Anda di halaman 1dari 18

INT. SEKOLAH Pada pagi yang hening di sekolah, beberapa orang pelajar sudah pun sampai di sekolah.

Ada diantara mereka yang bermain bola sepak di dataran sekolah pada waktu pagi dan ada juga yang menunaikan solat fardhu subuh di surau sekolah. Kelihatan Danial duduk berseorangan di pondok yang berhadapan dengan pintu masuk sekolah. Sering kali dia melihat jam tangannya itu. Tiba tiba sam, kawan sekolahnya menegur. SAM Wey kau buat apa sorang sorang doh ? Dah ah tengok jam banyak kali pulak tu. Haha kau gila eh ? Hahaha DANIAL suka hati aku ah, yang kau sibuk asal? Aku tengah tunggu sarah, dia kata dia nak belanja aku breakfast pagi ni. Huh SAM ala kau, dia tu tak kemana ah, nanti dia sampai ah tu. Yang kau dok risau sangat tu asal ? Chill ah. DANIAL Boleh je nak chill, masalahnya aku lapar ni, haha. Kalau aku tak lapar takpe, dari semalam kot aku tak makan, haha semata mata nak makan dengan dia. SAM Gilaaaaaaaaa. Hahaha bengongnya kau danial, watlek sudah. Yang kau bengong sangat sampai tak makan tu siapa suruh ? Hahaha DANIAL Kau pun tahu kan yang aku sayang sangat dekat sarah, aku sanggup tunggu dia. Dah lama kot ktorang kenal, kau pun tahu kan? Hmm SAM Ye ye aku tahu, korang kan yang paling sweeeeeet dekat sekolah ni, hahaha. Kelihatan kereta bewarna merah memasuki kawasan sekolah, Danial kelihatan gembira, senyumannya sungguh menawan. Selepas berberapa minit kereta itu berhenti, sarah pun keluar dari kereta, dengan susuk tubuhnya yang tinggi pasti yang pelajar yang akan tertarik dengannya. Lalu sarah menuju kearah danial dan memberikan senyuman yang menawan. Danial sungguh tersentap.

SARAH hey, kenapa you tengok i macam tu ? DANIAL Hahaha you cantik sangat kot, haha. sebenarnya hari hari you cantik. hahahaha. SARAH Cehh, you ni ada je. Mentang mentang lah i cakap i nak belanja you semalam, terus puji i hari ni DANIAL Yelah yelah, you je betul. Dah lah, jom lah pergi makan, class start pukul 730, nanti tak sempat pulak nak breakfast. SARAH Jom jom, eh sam ! SAM Haa ? Haa ? Apa ? SARAH Jom makan sekali, kau kan kawan ktorang. Kawan paling baik yang ktorang pernah ada. Hahaha SAM Oh okay okay. jom lah pergi makan. Selepas makan, mereka masuk ke kelas. Pada kelas yang pertama, danial meminta tolong sam untuk membuat sambutan hari jadi untuk sarah pada keesokannya harinya. DANIAL Sam kau boleh tolong aku tak ? Aku ingat nak buat surprise dekat sarah oh. Esok birhtday dia. Aku ingat nak buat taktahu je, lepas tu baru kita surprise kan dia. Okay tak ? SAM Haa, okay je. So kau nak aku tolong apa? Plan kau macam best je. Mesti sarah ingat yang kau lupa birthday dia. Lepas tu mesti dia merajuk dengan kau. Hahaha DANIAL Hahahaha aku nak buat macam tu lah, okay aku plan kita buat lepas masa sekolah tau, aku nak kau pergi dekat lab it dekat tingkat 2 tu, lepas dia keluar, kau tarik dia then tutup mata dia. Boleh tak ?

