Anda di halaman 1dari 36

Disediakan oleh : NUR ATIKAH BINTI TERJELI 3 PISMP RBT 1

SEJARAH
Asal- usul lompat kijang adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump. Kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

GAYA-GAYA LOMPAT KIJANG

FASA-FASA DALAM LOMPAT KIJANG

1)Fasa Persediaan 2)Fasa Lakuan 3)Fasa Lajakan

FASA PERSEDIAAN
FASA LARIAN

Larian dalam sesuatu acara lompatan bermaksud larian yang pantas pada jarak yang dekat untuk melakukan pergerakan lain. Pergerakan larian adalah penting dan harus diberikan tumpuan kerana larian yang pantas akan mendapat lompatan yang baik iaitu jarak yang jauh.

OTOT-OTOT YANG TERLIBAT


Larian dalam acara lompat kijang ini bermaksud larian yang pantas pada jarak yang dekat. Ia merupakan persediaan awal untuk melakukan gerakan sebenar. Semasa fasa ini, penggunaan otot lebih tertumpu kepada bahagian tangan,peha dan kaki. Penggunaan otot pada bahagian tangan : Otot kuadrisep Otot triseps dan biseps

Penggunaan otot pada bahagian paha dan kaki :


Sartorius Rectus femoris (femur) Otot antara tendon dan patella Vastus medalis Vastus lateralis (Perttunen et al, 2000) Adductor of thigh Gastrocenimus (Perttunen et al, 2000) Tibialis anterior Soleus Peroneus longus

TULANG-TULANG YANG TERLIBAT


Aktiviti larian hampir melibatkan semua tulang-tulang. Antara tulang yang terlibat dalam pergerakan ini adalah: Pada bahagian kaki Femur ( tulang panjang )

Patela
Tibia ( tulang panjang ) Fibula ( tulang panjang )

Tarsals dan metatarsals


( tulang pendek ) Pelvic Girdie

Pada bahagian tangan, tangan yang menghayun ketika larian terdiri daripada tulang panjang dan tulang pendek yang telah dinyatakan. Pergerakan menghayun ini terjadi apabila tulang panjang yang berada di tangan berfungsi sebagai tuas dan manakala tulang pendek pula berfungsi untuk memindahkan daya semasa hayunan tangan terjadi.

Pada bahagian kaki pula, peranan yang sama terjadi apabila tulang femur, tibia dan fibula bertindak sebagai tuas untuk memudahkan pergerakan kaki dan tulang tarsals dan metatarsals bertindak memindahkan daya yang dibuat daripada tulang yang berkedudukan atas supaya kaki dapat bergerak dengan senang.

SENDI SENDI YANG TERLIBAT


SENDI LESUNG Sendi lesung pada bahu bergerak ke hadapan dan ke belakang bagi menyokong hayunan tangan semasa larian dilakukan. Manakala sendi lesung pada pangkal paha akan bergerak ke hadapan dan ke belakang bagi membolehkan pergerakan berlaku. SENDI PELANA sendi pelana yang terlibat ialah pada bahagian bawah ibu jari tangan. Sendi pelana dalam keadaan fleksi kerana tangan digenggam semasa larian.

SENDI ENGSEL Sendi engsel ialah sendi di mana hujung tulang berbentuk engsel dan mempunyai satu paksi. Gerakannya hanya satu arah. Sendi engsel yang terlibat dalam fasa larian ini ialah sendi siku dan lutut. Sendi engsel pada siku digerakkan secara fleksi bagi menyokong hayunan yang dilakukan oleh sendi lesung di bahu.

CONTOH SENDI-SENDI

FASA LAKUAN
1) 2) 3) 4) Fasa Pelepasan Fasa Lonjakan Fasa Langkahan Fasa Lompatan

FASA PELEPASAN
Terdapat 3 jenis pelepasan, iaitu :
a) Pelepasan pertama b) Pelepasan kedua c) Pelepasan ketiga

PELEPASAN PERTAMA Selepas peserta menghabiskan larian dari lorong larian, untuk memulakan langkahan. Kebiasaanya, kelajuan larian akan ditentukan sama ada pelepasan yang dibuat bersih, sah dan selamat ataupun tidak tepat, batal dan tidak sah. Semasa pelepasan, peserta dikehendaki memijak salah satu kaki dengan sah pada papan melonjak yang disediakan.

