanggup melakukan perkara yang lebih keji daripada perlakuan haiwan. Hal ini berlaku akibat masalah rumah tangga yang menjadi salah satu punca berlakunya kes pembunuhan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Sudah ternyata bahawa institusi kekeluargaan kini semakin goyah. Kasih sayang antara ahli keluarga semakin pupus hingga mereka sanggup membuang bayi mereka sendiri. Selain itu, ibu bapa pula bersikap lepas tangan lalu kehidupan berkeluarga sekarang menjadi ibarat masing-masing perahu, masing-masing kayuh. Remaja atau wanita yang sudah berstatus ibu tunggal atau yang belum berkahwin kerap terjebak dengan cinta yang tiada noktahnya itu. Mereka tidak menyedari bahawa cinta itu boleh datang dan pergi setelah nafsu disempurnakan. Kita harus mengakui hakikat bahawa kebanyakkan kes berlaku akibat hubungan terlarang yang menurut hawa nafsu semata-mata hingga menyebabkan mereka meninggalkan bayi mereka sendiri. Hal ini berpunca daripada kejujuran dan kesetiaan yang tidak bertempat oleh kaum wanita terhadap pasangan mereka. Mereka yang bersifat kejam itu terlalu naf tentang agama. Golongan ini terlalu percaya akan kekasih dan ingin mencuba untuk melakukan hubungan seks. Ada juga yang terpengaruh oleh pelawaan kawan-kawan yang tidak baik. Di samping itu, terdapat juga perbuatan suka sama suka yang menjadi kata kunci yang menyebabkan berlakunya perbuatan keji. Kemudian, mereka membuang bayi itu untuk mengelakkan diri daripada menanggung malu. Kaum wanita seperti ini sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membuktikan cinta dan kasih kepada pasangan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes mereka yang menjadi mangsa rogol. Oleh sebab perasaan cinta menguasai segala-galanya, maka semuanya dituruti. Apabila nafsu mengatasi keimanan, maka syaitan akan berjaya menggoda manusia. Disebabkan cinta yang berdasarkan nafsu semata-mata juga mereka sanggup membuang bayi mereka, sedangkan bayi itu ialah darah daging yang menjadi bukti benih cinta mereka itu juga.

Jadi, kita harus memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya bangkit untuk melindungi bayi dan kanak-kanak. Masyarakat janganlah bersikap sambil lewa untuk menangani masalah ini. Biarlah kita dianggap menjaga tepi kain orang asalkan satu nyawa dapat diselematkan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak,pupuk, dan berilah kasih sayang kepada ahli keluarga anda kerana perkara itu merupakan satu keperluan dan tanggungjawab. Janganlah apabila terjadi perkara yang buruk baru tersentak. Ketika itu, menangis dengan air mata darah sekalipun tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. (Dipetik dan diubah suai daripada Keluarga,Benih Cinta Yang Tidak Dihargai Utusan Malaysia, 15 Mac 2010) Berdasarkan petikan Praktis 5,jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. ii. Apakah maksud rangkai kata darah daging? Pengarang mengemukakan beberapa langkah untuk menangani masalah pembuangan bayi. Nyatakan langkah-langkah tersebut. Masalah pembuangan bayi dapat ditangani melalui tindakan pihak kerajaan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara pihak berkuasa dapat menangani masalah ini? Berikan empat cara.

iii.