SAM Erk, asal macam tu sekali ? Haha biasa biasa sudah lah. Macam nak menculik anak orang pun ada jugak. Hahahaha. DANIAL Ala buat jelah, aku nak bagi nampak real sikit. Baru dia akan ingat sampai bila bila. Kau pun tahu kan yang aku sayang dekat dia gila gila. SAM Alright boss. Haha esok aku buat. Jap jap, lepas tu nak bawak dia dekat mana ? DANIAL Tempat tu esok aku bagitahu okay ? SAM Okay. Perbualan mereka berdua terhenti disitu sebab cikgu menegur mereka berdua kerna perbualan mereka menggangu pelajar lain untuk belajar. INT. SEKOLAH Pada keesokkan harinya, danial sungguh bersemangat, dia membawa satu beg yang agak besar pada pagi itu, sarah yang kebetulan sampai menegur dia. SARAH b, b, kenapa cepat sangat jalan ? Jap jap, kenapa you bawak beg besar ? Ada apa apa ke ? DANIAL Takde apa apa lah, i kena jadi wakil sekolah main bola sepak. Dalam beg ni ada baju and kasut je. SARAH Oh hmm okay. nampak perasaan hampa di hati sarah, dalam hatinya dia merasakan yang DANIAL sudah tidak ingat kepadanya lagi. Biasalah, bukan setahun dua dia bersama, tetapi dah nak dekat 5 tahun bersama, dari tingkatan 1 sampailah sekarang. Sarah rasa yang mungkin danial sudah tidak pedulikan dia. Lalu dia terus bergegas meninggalkan danial tanpa sepatah kata. Danial pula bila melihat reaksi Sarah, hatinya tertawa. Tidak sampai beberapa saat kemudian, Sam menepuk bahunya lalu terhenti gelak tawanya. SAM Wey danial, kau kenapa seronok sangat ni ? Jap jap, kau dah kenapa

bawak beg besar besar ni ? Hahaha dah macam orang nak bercamping bagai dah. DANIAL meh sini ikut aku jap. Aku nak tunjuk kau apa yang ada dalam beg ni. Danial dan Sam berjalan menuju ke pondok berdekatan dan danial membuka beg yang dibawanya. Apabila sam melihat apa yang ada di dalam beg itu, sam pun terkejut. terdapat banyak hiasan hiasan untuk hari jadi, termasuk belon yang belum ditiup dan lain lain. SAM like seriously banyak gila barang yang kau beli untuk kau buat surprise untuk sarah. DANIAL haha mestilaaaaa. Kau macam taktahu pulak kan yang aku sayang sangat sangat sangat sangaaaaaaat dekat sarah. Hahaha nampak tak permainan dia ? SAM ye ye aku tahu kau sayangkan sarah sangat sangat tapi agak agak lah. Macam mana kalau satu hari nanti kau hilang sarah ? Hahaha DANIAL Weyy kau jangan, sarah takkan pergi mana mana, dia akan selalu dengan aku. Hahaha kalau dia hilang pun dia mesti bagitahu aku dulu. Hahaha Ketawa besar mereka berdua, tetapi ketawa mereka tidak lama kerana loceng sudah berbunyi, itu menandakan sudah pukul 730 pagi dan kelas pertama pada hari ini ialah kelas Cikgu Aiman, lalu mereka berdua bergegas, mereka tahu kalau mereka lambat masuk ke dalam kelas Cikgu Aiman pasti akan dimarah. INT. KELAS 5 CEMPAKA danial dan sam sempat masuk ke kelas sebelum cikgu aiman masuk ke kelas, mereka tahu kalau cikgu aiman yang masuk dahulu sebelum mereka pasti mereka berdua kena marah kerana cikgu aiman memang tidak suka pelajar yang masuk kelas lambat, kerana cikgu aiman dahulu ialah seorang askar. DANIAL Hahaha gila lah sam, nasib baik sempat. Hahahaha kalau tak habis kita doh. Hahaha SAM hahaha nampak tak aku lari ? Lagi

