Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) merujuk kepada latihan dan teknik yang digunakan oleh organisasi untuk mengenal pasti, mengambarkan dan menyebarkan pengetahuan, mengetahui-bagaimana (know-how), kepakaran, Harta Intelektual, dan sebarang jenis pengetahuan untuk digunakan dan memindahkan pengetahuan dan pengurusaan pengetahuan adalah disiplin yang sedang berkembang. Pemindahan pengetahuan (dari sudut pengurusan pengetahuan) selalu wujud dalam satu bentuk atau yang lain, contoh melalui perbincangan dengan rakan setugas, secara formal melalui latihan, penyelenggaran terhadap perpustakaan korporat, latihan profesional dan program mentor. Dengan adanya Internet, e-learning, persidangan web, perisian kolaborasi, content management system, korporat directori Yellow Pages, senarai email, wiki, blog dsbnya boleh dilakukam 2.0 Masalah yang dihadapi 2.1 Akses kepada ICT dan e-Dagang. Akses kepada ICT dan e-Dagang adalah satu lagi faktor pemudah dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Salah satu penunjuk yang digunakan dalam bidang ini adalah akses kepada komputer peribadi. Lebih daripada 90 peratus firma yang dikaji telah memasang computer peribadi pada tahun 2002/2003 Kadar penembusan komputer peribadi di Malaysia menunjukkan corak klasik garis lingkungan-S dengan sebahagian besar dari komputer dipasang selepas 1995, tetapi arah aliran ini mendatar selepas 2000. Walau bagaimanapun, pemilikan laman web dan penggunaan Internet bagi e-Dagang tidak berkembang selari dengan pemasangan computer peribadi Secara purata, 40 peratus firma telah membangunkan laman web masing masing. Sebahagian besarnya terdiri daripada firma dalam industri IT, kewangan, pendidikan dan pelancongan. Dari segi e-Dagang, secara purata 22 peratus firma menggunakan Internet untuk menerima pesanan dan membuat tempahan. Pengguna utama e-Dagang adalah industri pelancongan (48 peratus), elektrik dan elektronik (37 peratus) dan perkhidmatan IT (32 peratus). Lebih banyak firma besar menggunakan eDagang berbanding PKS, kecuali dalam industri kimia, getah dan plastik serta perkhidmatan perniagaan. Berbanding dengan firma tunggal dan firma tempatan, lebih banyak firma bercawangan dan firma asing menggunakan e- Dagang bagi urusan perniagaan kecuali dalam industri kesihatan dan pemprosesan makanan. 2.2 Isu Polisi Beberapa isu polisi atau dasar yang rumit masih lagi dalam proses pertimbangan oleh beberapa negara. Antara isu-isu ini adalah seperti berikut: (a) Privacy atau kerahsiaan, terutamanya mengenai data peribadi (personal data), Saya difahamkan bahawa undang-undang negara kita mengenai aspek ini masih lagi belum sempurna tersusun. Soalnya jika berlaku ''kebocoran'' atau pendedahan tanpa izin data peribadi kita selepas kita berurus niaga di ruang siber, apakah tindakan undang-undang yang boleh kita ambil terhadap pedagang berkenaan? Apakah kita perlu gubal satu undang-undang baru, seperti Privacy Protection Act yang kini dikuatkuasakan di Amerika Syarikat?

(b) Content atau isi maklumat yang didedahkan oleh pedagang di ruang siber - apakah wajar semua yang tertera di situ dibiarkan masuk menembusi sempadan negara ini tanpa kawalan dan tapisan? Apakah beban kawalan dan penapisan ini boleh kita letakkan di bahu ISP sendiri? bagaimanakah cara yang ideal bagi kita mengawal, menapis atau menghalang kemasukan bahan-bahan yang tidak sesuai? (c) Intellectual property atau harta intelektual. Katakanlah pihak yang menjadi pedagang itu adalah warganegara kita sendiri atau syarikat negara ini. Apakah harta intelektual mereka selamat dan dilindugni dalam semua negara di mana orang kita atau syarikat kita itu mahu mempamerkan dagangannya menerusi Internet? Bagaimanakah halnya jika negara di mana orang kita atau syarikat negara ini hendak berdagang itu belum lagi (atau masih enggan) menganggotai semua konvensyen atau triti mengenai hal itu? Apakah yang akan jadi jika berlaku pelanggaran (infringement) hak cipta mereka di negara sedemikian? Apakah remedi yang ada bagi mereka? (d) Tarif- apakah wajar cukai import dikenakan (kepada pembeli) bagi barangan (atau perkhidmatan) yang dibeli atau diperoleh menerusi Internet? (e) Taxes, iaitu cukai pendapatan dan cukai jualan - apakah wajar cukai sedemikian dikenakan kepada penjual? Jika cukai pendapatan dikenakan apakah asasnya - sumber barangan itu, tempat tinggal penjual, atau tempat transaksi jualan itu dilaksanakan? Jika cukai jualan hendak dihapuskan (seperti yang kini diusahakan oleh pentadbiran Presiden Clinton), apakah ini tidak merugikan hasil negara? (f) Authentication atau pengesahan ketulenan identiti pihak yang bertransaksi - apakah undang-undang tandatangan digital yang kini sedang digubal dan akan dilaksanakan oleh semua negara sudah memadai atau masih lagi ada kekurangannya? Saya difahamkan bahawa Akta Tandatangan Digital negara kita (yang tidak lama dulu diluluskan oleh Parlimen) telah digubal berasaskan undang-undang yang sedia terpakai di Utah, Amerika Syarikat, iaitu satusatunya undang-undang yang kini banyak menerima kecaman dan kritikan. Apakah akta yang kita baru hendak dilaksanakan ini sudah sempurna, atau masih perlu dikemaskini? (g) Consumer protection atau perlindungan pengguna. Kemajuan yang dicapai menerusi Edagang tidak sepatutnya menyebabkan undang-undang negara mengenai perlindungan pengguna diketepikan atau diperkecilkan. Jika barangan yang kita pesan (beli) menerusi Internet itu tidak sesuai bagi keperluan kita, tidak mematuhi spesifikasi kita ataupun memudaratkan diri kita, apakah remedi yang kita ada terhadap penjual itu? (h) Jurisdiction atau bidang kuasa. Andainya kita selaku pembeli merasa terkilan dengan mutu barangan atau perkhidmatan yang dibeli dan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pedagang (penjual) berkenaan, di negara manakah tindakan undang-undang itu patut difailkan? Dan berkaitan dengan isu bidang kuasa ini, soalan kedua ialah undang-undang negara mana (governing law) yang wajar dipakai. b) Discuss current issues in e-commerce ethics. 1.0 Isu-isu Etika E-Dagang Di dalam era teknologi maklumat yang kian pesat membangun, e-dagang dilihat sebagai salah satu hasil teknologi yang mampu memudahkan urusan-urusan harian pengguna. Namun begitu,

terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti oleh penyelidik berhubung dengan aplikasi edagang. Isu-isu yang telah dikenalpasti adalah berhubung dengan kebolehgunaan laman, isu pembelian secara atas talian dan juga faktor trust dalam e-dagang (Egger, 2003). 1.1 Trust dalam E-Dagang Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor trust di antara peniaga dan pengguna (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa kurangnya elemen trust di kalangan pengguna merupakan penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti edagang.

Anda mungkin juga menyukai