Anda di halaman 1dari 1

Bagi Bahagian A, skop kandungan yang diuji adalah luas.

Namun jangan abaikan sama sekali topik peringkat-peringakat perkembangan dan teori berkaitan. Termasuk perkembangan kendiri. Paling banyak soalan biasanya pada topik kanak-kanak berkeperluan khas. Carilah jawapan terbaik di antara ABCD. Bagi Bahagian B, sila jawab dengan menisi tempat kosong. Wajaran markah ditunjukkan di setiap soalan. Bisanya soalan menyatakan kuantiti jawapan yang dikehendaki. Misalnya nyatakan 5 jenis kanak-kanak berkeperluan khas. Maka berikan 5 jawapan. Jika anda menulis jawapan ekstra, itu digalakkan. Mungkin dapat membantu jika jawapan yang lain tidak tepat. Bagi soalan yang memberi markah 4, sedangkan memerlukan 2 jawapan sahaja, berikan sedikit huraian atau contoh. Bagi Bahagian C, pilih 2 soalan daripada 3 soalan. Bagi setiap pecahan soalan, diberi 10 markah. Berikan sekurang-kurangnya 5 isi dan 5 huraian. Contoh-contoh sangat digalakkan. Anda juga boleh menerangkan jawapan dengan menyertakan alat berfikir seperti pengurusan grafik. Jadual, graf, carta aliran, gambarajah dan sebagainya dapat membantu memantapkan hujah. Selain itu ia menunjukkan anda berfikir secara analitikal, dan bukan merapu...

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Friday, May 20, 2011

PEPERIKSAAN KURSUS PERKEMBANGAN KANAKKANAK (EDU 3102)


Peperiksaan Mei 2011. Format kertas adalah seperti berikut: Bahagian A: 20 soalan aneka pilihan (ABCD) (20 markah) Bahagian B : 4 soalan struktur. Dibahagikan kepada 1a, 1b, 2a, 2b, 3a, 3b, 4a dan 4b. (40 markah) Bahagian C : 3 soalan esei. Pilih 2 soalan. Dibahagi kepada 1a, 1b, 2a, 2b, 3a & 3b. (40 markah)