laju mehh. Haha kau slow. DANIAL Kesah ? Hahaha yang aku tahu petang ni plan kita jadi tau weyy. Aku tunggu dekat kelas 3 cemerlang. Sebab aku nak siapkan kelas tu bagi sarah terkejut. Okay tak sam ? SAM boleh boleh, takde masalah. DANIAL Okay ah kalau macam tu, deal tau wey. Aku tunggu dekat 3 cemerlang petang ni pukul 3 sharp. SAM okay boss. pada petang itu, sam terus berlari menuju ke lab IT, kerana dia tahu sarah berada di situ, dia menunggu sarah dari luar. Selepas beberapa beberapa pelajar yang berada di dalam lab IT itu keluar dan sarah masih kelihatan di dalam. Selepas hampir 10 minit, sarah bangun dan kemas barang barangnya, sam tahu inilah masa yang dinanti nantikan. Apabila sarah keluar dan sudah siap pakai kasut, sam mengikat mata sarah dan mengambil kayu dan meletakkan di pinggang sarah. Sarah menjadi takut. Sarah sudah tidak tahu hendak berbuat apa apa. Sarah hanya berserah kepada takdir. SAM kalau kau nak selamat baik kau diam, sekali kau menjerit aku cucuk kau. SARAH errr okay okay. tanpa membuang masa, sam membawa sarah ke kelas 3 cemerlang. sampai di dalam kelas tersebut kelihatan danial dan beberapa orang rakannya dan beberapa orang kawan baik sarah. mereka senyum sampai ke telinga kerana kalau mereka terbuat bising habislah semua yang dirancang. Sarah sudah menangis teresak esak, air matanya mula menitis melalui pipinya. danial menjadi serba salah, lalu dia melutut depan sarah dan dia menyuruh sam membuka ikatan yang membutakan mata sarah takdi. apabila sam membuka... DANIAL selamat hari lahir sarah, sorry sebab buat awak macam ni, saya sangat sayangkan awak. Saya harap yang awak takkan lupakan saya. Sorry juga sebab pagi takdi saya buat awak sakit hati, bukan niat saya cuma saya nak bagi awak sakit hati je. Tapi takde niat pun saya nak buat macam tu. Saya just nak uji awak je. Sorry okay ?

SARAH Hmmmmm, sa sa saya juga sa sayangkan awak danial. Saya tak ambil hati pun pasal pagi takdi tu. hmm (sambil menangis) SAM sarah sorry kalau awak tersakit ke apa ke. Saya buat yang terbaik dah takdi. Sorry sangat. By the way, selamat hari lahir sarah ! Semoga berbahagia dengan danial selalu! Masa danial membawa kek yang dibelinya untuk sarah potong, lalu pintu kelas di ketuk dengan kuat. Mereka semua sudah menggelabah, sam mula menjadi tidak tentu arah. Sam menyuruh sarah dan danial lari ikut pintu belakang kelas. Biar dia yang jaga pintu depan kelas. Apabila sarah dan danial mahu keluar, pintu hadapan yang dijaga oleh sam di tendang dengan sekuat hati, kepala sam terhantuk dengan pintu tersebut dan dia pengsan di dalam. Sarah dan danial terus meninggalkan kelas tersebut, begitahu juga dengan rakan rakannya yang lain. Pengetua yang perasan sam pengsan terus memanggil pengawas lain untuk mengangkat sam. INT. HOSPITAL Keadaan sam tidak stabil buat masa sekarang, sam perlu berada di hospital untuk beberapa hari atas nasihat doktor. Makciknya yang bernama zalina ialah kakak kepada ibu sam. SAM dekat mana aku sekarang ?! Asal banyak sangat wayar dekat sini ! ZALINA Sabar sam sabar, sam tak stabil lagi ni, rehat dulu, nanti makcik tanya doktor boleh buat keluar sam ke tak. Okay ? Sekarang sam tidur dulu. SAM HUH ! Nak balik rumah nak balik rumah ! ZALINA sabar sam, nanti dah okay makcik bagitahu. Tiba tiba dalam fikiran sam, teringat akan kedua ibubapanya yang meninggal dunia waktu dia berumur 9 tahun. menitis air mata sam, sam mula meracau kerana dia sangat tertekan. Lalu makciknya memanggil doktor untuk ubat penenang. INT. RUMAH sesampainya mereka berdua di rumah, makciknya meminta tolong sam untuk angkat barang mereka untuk dibawa masuk ke dalam

