Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI MINGGU 8 (10 Mac 2013 hingga 14 Mac 2013)

MASALAH Pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini berjalan lancar. Masalah yang berlaku dapat di atasi dengan baik dan sedikit demi sedikit mengurangkan beban masalah yang timbul. Pada minggu ini juga pensyarah datang untuk memantau saya dan masalah yang timbul adalah murid kurang memberi perhatian di dalam kelas. Ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian ketika guru mengajar. Pensyarah membimbing saya bagaimana cara untuk semua murid memberi perhatian ketika mengajar.

Pensyarah mengatakan bagaimana hendak menyusun atur aktiviti dalam bentuk ansur maju supaya pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti saling berkaitan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Aktiviti juga mesti kreatif supaya menarik minat murid untuk mengikuti setiap aktiviti. Setelah di analisis masalah ini bukanlah besar. Saya perlu lebih kreatif dan membuat penambahbaikan di dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Murid yang kurang menguasai pengajaran juga terdiri daripada murid yang sederhana dan lemah. Mereka perlu di beri perhatian lebih supaya mereka dapat memahami pelajaran tersebut.Saya juga dapat melihat bahawa murid yang pandai juga kurang memberi perhatian. Bukan semua ada seorang dua yang bermain ketika saya mengajar. Persoalannya : Adakah pengajaran yang saya ajar begitu membosankan bagi murid tersebut? Mungkin bagi murid tersebut pelajaran yang dipelajari pada hari itu begitu mudah baginya yang mana murid itu telah mempelajarinya ketika belajar di Pra sekolah atau Tadika. Adakah patut hanya beri tumpuan kepada murid yang lemah sahaja sehingga murid yang pandai merasa mereka di pinggirkan? Adakah wajar berbuat demikian? Saya perlu mencari penyelesaian bagi persoalan ini.

CADANGAN

Untuk mengelak murid kurang memberi perhatian ketika mengajar adalah guru perlu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Sememangnya proses untuk guru yang baru memahami murid itu mengambil masa tetapi guru perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian. Seperti kata William Jordan serta rakan-rakannya. Unsur kreativiti ini di gunakan untuk menyelesaikan masalah. Beliau telah mencipta beberapa aktiviti kreatif berdasarkan prinsip-prinsip berikut: 1. Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita. 2. Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakandengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifat-sfatnya, boleh diajarsecara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid. 3. Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains,matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai persamaam iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan. 4. Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan. William Jordan menambah bahawa unsur kreativiti ini diserapkan kepada murid melalui kaedah majas atau personafikasi supaya wujud perkaitan di antara dua perkara. Saya akan cuba mencari kreativiti di dalam kelas supaya kelas tersebut lebih menarik.Murid yang suka bermain kita perlu merancangkan aktiviti permainan juga supaya permainan tersebut memberi input kepada dirinya.

Kesimpulannya guru perlu sentiasa bersama murid dan bersabar dengan kerenah murid yang pelbagai sikap. Guru yang berjaya adalah guru yang boleh mendidik anak muridnya daripada tidak tahu kepada tahu.

Anda mungkin juga menyukai