Anda di halaman 1dari 3

MODEL KOMPETENSI EMOSI

Soalan Tugasan : Huraikan Model Kompetensi Emosi (Model Bercampur Kecerdasan Emosi) yang dibina oleh Goleman (2002) Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang untuk mengenali perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta dapat menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Dalam Model Kompetensi Emosi yang dibina oleh Goleman, beliau telah membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama. Kelima-lima komponen tersebut adalah nerkenaan dengan mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Dalam lima komponen itu, terdapat tiga komponen yang berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen yang berbentuk kompetensi sosial. Komponen yang pertama adalah mengenali emosi diri sendiri. Tindakan ini bertujuan agar seseorang dapat merasai keadaan emosinya, mempunyai penilaian yang realistik dan mempunyai keyakinan diri, seterusnya dapat membuat keputusan yang rasional. Terdapat tiga subkompetensi yang dikenalpasti, iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan diri. Komponen yang kedua ialah kebolehan mengatur emosi dan keupayaan menangani kehidupan serta psikologi diri sendiri dengan terkawal. Dalam komponen kedua, terdapat lima subkompetensi, iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehan menyesuaikan diri dan inovasi. Menurut Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi sendiri dan dapat menggiatkan kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, peraturan emosi diri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan daripada melakukan tingkah laku yang tersasar. Individu yang cerdas emosinya berkeupayaan mengendalikan emosi ke arah yang positif apabila berhadapan dengan sesuatu rintangan. Komponen yang ketiga ialah keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan dengan komponen ini, iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Seseorang yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan berusaha ke arah

pencapaian

matlamat

hidup.

Kebolehan

ini

membantu

seseorang

itu

untuk

meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya membangkit dari kegagalan. Komponen yang seterusnya ialah empati. Empati ialah keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain merasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Keupayaan ini dapat mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam masyarakat. Komponen yang kelima ialah kemahiran sosial, iaitu kemahiran melibatkan pengendalian emosi untuk mewujudkan hubungan sosial yang baik. Kecerdasan emosi yang wujud dalam diri seseorang berupaya mengurus dan memahami situasi emosi orang lain dengan tepat. Dengan adanya kemahiran sosial, seseorang dapat mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam sesuatu konflik. Tambahan pula, kemahiran sosial juga adalah untuk mengurus perhubungan antara manusia. Terdapat lapan subkompetensi dalam komponen ini, iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan. Kebolehan ini dapat membantu manusia berinteraksi antara satu sama lain dengan baik. Begitulah huraian saya terhadap Model Kompetensi Emosi yang dibina oleh Goleman. Sekian, terima kasih.