rumah tetapi sam tidak mengendahkan arahan makciknya lalu makciknya meninggikan suara, lalu sam memarahi makciknya. ZALINA sam... SAM apa ?! Aku nak rehat faham tak ?! ZALINA okay. takpelah, sam masuk lah dulu. pada malam itu, makciknya kejut sam untuk bangun makan malam bersama. makciknya itu menjerit sebab makciknya sudah tidak larat untuk naik ke atas kerana terlalu penat menjaga sam. ZALINA SAM ! cepat lah sam. Nasi dah sejuk dah ni. SAM Kejap makcik kejap ! ZALINA Cepat sikit sam, makcik masak lauk yang sedap ni. SAM okay okay. ZALINA Haaa, sam meh lah makan. Sam mesti makan banyak malam ni. SAM kenapa makcik? Ehh jap bau ni, okay masak lemak kan?! Hihi sedap lah makcik ! terima kasih sebab masakkan. ZALINA Sama sama sam, nanti kalau sam nak makan bagitahu lah, boleh makcik masakan lagi. SAM terima kasih banyak banyak makcik ! Sayang makcik ! Satu ciuman yang penuh kasih sayang daripada makciknya hinggap di pipi sam dan tanpa berfikir panjang sam terus sambung makan. INT. SEKOLAH Pada pagi yang tenang di sekolah, kereta makciknya sudah memasuki kawasan sekolah. Sam pun turun dari kereta makciknya selepas mencium tangan makciknya. Lalu dia duduk di pondok sebelum loceng berbunyi lalu mahu sam di tepuk dari belakang, rupa rupanya danial yang menepuk bahunya.

DANIAL wey sam ! Sorry sorry tau, sorry sangat pasal hari tu. Aku tak niat pun nak tinggalkan kau SAM Eh okaylah, takde apa apa pun. Aku dah okay kan ? DANIAL Serious ke wey ? Nanti kalau ada apa apa bagitahu lah, aku tolong kau sedaya upaya aku. SAM Okay wey. DANIAL wey loceng dah bunyi dah wey, jom ah masuk kelas, nanti cikgu marah kang. Hahaha SAM jom. DANIAL Eh sam kau okay tak ni ? SAM Okay je, jangan risau. Jangan sampai aku tumbuk muka kau. Hahaha DANIAL okay bro. hahaha Pada tengah hari, sam keluar kelas agak lambat kerana dia berjumpa dengan guru kelasnya. Selepas berjumpa dengan guru kelasnya, dia terus pergi makan di cafe berseorangan. Lalu dia ternampak seorang perempuan yang iras iras neelofa lalu dia terus mengejar perempuan itu dan menepuk bahu perempuan tersebut lalu perempuan itu pusing ke belakang dan terus memeluk sam. SARAH Sam sorry sangat pasal hari tu, saya minta maaf tau tau. Sorry sangat, eh dah makan belum ? SAM eh dah dah, takpelah benda kecik je(sambil menggaru kepala) SARAH ada apa apa yang boleh saya tolong ke ? SAM aaa, nak minta tolong sikit boleh tak ? nak nombor boleh tak ?

SARAH Ha ? nak buat apa ? Haha takdelah gurau je (sambil menulis nombornya di atas kertas) SAM thanks sarah. sesampainya sam di rumah, sam masih lagi dapat merasakan pelukan sarah sebentar takdi. sam sudah menjadi tidak tentu arah, dia tidak tahu hendak buat apa, lalu dia mengeluarkan kertas dari seluarnya dan melihat nombor telefon sarah. lalu dia mendapat satu idea, dia mengambil telefon bimbit makciknya lalu menelefon sarah, sarah pun melayan sam kerana sarah telah terhutang budi. Sarah melayan sam dari petang sampai ke malam sampailah dua dua tertidur. Pada keesokannya makciknya mencari dimanakah telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja makan, lalu makciknya lihat jam, baru dia sedar yang dia terlupa untuk kejutkan sam untuk bangun solat subuh, dia terus naik ke bilik sam dan mengejut sam, selepas dia kejut sam, dia ternampak telefon bimbitnya di atas meja belajar sam, dia seperti tidak keruan, dia terlupa sama ada dia tersalah letak ataupun sam mengambil telefonnya. Sam pun sampai ke sekolah, dia menunggu sarah dalam keadaan yang tersangat rindu. Loceng sudah pun berbunyi, lalu sam pun naik ke kelas, lalu dia ternampak sarah di dalam kelas, sam pun melulu masuk ke dalam kelas tersebut dan duduk di sebelah sarah dan sam peluk sarah. CIKGU ALIAS sam ! Apa yang kamu buat ni ?! SAM Mana ada apa apa, saya peluk dia je, kenapa cikgu ?! CIKGU ALIAS Jangan sampai saya penampar awak ! Lepaskan sarah sekarang ! SARAH Sam, lepaskan lah saya. Tolonglaaaaaah SAM Saya sayangkan awak lah sarah. SARAH Sam ! Tolonglah lepaskan saya ! CIKGU ALIAS Saaaaaaaaaaam, awak dah melampau sangat ni sam. satu hayunan tangan laju hinggap ke pipi gebu sam sambil meninggalkan kesan kemerahan pada pipi sam. seperti sang garuda menyerang pantai, sam terdiam kaku sebentar sambil mengurut pipinya. terasa pedih apabila tapak tangan cikgu alias hinggap ke pipnya. muka sam terus berubah jadi

