Anda di halaman 1dari 2

SESI PENGAJARAN:

MASA 5-10 minit. wa-alai kum mu salam wbt dan selamat pagi Berapa kehadiran pelajar hari ini, Ketua? Ada siapa-siapa yang ponteng? Minggu lepas kita telah belajar mengenai dengan kaedah membina pentagon yang diberi panjang sisi dan diberi bulatan terterap lilit. Rujuk muka surat 70 dan 71 dalam Buku Teks lukisan Kejuruteraan DBP tingkatan 4. Beraqpa ramai lagi pelajar yang belum hantar lukisan minggu lepas, tolong hantar segera, jika tidak akan didenda Penyampaian Isi: 60 90 minit Tajuk lukisan pada hari ini ialah seperti berikut: Tajuk Lukisan Heksagon Sekata Langkah membuat: 1. Lukiskan garisan PQ yang panjangnya sama dengan jarak yang diberi antara sisi bersetentangan. 2. Bahagi dua sama garisan PQ. O ialah titek tengah garisan PQ. 3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari OP, lukiskan bulatan yang melalui titek P dan Q. 4. Melalui O, lukiskan garisan yang condong ke kiri dan ke kanan sebanyak 60 kepada garisan mengufuk supaya menyilang bulatan pada 1,2,3 dan 4. 5. Melalui P dan Q lukiskan garisan-garisan yang serenjang dengan POQ. 6. Melaui tiap-tiap titek 1,2,3 dan 4, lukiskan garisan yang condong 30 kepada garisan mengufuk seperti yang ditunjukkan untuk mendapatkan titik A,B,C,D,E dan F. Pelajar faham cara untuk melukis heksagon sekata diberi panjang antara sisi. Guru mengemukakan tajuk lukisan minggu ini kepada pelajar, semoga apa yang telah disampaikan pada minggu lepas dapat diingat kembali bagi memudahkan kerja hari ini. Pelajar mendengar dengan tekun sambil mengangguk kepala tanda setuju setiap penerangan yang disampaikan oleh guru. Guru menerangkan langkah-langkah untuk membina heksagon sekata yang diberi jarak antara sisi dia papan tulis. Guru menerangkan langkah demi langkah diikuti dengan melukisnya di papan tulis. Pelajar mendengar dan memerhati dengan tekun sambil cuba untuk memahamkan dengan baik. Seterusnya guru mengarahkan pelajar menyiapkan peralatan melukis dan kertas lukisan di atas meja masing-masing. Pelajar faham langkahlangkah membuat poligon hekasgon seperti yang tercatat. Pelajar ikut dan akur segala arahan yang diberikan oleh guru. Melaras kertas lukisan diatas meja dan ditindeh dengan set dan T square. Semasa pelajar menjalankan kerja melukis dimeja masing-masing, guru memantau dari satu meja ke meja kerja pelajar. Guru menegur atau memberi tunjuk cara yang lebih sempurna kepada pelajar, utama sekali pelajar yang agak lemah. Pelajar akur dengan perhatian yang guru berikan sepanjang mereka membuat kerja dimeja masing-masing Guru akan memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang bertanya dan yang lemah berhubung dengan kerja yang dilakukan. Proses pemantauan. Latihan pelajar. Penjelasan tajuk Selepas memberi salam dan ucap selamat, guru mengarahkan ketua kelas untuk mengambil kedatangan pelajar. Ketua kelas mengambil kedatang pelajar dengan mengira jumlah pelajar yang hadir. Ketua memberitahu kepada guru jumlah pelajar yang hadir yang yang ponteng. Guru memulakan kelas dengan mengulangkaji serba sedikit pelajaran yang lepas bagi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari. Pelajar mendenganr dengan tenang sambil mengamati dan cuba memahamkan sisi kandungan pelajaran yang telah disampaikan. Ulangkaji pentagon 5 segi. ISI PELAJARAN Set Induksi/Pengenalan: KEFAHAMAN/KEMAHIRAN PELAJAR AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Penerangan langkah membina heksagon.

15 20 minit

Penutup: berhenti kerja dan kemaskan meja kerja masing-masing. Simpan alat. Bagi mereka yang telah habis melukis, bolehlah menghantarnya kepada saya dan mereka yang belum siap, harap dapat siapkan dirumah dan hantar esok hari ke bilik saya. kemaskan bag masing-masing dan peralatan lukisan dan selepas ini anda terus masuk ke kelas berikutnya, jangan menyimpang ke tempat lain. Selamat belajar dan jumpa lagi minggu hadapan, terima kasih

Guru mengarahkan pelajar-pelajar supaya berhenti melukis dan kemaskan peralatan masing-masing. Kumpulkan kerja yang telah siap dan hantar kepada saya untuk diperiksa. Dan dinilai. Pelajar akur dengan arahan guru dan memulakan kerja mengemas dan menghantar kerja lukisan masing-masing diatas meja guru dihadapan. Bagi pelajar yang tidak dapat menyiapkannya, mereka dikehendaki memnyiapkandiirumah dan hantar pada hari esok di bilik guru. Akhirnya pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru dan terus beredar ke kelas berikutnya.

Kemas meja kerja. Hantar hasil amali. Kemas diri. Masuk ke kelas berikutnya.

TUGASAN: Pelajar dikehendaki meneruskan kerja dirumah bagi yang belum siap dan bagi pelajar lain diminta untuk membaca buku teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatn 4, muka surat 73 hingga 80 untuk tajuk lukisan yang akan datang. REFLEKSI PELATIH: Pengajaran hari ini dapat berjalan dengan tenang. Pelajar dapat mengikut arahan yang diberikan, Semua langkah kerja yang diterangkan dapat diikuti dengan baik. Pelajar selamat menjalankan kerja melukis . Hati guru gembira. Semoga kegembiraan ini dapat berterusan hingga bila-bila. Insyallah.

CATATAN PENYELIA: Persediaan yang dirancang baik dan memuaskan. Objektif rengkas dan tepat. Ia mudah dicapai. Isi pelajaran dan aktiviti yang dirancang dapat mencapai objektif P & P dengan mudah. Penyampaian dan pengawalan kelas baik dan terpuji. Berpotensi untuk menjadi pendidik yang cemerlang di masa hadapan. Kekalkan minat anda dan kuatkan semangat untuk mencapai cita-cita demi kejayaan kerjaya dimasa yang akan datang. Selamat maju jaya. Semoga berjaya.