PELEPASAN KEDUA Selepas peserta membuat langkahan untuk melakukan langkahan kedua. Pada peringkat ini, peserta hendaklah melakukan langkahan pada kaki yang sama ketika membuat pelepasan yang pertama. Peserta tidak perlu bimbang sama ada pelepasan itu sah atau batal, kerana tidak ada papan melonjak yang disediakan untuk memastikan hal ini.

PELEPASAN KETIGA Pelepasan ini dilakukan selepas pelepasan kedua dimana peserta dikehendaki melakukan pada kaki yang lain, bertujuan melepaskan peserta untuk melakukan lompatan dan mendarat di dalam kawasan pendaratan yang disediakan. Papan pelepas tidak disediakan dan bergantung kepada peserta untuk melepaskan kaki untuk melakukan lompatan sebenar.

FASA LONJAKAN
Dalam peraturan lonjakan, kaki yang sama hendaklah digunakan untuk membuat lonjakan dan pendaratan. Sekiranya peserta membuat lonjakan menggunakan kaki kanan, pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga.

lonjakan yang boleh menjamin pengawalan momentum mendatar harus diberi perhatian.

FASA LANGKAHAN

Dalam fasa langkahan, peserta akan melangkah dengan memanjangkan kaki yang bebas ke hadapan dan meninggikan lututnya. Kedua-dua tangan dihayun kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan di hadapan dihayun ke belakang dan kaki kiri di gerak ke hadapan supaya berada di bawah kaki. Kedudukan kaki terbuka dikekalkan seketika. Sebelum mendarat kaki kanan dibawa ke depan dan menyentuh bumi.

FASA LOMPATAN
Sebaik sahaja mendarat, peserta terus sahaja melakukan aksi lompat jauh iaitu kaki lonjak menolak dengan kuat dan disertai oleh ayunan tangan dan mendarat dalam kawasan pendaratan seperti dalam acara lompat jauh. Sepanjang fasa ini, pelompat hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan pergerakannya. Tindakan tangan yang berkoordoninasi boleh membantu kawalan imbangan badan peserta.

OTOT-OTOT YANG TERLIBAT


Otototot yang terlibat semasa fasa persediaan ialah: 1)Otot pada bahagian punggung: Gluteus maximus Adductor magnus 2) Semasa kayuhan di udara: Otot gastrocenimus Otot calcaneal 3) Otot pada bahagian tangan: Otot kuadrisep Otot triseps dan biseps

4) Penggunaan otot pada bahagian paha dan kaki:


Sartorius Rectus femoris (femur) Otot antara tendon dan patella Vastus medalis Vastus lateralis Adductor of thigh Gastrocenimus Tibialis anterior Soleus Peroneus longus

TULANG-TULANG YANG TERLIBAT


Pada fasa pelepasan bahagian tubuh yang utama digunakan adalah bahagian kaki. Pada peringkat ini terdapat tiga peringkat perlepasan. Peringkat pertama adalah semasa salah satu bahagian kaki memijak papan melonjak yang disediakan. Tulang femur, tibia dan fibula bertindak sebagai tuas ketika kaki hendak memijak papan pelonjak. Tulang patela, tarsals dan metatarsals bertindak memindahkan daya supaya kaki dapat memijak papan pelonjak dengan tepat dan selamat.

Peringkat fasa lonjakan pertama dihasilkan dengan tulang femur, tibia dan fibula bertindak sebagai tuas ketika kaki melonjak daripada perlepasan pertama. Tulang patela, tarsals dan metatarsals bertindak memindahkan daya supaya kaki dapat melonjak dengan lebih kuat dan tinggi. Manakala fasa lonjakan kedua dihasilkan dengan tulang femur, tibia dan fibula bertindak sebagai tuas ketika kaki melonjak daripada perlepasan kedua Tulang patela, tarsals dan metatarsals bertindak memindahkan daya semasa kaki berada diperlepasan kedua untuk memudahkan dan mendapat lonjakan yang lebih jauh untuk melakukan pendaratan.

Pada fasa langkahan pula, tulangtulang yang bertindak daripada tiga jenis langkahan adalah sama. Tulang yang bertindak iaitu tulang femur, tibia dan fibula sebagai tuas ketika hendak melakukan langkahan. patela bertindak sebagai perpindahan daya daripada tulang femur ke tulang tibia dan fibula. Akhir sekali, daya tersebut dipindahkan oleh tulang tarsals dan metatarsals kepada tapak kaki semasa melakukan langkahan.

Pada fasa lompatan pula teknik yang digunakan pada ketika ini adalah menggunakan
hayunan punggung iaitu tulang pelvic kayuhan kaki iaitu tulang femur, patela, tibia, fibula, tarsals dan metatarsals.

