Anda di halaman 1dari 1

Kota Raja Bersiung

Kota ini terletak di Kampung Pinang Tunggal dalam daerah Kuala Muda, kira-kira 8km ke selatan bandar Sungai Petani. Berdasarkan kesan yang ada menunjukkan Kota Raja Bersiung ini lebih luas hingga sampai ke sebuah paya di Kampung Seberang Tok Soh. Tidak dapat dipastikan dengan jelas Raja Kedah yang manakah membina Kota tersebut. Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, tidak ada disebut Kota Raja Bersiung. Sementara dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada catatan yang menyebut Raja Kedah yang bergelar Raja Ong Maha Perita Deria yang memakan darah manusia itu digelar Raja Bersiung membina Kota ini, yang disebut "Kota Aur". .

Kota Siputeh Kota Siputeh merupakan kota tertua di Negeri Kedah. Dibina pada tahun 1282M oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah). Kota ini merupakan benteng pertahanan bahagian utara Negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam. Kota Siputeh dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323M, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti oleh lapan orang sultan Negeri Kedah. Pada tahun 1626M, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (Sultan ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Si Putih ke Kota Naga. Kota ini terletak di Kampung Si Putih, Mukim Pering, Kubang Pasu.

Aur bererti buluh iaitu sejenis buluh yang tumbuh di tepi sungai tersebut