kemerahan menahan marah. pandangan sam seperti ingin menelan cikgu alias sehingga menyebabkan cikgu alias berundur sedikit kebalakang. SAM Kau memang nak kena dengan aku ! CIKGU ALIAS Apa yang kamu nak buat dengan saya ?! PAANNGG!!PAAANNNGG!! dua hayunan tangan sam tepat mengenai kulit muka cikgu alias. keadaan didalam kelas yang sebentar tadi hingar-bingar berubah diam sunyi sepi seperti ternampak malaikat lalu dihadapan kelas. pada masa yang sama, kebetulan pengetua lalu dihadapan kelas ternampak perbuatan biadap sam lalu terus masuk ke dalam makmal tersebut dan menarik sam keluar dari makmal tersebut. sam tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menurut sahaja ke mana pengetua membawa dia pergi ibarat lembu dicucuk hidungnya. pengetua membawa sam pergi ke pejabatnya. PENGETUA Kamu duduk disini! Apa yang kamu buat dekat cikgu alias tadi ?! SAM Mana ada saya buat apa-apa tadi cikgu. Jangan lak nak tuduh yang bukan-bukan. PENGETUA Kamu jangan nak menipu saya sam. Dulu, kamu tak pernah berperangai seperti ini. Dulu, kamu seorang pelajar yang baik. Kenapa kamu berubah jadi biadap macam ini. Yang kamu sepak tadi cikgu kamu tahu tak ?!! Sekarang saya nak telefon makcik kamu dan suruh dia bawa kamu pulang. Kamu di gantung sekolah selama 2 minggu atas kesalahan memukul guru. Faham tak !!? pengetua terus menelefon makcik sam dan melaporkan apa yang telah berlaku dan memberitahu sam digantung sekolah selama seminggu. tiba-tiba... SAM Puihh !! Puihh !! PENGETUA Berani kamu ludah ya ! Saya akan laporkan kes kamu kepada makcik kamu sekarang juga ! SAM bagilah tahu, tak kesah. PENGETUA

kamu memang uji kesabaran saya sam! pengetua tanpa berlengah masa terus menelefon makciknya, Zalina. Pengetua terus menerangkan apa yang berlaku di sekolah takdi, 30 minit kemudian makciknya sampai lalu berjumpa dengan pengetua dan pada masa itu sam tidak tahan lalu berlari keluar dan melulu ke kelas sarah, dia nampak sarah tetapi pintu telah dikunci dengan rapinya, lalu sam menjadi pening dan perangainya mula berubah, lalu secara mendadak dia tendang pintu dengan sekuat hari dan menarik tangan sarah sekuat hati lalu membawa sarah keluar dari kelas lalu danial yang lalu di situ ternampak perbuatan sam lalu danial terus menarik tangan sarah daripada gengaman

DANIAL wey apa kau buat ni ? Rileks ah sam. SAM Kau jangan masuk campur danial ! Sarah aku punya. DANIAL EHH, wey kau dah kenapa? Kau pun tahu kan yang sarah sayangkan aku SARAH Lepaskan lah saya sam ! Sakitlah ! DANIAL SAM ! LEPASKAN DIA ! SAM Taknak ! takkan ! DANIAL Kau memang dah melampau ni sam . SAM Apa kau nak buat ? DANIAL Jangan sampai aku pukul kau danial. Tanpa berlengah, sam melepaskan satu tumbukan yang padu tepat pada muka danial, lalu danial tidak berdaya nak buat apa apa, sam terus menerus memukul danial, lalu sarah menarik sam dan sarah ditolak. Danial terus bangun dan menarik tangan sarah membawa sarah pergi dari situ. Sudah 3 hari sam tidak pulang ke rumah, makciknya, Zalina risau dengan perubahan ketara yang ditunjukkan oleh sam. Sam tinggal di sebuah rumah usang berdekatan dengan sekolah. Pada keesokan paginya, sam bernekad untuk menculik sarah tidak kira apa pun yang jadi, dia pergi ke sekolah dan ternampak sarah yang sedang bermakan di cafe, sam mengacukan pisau di pinggang sarah menyuruh supaya sarah tidak bersuara, sarah pun terpaksa mengikut apa yang diberitahu.

SAM jangan cakap apa apa sarah ! Kalau tak aku bunuh kau. SARAH Huhuhu, okay okay. Hmmmm SAM jangan bersuara ! Kalau tak aku tikam kaaau ! SARAH ..... SAM aku nak kawin dengan kau. Aku sayang kau. Danial tak sayang kau ! SARAH Sam tolonglah sam, jangan buat sarah macam ni SAM Jangan cakap ! Kalau taaaaaak SARAH hmm..... SAM Danial tak sayang kau, aku sorang je yang sayang kau. apabila sampai di rumah tersebut sam mengikat sarah di atas kerusi supaya sarah tidak bergerak kemana mana. Akibat kepenatan, sam tertidur. Sarah yang ingin melepaskan diri cuba untuk mencari apa apa untuk melepaskan diri daripada rumah itu, sarah mencari pisau yang digunakan oleh sam takdi, tetapi tidak jumpa. Lalu sarah ternampak telefon bimbit yang terletak di atas meja. Akhirnya sarah dapat telefon bimbit tersebut lalu dia mendail nombor telefon danial. SARAH daniaaaal ! Tolong i danial ! Sam buat kerja gila DANIAL Ha ? Siapa ni ? Siapa ni ? SARAH ni sarah ! Danial tolong lah i. Sam bawak i pergi dekat rumah kosong sebelah sekolah tu. Tolong i cepat before sam bangun. DANIAL okay okay ! I datang sekarang jugak! Jaga diri elok elok.

SARAH Cepat sikit ! I takut ni ! DANIAL Okay jaga diri ! BYE ! tidak lama kemudian danial pun sampai di rumah yang usang itu, tanpa membuang masa danial terus menendang pintu tersebut dan terus berlari lalu memukul tepat kepada kepala sam, lalu sam terjatuh dan dia seperti orang yang tidak bersalah. Dia bangun sambil memegang kepala dan dia memandang danial dengan pandangan yang tajam dan dia nampak pisau yang terletak di atas meja, dia mengambil pisau tersebut dan melulu ke arah danial DANIAL wey sam kau nak buat apa ?! Aku ni kawan kaaaau ! SAM Kau bukan kawan aku ! Kalau kau nak sarah langkah mayat aku ! SARAH SAAAAAAAAAAAM ! SAM Aku bunuh kau ! kau nak sarah kan?! SARAH Daniaaaaaaaaaaaaaal elak ! DANIAL Ha ? Apa apa ? danial tidak sedar yang sam sudah berada di hadapan dia lalu dia tidak sempat mengelak, lalu pisau tersebut terhunus ke dada danial. Lalu sam gelak dan menolak danial ke tepi, sarah menjerit sekuat hati. Darah mencurah curah keluar dari dada danial, sarah yang tengah kelam kabut menjadi semakin takut dan terus menjerit. SARAH Daniaaaaaaaaaaal ! SAM KAU JAHAT ! KAU PEMBUNUH SAM ! PEMBUNUH ! PEMBUNUH ! AKU AKAN PASTIKAN YANG KAU MASUK LOKAP ! INGAT TU SAM ! SAM DIAM SARAH DIAM ! AKU TAHU APA YANG AKU BUAT ! AKU SAYANG KAU ! TAPI DIA YANG BANGANG NAK LAWAN AKU ! DANIAL Saaam saaam, aku takkan maafkan kau. Ingat tu sam. SARAH Daniaaaaaaaaaal !

