Anda di halaman 1dari 3

2.

6 AYAT MAJMUK Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. 1.(a) Dia sangat kaya. (b) Dia tidak sombong. Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan terhasillah ayat majmuk yang berikut: (c) Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.

Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat sahaja, iaitu kaya. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu maklumat lain, iaitu tidak sombong, ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:

AYAT MAJMUK GABUNGAN

AYAT MAJMUK PANCANGAN


Rajah 2.6

AYAT MAJMUK CAMPURAN

2.6.1 ANALISIS AYAT MAJMUK DALAM CERPEN PERAWAN TUJUH BERADIK Ayat 1 : Lenggai melompat ke dalam air dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu. Ayat asal: i) Lenggai melompat ke dalam air ii) Lenggai berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu Kedua-dua ayat (i) dan (ii) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan

Ayat 2 : Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap Ayat asal : i) Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan ii) Dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap Kedua-dua ayat (i) dan (ii) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung sehingga

Ayat 3 : Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu. Ayat asal : i) Burung itu melayang turun ii) Burung itu dengan secepat kilat menyambar seekor lembu Kedua-dua ayat (i) dan (ii) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan

Ayat 4 : Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik Ayat asal : i) Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai ii) Mereka melayani Lenggai dengan baik

Kedua-dua ayat (i) dan (ii) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan serta menggantikan Lenggai pada ayat asal (ii) dengan nya

Ayat 5 : Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini Ayat asal : i) Saya memerlukan makanan untuk malam ini ii) Saya memerlukan tempat tidur untuk malam ini Kedua-dua ayat (i) dan (ii) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan