Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

NAMA

ADRIAN MARTIN

SYED MOALLANA BIN WAN AHMAD

KAD PENGENALAN

920408-12-6793 PISMP AMBILAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 - T2MT1

KUMPULAN JANUARI 2012 - T2MT1 NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

ENCIK AZIZ BIN ISHAK 19 APRIL 2013

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan pelajar : Nama penulis Tarikh : Adrian Martin : 19 April 2013

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan pelajar : Nama penulis Tarikh : Syed Moallana Bin Wan Ahmad : 19 April 2013

Dalam kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, kami telah melaksanakan satu tugasan iaitu penulisan esei berkaitan dengan tajuk pembentangan tutorial semasa dalam kelas. Dalam penulisan esei ini, kami membincangkan tentang dua orang guru yang mengajar di dalam dua kelas berlainan. Melalui pemerhatian yang dilaksanakan, kami akan mengenalpasti corak pengurusan disiplin yang digunakan oleh guru-guru tersebut. Seterusnya, kami akan menganalisis bentuk-bentuk intervensi yang diamalkan oleh guru-guru tersebut dalam menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah mereka. Selain itu, kami juga akan membuat banding beza terhadap corak-corak pengurusan dan bentuk-bentuk intervensi yang digunakan oleh guru-guru tersebut. Akhir sekali kami akan memberi pandangan sendiri terhadap hasil kajian yang telah dijalankan. Semasa melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih dua orang guru yang berlainan. Guru yang pertama kami perhatikan ialah guru yang mengajar subjek Matematik. Guru tersebut bernama Puan Maligah Anak Perempuan Durai Raj. Semasa guru tersebut melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, corak pengurusan disiplin yang digunakannya lebih berpandukan kepada Model Asertif Canter. Dalam model ini, Canter menyatakan bahawa seseorang guru haruslah bertindak secara asertif dalam menangani masalah-masalah tingkah laku yang ditimbulkan oleh muridmurid. Melalui pemerhatian yang dilaksanakan, Puan Maligah telah bertindak secara asertif dalam mengurus masalah-masalah tingkah laku murid yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Sebagai contoh, cikgu Maligah telah menunjukkan muka yang serius apabila memberikan tugasan atau latihan kepada murid-murid. Melalui reaksi muka yang ditunjukkan oleh cikgu Maligah, murid-murid akan menyiapkan tugasan yang diberi tanpa membuat penangguhan. Dalam model asertif, Canter juga menyatakan bahawa guru perlu menjelaskan kepada murid-murid tentang tingkah laku yang membawa kepada kejayaan dan kegagalan. Perkara ini dapat dilihat apabila cikgu Maligah memberi nasihat dan penjelasan kepada murid berkenaan dengan kejayaan yang akan dicapai oleh mereka jika mengamalkan sikap rajin belajar. Selain itu, cikgu Maligah juga bersikap tegas tetapi tidak membawa imej yang garang semasa mengurus masalah disiplin murid.

Selain itu, melalui pemerhatian yang dilaksanakan, cikgu Maligah juga telah menggunakan corak pengurusan disiplin yang berpandukan Model Tingkah Laku Skinner. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, cikgu Maligah kerap memberi pujian kepada murid-murid yang lemah apabila mereka berjaya menyelesaikan soalan atau latihan yang diberi. Melalui pujian yang diberikan oleh cikgu tersebut, murid-murid akan lebih berminat dan bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, cikgu Maligah juga telah memberi ganjaran kepada murid-murid yang menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Disamping itu, murid-murid juga tidak dibenarkan untuk keluar rehat jika mereka membuat bising. Oleh itu, corak pengurusan disiplin yang digunakan oleh cikgu Maligah bersifat peneguhan terhadap tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, cikgu Maligah juga telah menggunakan beberapa intervensi untuk menangani masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai contoh, apabila murid-murid bising, cikgu Maligah akan menggunakan voice control untuk mengawal keadaan kelas tersebut. Arahan yang diberikan adalah jelas dan tegas tetapi tidak kasar. Contohnya semua murid-murid diminta senyap. Melalui arahan yang diberikan oleh cikgu tersebut, keadaan dalam bilik darjah menjadi lebih terkawal. Seterusnya, cikgu Maligah juga kerap menggunakan sistem merit-dimerit bagi murid yang suka mengacau kawan. Sistem ini membantu guru untuk mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, cikgu Maligah akan memberi dimerit kepada murid yang selalu membuat kekacauan dalam kelas. Murid yang mempunyai dimerit paling banyak akan dibawa berjumpa dengan guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, cikgu Maligah juga akan memberi nasihat yang berhemah kepada murid yang kerap pergi ke tandas. Murid yang kerap pergi ke tandas juga merupakan salah satu masalah tingkah laku yang sering kali berlaku dalam kalangan murid-murid. Bagi mengatasi masalah ini, cikgu Maligah telah menetapkan beberapa peraturan dalam kelas sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, cikgu Maligah menyatakan dengan jelas kepada murid-murid bahawa mereka hanya dibenarkan pergi ke tandas sekali sahaja kecuali dalam keadaan yang tepaksa.

Seterusnya, bagi murid yang selalu tidak membawa buku teks pula, cikgu Maligah telah memberi peluang kepada murid untuk menjelaskan sebab mereka tidak membawa buku teks. Melalui kaedah ini, guru akan dapat mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Selain itu, cikgu Maligah juga telah memberi teguran secara langsung kepada murid-murid. Contohnya, selepas ini, pastikan kamu membawa buku teks. Teguran langsung yang diberikan oleh cikgu akan mengingatkan murid-murid agar tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Akhir sekali, bagi murid yang selalu bermain semasa guru mengajar, cikgu Maligah telah memberi dendaan ataupun hukuman kepada murid-murid tersebut. sebagai contoh, cikgu Maligah pergi ke tempat duduk murid-murid tersebut dan mencubit bahu atau telinga mereka. Selepas itu, murid-murid tidak lagi berani untuk bermain semasa cikgu mengajar.

GURU KEDUA

Setelah membuat pemerhatian tehadap kedua-dua orang guru, kami telah membuat perbandingan dari segi corak pengurusan disiplin dan intervensi yang digunakan oleh guru-guru tersebut. Bagi guru yang pertama iaitu cikgu Maligah, corak pengurusan disiplin yang digunakannya ialah berpandukan model Asertif Canter iaitu guru mengamalkan sikap yang tegas tetapi tidak membawa imej yang garang sehingga menakutkan muri-murid. Bagi guru yang kedua pula iaitu, cikgu Alice, corak pengurusan disiplin yang digunakan juga berpandukan model Asertif Canter iaitu guru akan menetapkan peraturan yang dipersetujui oleh murid-murid dalam bilik darjah. Selain itu, guru yang pertama dan kedua juga telah menggunakan corak pengurusan disiplin yang berpandukan model peneguhan B.F Skinner. Sebagai contoh, peneguhan positif seperti pujian dan ganjaran akan diberikan kepada murid yang berkelakuan baik dalam bilik darjah. Seterusnya, dari aspek intervensi pula, kedua-dua orang guru telah

menggunakan intervensi-intervensi yang bersifat asertif dan juga modifikasi tingkah laku. Sebagai contoh, bagi guru yang pertama, teguran dan arahan yang diberikan untuk mengatasi masalah murid yang bising adalah jelas dan tidak kasar. Bagi guru yang kedua pula, murid-murid akan diminta memasukkan tangan ke dalam mulut bagi mengawal keadaan bilik darjah yang bising. Selain itu, kedua-dua guru tersebut telah menggunakan peneguhan positif dan juga negatif bagi mengatasi masalah disiplin murid dalam bilik darjah. Sebagi contoh, penggunaan sistem merit-dimerit dan dendaan bagi guru yang pertama dan juga membuat penahanan serta menarik balik hak istimewa yang diberikan kepada murid. Penahanan akan dilakukan kepada murid yang bermasalah. Oleh itu, kedua-dua orang guru yang telah diperhatikan mempunyai persamaan dari segi corak pengurusan disiplin dan juga intervensi yang digunakan.

PANDANGAN SENDIRI

BIBLIOGRAFI

SUMBER BUKU Mok Soon Sang (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tony Buzan (2007). Panduan kemahiran belajar Buzan. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd. Clifford H. & Vivienne W. (2004). Class Discipline & Management. Sydney: John Wiley & Sons Australia, Ltd. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Pencetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

SUMBER INTERNET http://nadzimbakri.blogspot.com/2013/01/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku.html http://www.slideshare.net/RabiatulZahidahMohdZaidi/model-pengurusan-kelompok-kounin-10219517 http://www.teachermatters.com/classroom-discipline/models-of-discipline/the-kounin-model.html http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif.html