SAM DIAM SARAH ! KALAU TAK AKU BUNUH KAU PULAK ! SARAH BUNUH LAH AKU ! BUNUH LAH ! AKU TAK SANGGUP HIDUP DENGAN KAU ! SAM ARGH DIAM ! sam semakin tertekan, danial sudah mati kerana kehilangan banyak darah. Sam mengambil keputusan untuk membawa sarah masuk ke dalam hutan, sampai dalam hutan dia ternampak sebuah pondok yang usang, lalu dia ikat sarah dan biarkan di dalam rumah tersebut. Layanan yang sangat istimewa diberikan kepada sarah tetapi sarah tidak suka sam sebab dia telah membunuh kekasihnya danial. sam meninggalkan sarah pada malam itu, dia pulang ke rumahnya untuk mengambil barangan keperluan untuk dia dan sarah. Sesampainya dia di rumah makciknya, dia pun masuk dengan baju yang penuh dengan darah. ZALINA sam ! Kenapa dengan baju kamu sam ! Kenapa banyak darah ? Apa yang kamu dah buat sam ?! SAM takde apa apa lah ! ZALINA baik cakap dengan makcik sam ! Darah siapa tu sam ?! SAM takde apa apa lah orang tua ! Jangan masuk campur urusan aku ! ZALINA jangan sampai makcik buat report polis ! SAM berani ke ?! Kalau berani sangat buatlah ! ZALINA cakaplah sam, mana kamu pergi ? makcik risau, dah lah 3 hari kamu tak balik. SAM ni darah lembu lah ! Orang tersesat dekat dalam hutan so takde makanan orang bunuh lah lembu ! Faham tak ?! PUAS DAH ?! sam pun terus masuk ke dalam rumah dan mengambil barangan keperluan dan beberapa barangan emas milik makciknya untuk

digadaikan INT. RUMAH SARAH pada malam yang sunyi, mak sarah risau sangat sebab anak perempuan dia tidak pulang ke rumah. mak sarah bernekad untuk menelefon mak sam kerana keluarga mereka sangat rapat, lalu mak sarah menelefon, tetapi yang angkat telefon itu ialah sam. Sam yang pegang telefon bimbit makciknya SAM Hello ? MAK SARAH ha hello. Ni siapa eh ? SAM ni saya sam, kenapa ya ? Ni siapa pulak ? MAK SARAH Ni mak sarah, nak tanya sam awak ada nampak sarah tak ? Dia tak balik rumah lah malam ni. SAM oh tak, sorry makcik lupa nak bagitahu yang ktorang ada program dekat sekolah yang kena disiapkan lah. So ktorang maybe tidur sekolah kot. MAK SARAH oh makcik risau, ingatkan terjadi apa apa dekat dia. SAM takde apa apa lah makcik, dia okay je. Ni ha ada je sebelah saya. MAK SARAH oh kalau macam tu takpelah. Sam jaga dia elok elok okay ? Jaga diri sam ! Assalamualaikum. SAM okay makcik inshaAllah, waalaikumsalam. INT. SEKOLAH guru kelas danial curiga kerana sudah 3 hari berturut turut dia tidak datang ke sekolah, dia sangat risau tentang anak muridnya itu. Lalu dia memberitahu pengetua untuk menelefon keluarga danial. PENGETUA Assalamualaikum puan. MAK DANIAL

