Assalamualaikum.. Di entri ini kita akan belajar cara untuk melukis lukisan isometri. Bagi memudahkan anda memahami cara melukis lukisan isometri dengan lebih ringkas, kami akan menunjukkan contoh lukisan yang mudah untuk anda fahami seperti dibawah :
Berdasarkan gambarajah yang anda lihat di atas, kita akan melukis lukisan isometri berpandukan gambarajah tersebut.
1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum melukis lukisan isometri ialah, anda perlu membuat paksi surut bersudut sama ada 30 atau 45 (mengikut kehendak atau arahan soalan).
2. Setelah itu, pindahkan lukisan mengikut arah pandangan sisi dan hadapan. Dalam gambarajah dibawah, bahagian sisi berada di sebelah kiri manakala bahagian hadapan berada di sebelah kanan. kami telah mewarnakan bahagian sisi dengan warna biru manakala bahagian hadapan berwarna merah agar anda dapat membezakan keduadua sudut pandangan tersebut.
3. Setelah selesai melukis bahagian hadapan dan sisi, lukiskan pula garis unjuran seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah untuk membina pelan lukisan. Tujuan
garis unjuran dilukis adalah untuk mengelakkan anda terkeliru ketika membuat bahagian pelan.
4. Bahagian terakhir yang perlu dilakukan ialah bentukkan objek isometrik dengan mencantumkan pelan dengan bahagian hadapan dan sisi seperti gambarajah dibawah.
5. Kemaskan lukisan anda, padam garisan yang berlebihan dan......pop!! Jadilah sebuah lukisan isometri! =)
NOTA PENTING : Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu mengasingkan lukisan pelan dengan lukisan hadapan dan sisi (langkah 2 dan 3) sedangkan kita boleh melukisnya secara serentak. Sebenarnya anda boleh melakukan demikian, tetapi jika anda harus melukis lukisan yang lebih rumit, maka langkah 2 dan 3 adalah perlu agar anda tidak terkeliru dengan kedudukan pelan dan yang ingin dilukis di atas bahagian sisi dan hadapan.
Seterusnya mari kita belajar cara melukis bulatan pada isometri. Bulatan pada isometri ini juga dikenali sebagai elips. 1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, buat satu lukisan isometri berbentuk segi empat tepat seperti gambarajah di bawah. (anda boleh mengaplikasikan cara melukis lukisan isometri yang telah anda pelajari di atas)
2. Kemudian, buat garisan bersilang dengan menyambungkan titik yang berwarna biru di garisan atas (rujuk gambarajah dibawah) dengan titik berwarna biru yang bertentangan dengannya. Titik berwarna merah pula ialah titik persilangan antara garisan titik-titik berwarna biru. Pastikan garisan anda mempunyai persilangan seperti dibawah bagi memudahkan proses melukis elips yang akan dilakukan selepas ini.
3. Sekarang barulah kita akan melukis bulatan. Caranya mudah sahaja. Lukis bulatan dengan berpandukan titik biru yang telah anda buat di atas. Dalam melukis bulatan, anda hendaklah mengabaikan bahagian bucu kerana anda tidak akan menggunakan tanda tersebut. Tetapi pastikan bulatan anda melalui titik biru yang berada di tengah garisan dan sambungkan kesemuanya. Hasil lukisan anda akan terbentuk seperti gambarajah dibawah.
Pengenalan Ortografik
PENGENALAN Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan ini. Kaedah ini merupakan sistem banyak pandangan iaitu seluruh bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar. Definisi unjuran ortografik satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah - satah yang bersudut tepat antara satu sama lain
KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK mengenal satah dalam unjuran ortografik' lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk). Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .
RAJAH 1
kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari sati arah pandangan. kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut - sudut tersebut
RAJAH 2
dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga. Keadaan ini berlaku kerana satah - satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan) yang terhasil pada satah - satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas. Pandangan - Pandangan Dalam Unjuran Ortografik .
RAJAH 3
pandangan pada satah berlainan kedudukannya. untuk menentukan pandagan - pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortografik, boleh ditempatkan satah - satah unjuran seperti dalam rajah 3. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan Bdan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah -satah berkenaan yang menghasilkan pandangan - pandangan yang diperlukan.
RAJAH 4
Satu Bongkah Dalam Pandangan Bergambar Dalam rajah 4 menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan denagn lengkap,saiz , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan . Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan
bukaan sudut yang betul dan bentuk bulatan dilihat berbentuk elip dan bentuk yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuk yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.
RAJAH 5
RAJAH 6
pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik. Sebagai contoh bentuk v pada rajah 5 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuk pada pandangan hadapan dengan jelas dan terang. Begitu juga ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandagan atas. Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu yang terang, jelas dan lengkap.Unjuran sudut
pertama : Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah
yang terdapat dibelakang objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA OBJEK SATAH untuk unjuran
RAJAH 7
sudut pertama. Susunan pandangan pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 8 . Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.
RAJAH 8
Contoh pada Rajah 9 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan. Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.
RAJAH 9
Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah
yang terdapat di hadapan objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA SATAH OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.
RAJAH 10
Susunan pandangan pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11. Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.
RAJAH 11
Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah. Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja. Simbol lukisan unjuran Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.
Dimesi menegak dan mendatar adalah sama dengan garisan isometri. Pembinaan tersebut adalah mengikut arah seperti gambar rajah di bawah.
Langkah 1
-> Lukis kotak saiz W (66mm), D (60mm) dan H (52mm) pada sudut 30 darjah.
Langkah 3 -> Membentuk garisan yang seterusnya bagi menonjolkan objek yang seterusnya.
Langkah 4 -> Wujudkan lakaran garisan objek sebenar dan objek yang terhasil.