Teknik ini membolehkan menghasilkan momentum dengan lebih kuat sebelum pendaratan dibuat. Tulang femur, fibula dan tibula bertindak sebagai tuas yang membolehkan kayuhan yang berkesan dilakukan Tulang patella, tarsal dan metatarsals yang memindahkaan daya daripada kayuhan tersebut untuk mendapatkan momentum yang kuat ketika melompat.

Selain itu juga penggunaan teknik jack-knifing kerap digunakan kerana keupayaannya mengelakkan momentum menegak daripada terus berhenti.

Pergerakan ini dilakukan dengan pengawalan tangan yang dilakukan oleh tulang humerus.
Ulna dan radius sebagai tuas dengan meluruskan tangan ke depan semasa melompat. Pengawalan kaki yang dilakukan oleh tulang femur, tibia dan fibula sebagai tuas dengan mengelakkan kaki daripada berada di bawah secara lurus ke hadapan untuk mendapatkan jarak pendaratan yang lebih jauh.

SENDI-SENDI YANG TERLIBAT


SENDI PELANA Sendi dalam keadaan yang sama. Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan bergerak secara fleksi. SENDI LESUNG Sendi lesung pada bahu digerakkan secara fleksi bergilir bagi kedua belah tangan untuk menghayunkan tangan. Keadaan ini turut dilakukan pada sendi engsel bahagian pangkal paha. SENDI ENGSEL Sendi engsel juga dalam keadaan fleksi semasa lompatan di udara sehingga pendaratan.

FASA LAJAKAN
FASA PENDARATAN

Sebelum mendarat, pelompat akan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan sambil menghayunkan kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu layangannya. Pelompat mendarat dengan bahagian tumit kedua-dua kakinya mencecah kawasan pendaratan terlebih dahulu. Seterusnya badan digerakkan ke hadapan atau ke tepi.

OTOT-OTOT YANG TERLIBAT


Antara otot-otot yang terlibat semasa fasa pendaratan ini ialah: 1) Otot pada bahagian tangan:
Otot kuadrisep Otot triseps dan biseps gluteus medius, gluteus Maximus

2) Otot pada bahagian punggung:


Gluteus maximus Adductor magnus

3)Penggunaan otot pada bahagian paha dan kaki:


Sartorius Rectus femoris (femur) Otot antara tendon dan patella Vastus medalis Vastus lateralis Adductor of thigh Gastrocenimus Tibialis anterior Soleus Peroneus longus Calcaneal

TULANG-TULANG YANG TERLIBAT


Tulang pada bahagian tangan adalah tulang humerus, ulna dan radius sebagai tuas dengan meluruskan tangan ke hadapan ketika mendarat. Tulang carpals dan metacarpals bertindak sebagai perpindahan daya dengan memastikan tangan lurus ke hadapan. Tulang pada bahagian kaki iaitu femur, tibia dan fibula sebagai tuas untuk kaki bersedia mendarat.

Tulang patella, tarsals dan metatarsals sebagai perpindahan daya ke tapak kaki semasa mendarat. Tulang pada bahagian badan juga turut bertindak iaitu tulang vetebra yang bertindak membengkok badan ke hadapan supaya : tempat pendaratan jauh mengelakkan daripada badan ke belakang yang akan memendekkan jarak pendaratan.

SENDI-SENDI YANG TERLIBAT


SENDI PELANA Sendi pelana pada fasa ini adalah dalam keadaan ekstensi iaitu tangan terbuka bagi menahan pendaratan. SENDI LESUNG Manakala sendi lesung pada bahagian pangkal paha ekstensi sehingga kaki menjejak ke bawah. Selepas itu sendi lesung pangkal paha akan bergerak secara fleksi bagi menyokong impuls semasa fasa pendaratan ini.

SENDI ENGSEL Sendi engsel pada bahagian siku akan bergerak secara ekstensi sehingga mencapai 180 darjah. Sendi engsel pada bahagian lutut pula akan bergerak secara ekstensi sehingga kaki menjejak ke tanah akan membengkok supaya dapat mengelak kecederaan semasa pendaratan.

Penggunaan otot yang paling banyak adalah pada bahagian tangan, kaki, paha dan punggung. Tulang yang banyak terlibat ialah tulang pada bahagian kaki iaitu femur, tibia dan fibula sebagai tuas untuk kaki bersedia sehingga mendarat. Tiga sendi yang utama yang terlibat iaitu sendi pelana, sendi lesung dan sendi engsel.