Waalaikumsalam, ni siapa ya ? PENGETUA ni saya pengetua sekolah danial. Boleh saya tahu danial ada di rumah tak ? MAK DANIAL eh dia takde dekat rumah, kata sam dorang ada kerja di sekolah. PENGETUA ehh, mana ada. Dekat sekolah minggu ni takde program apa apa pun, saya dah 3 hari tak nampak danial dekat sekolah. Saya risau takut dia sakit ke apa ke. MAK DANIAL oh! Pengetua serious ke danial takde dekat sekolah?! Ya Allah ! PENGETUA Takde, guru kelasnya cakap yang dia dan sam tidak masuk ke kelas dah 3 hari dah. MAK DANIAL ya Allah cikgu ! Cikgu tolong cari anak saya dulu okay ?! Saya nak cari anak saya. Assalamualaikum! PENGETUA Waalaikumsalam. mak danial semakin risau tentang anaknya, dia terus membuat laporan polis kerana sudah melebihi 24 jam. MAK DANIAL assalamualaikum, encik ! saya nak buat laporan yang anak saya dah hilang lebih satu hari. INSP. JOHAN waalaikumsalam, oh macam mana dia boleh hilang ya puan ? MAK DANIAL saya taktahu, 3 hari lepas dia pergi ke sekolah lepas tu dia terus tak pulang ke rumah. Kata rakan rakannya dia tidak pulang ke rumah atas sebab ada program di sekolah untuk di selesaikan INSP. JOHAN okay puan, boleh beri nombor telefon kawan danial tu ? nombor telefon telah diberikan oleh mak danial, selepas

beberapa minit pihak polis mengesan nombor yang diberikan oleh mak danial itu didaftarkan atas nama makcik sam iaitu ZALINA BINTi ABU BAKAR. Lalu pihak polis menggunakan alat pengesan untuk mengesan dimanakan sim kad itu terletak, lalu pihak polis buat serbuan berdekatan dengan sekolah, lalu pihak polis menemui mayat seorang pelajar. Polis mengambil mayat itu dan menghantar mayat itu ke hospital berdekatan untuk bedah siasat. INT. BALAI POLIS Polis masih bertukus lumus mencari maklumat tentang pembunuh yang telah membunuh danial. Polis sudah mendapat maklumat daripada Syarikat Komunikasi Malaysia tentang kedudukan pengguna telefon yang telah menjawab panggilan daripada mak sarah, lalu polis telah mengumpul kumpulan polis untuk serbu ke tempat itu. Sesampainya polis di tempat itu, Insp. Johan mula bersuara INSP. JOHAN PERHATIAN ! ANDA SEDANG DI KEPUNG ! TEMPAT ANDA SEKARANG SEDANG DIKEPUNG OLEH PIHAK POLIS, JANGAN BUAT APA APA YANG BODOH ! SAM Siaaaaaal ! SARAH BANGUN SARAH ! SARAH TAKNAK DAN TAKKAN ! AKU NAK BIAR KAU MATI KENA TEMBAK ! KAU JAHAT ! SAM BODOH ! JANGAN INGAT AKU AKAN KENA TANGKAP ! AKU SAM ! SAM ! AKU TAKKAN KENA TANGKAP ! INSP. JOHAN SAM ! Lebih baik kamu menyerah. SAM TAKKAN DAN TAKNAK ! INSP. JOHAN saya terpaksa serbu rumah awak ! SAM SARAH BANGUN ! sarah mengeraskan diri, dia tidak mahu ikut sam lagi. pihak polis mengepung bahagian pintu belakang, apabila sam cuba menarik sarah, sarah membatukan dirinya dan menyukarkan lagi sam. Dia mengambil keputusan untuk lari berseorangan. Lalu dia lari melalui pintu belakang, seperti yang dijangka, sam tertangkap oleh polis. Polis pun menyerbu rumah tersebut, kelihatan sarah yang sudah tidak bermaya di dalam itu, tiada apa yang sarah boleh buat melainkan menangis kerana dia tahu yang dia sudah selamat. Sam pula di tangkap oleh pihak polis akibat membunuh rakan baiknya, danial. Sam tidak dijatuhkan hukuman kerana bila pihak polis semak rekod kesihatan,

ternyata yang sam mempunyai penyakit yang dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder (DID), kekeliruan identiti. Sam dihantar ke Pusat Pemulihan, Bentong Pahang.