Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PRAKTIKUM(SELEPAS) AMERA SURIYATI BINTI SAAD PERNYATAAN SELEPAS MELAKSANAKAN PRAKTIKUM

Setelah menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris(M) saya mendapati bahawa murid-murid berasa selesa dan berminat untuk belajar sekiranya guru mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti pembelajaran yang

menyeronokkan serta ganjaran diberikan seperti kata-kata pujian membantu memberi motivasi kepada murid untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh guru. Teori yang dicipta oleh saya banyak membantu saya meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap pengajaran saya. Bukan sekadar ganjaran ekstrinsik malahan ganjaran instrinsik seperti kata-kata pujian yang diberikan mampu menarik mereka untuk belajar. Teori yang dicipta juga mampu membentuk tingkah laku murid kepada arah yang lebih positif. Setelah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dapati perancangan yang dibuat oleh guru mestilah bersesuaian dengan tahap murid .Sebagai guru, saya juga perlu mengambil kira dari aspek aktiviti yang boleh merangsang pemikiran murid, keseronokan murid, melibatkan semua murid, keselamatan tempat dan peralatan serta mudah dipelajari oleh murid. Bukan itu sahaja, nilai-nilai murni juga perlu diterapkan kepada murid agar sahsiah yang baik dapat dibentuk dalam kalangan murid. Saya berjaya menghasilkan pengajaran yang menyeronokan disamping membina kemahiran lokomotor murid. Selain itu, inovasi yang dicipta juga membantu saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran terutama ketika waktu pendidikan jasmani. Pendedahan mengenai penciptaan inovasi sebenarnya banyak membantu guru pelatih berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi semasa menjalankan pengajaran dan

PERNYATAAN PRAKTIKUM(SELEPAS) AMERA SURIYATI BINTI SAAD pembelajaran. Dari aspek pembinaan rancangan pengajaran harian, saya semakin mahir menulis dan perancangan pengajaran saya juga semakin baik. Selain itu, penglibatan saya dalam aktiviti sekolah membantu meningkatkan keyakinan diri

saya untuk bercakap di hadapan khalayak orang ramai. Saya berharap pengalaman yang diperolehi membantu meningkatkan keyakinan diri saya untuk mengajar dan bercakap dengan lebih yakin di hadapan orang ramai. Cabaran yang dihadapi saya dapat menghadapinya dengan baik. Walaupun saya menghadapi beberapa kekangan ,saya berjaya menyelesaikannya dengan menggunakan strategi-strategi yang telah saya gunakan.Kesimpulannya, praktikum terakhir ini banyak memberi pengalaman yang berguna kepada diri saya untuk menghadapi kehidupan sebenar di sekolah seterusnya dengan lebih baik dan memberi pendedahan kepada situasi sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Bagi saya guru yang baik hati adalah guru yang sentiasa mengambil berat terhadap pencapaian pelajar,kesihatan pelajar,adil dan saksama dalam menjalankan hukuman serta menyayangi mereka sepenuh hati tanpa mengira paras rupa,latarbelakang keluarga dan sikap mereka.Selain itu juga,saya juga yakin bahawa kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran terhadap tahap keupayaan guru dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah.