Anda di halaman 1dari 4

2 ekor sotong saiz sederhana 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn

tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang) 2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe) garam lada sulah 1 sudu kecil baking powder Cara-carannya 1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah. 2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang. 3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba. - kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )

Bahan-bahan ( 4 orang makan )



6 ekor sotong besar-basuh&potong bulat 1 biji telur-pecahkan 1 s/kecil serbuk lada hitam/lada sulah-bagi yg gemar pedas 1 senduk tepung jagung 1/2 s/kecil garam halus Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Gaul semua sotong dgn telur yg dipecahkan.Masukkan serbuk lada hitam.lada sulah&garam secukup rasa. 2. Panaskan minyak didalam kuali dgn api yg perlahan.Salut kesemua sotong dgn tepung jagung. 3. Goreng kesemua sotong,angkat bila sotong kekuningan.

Tag

Kalau goreng sotong akak memang suker pakai resepi ni...adik ipar yang pernah kerja kat restoren bagi tau akak resepi ni...dah cuba pakai adunan cair tu...tapi tak berapa bestlah...memang jadi kesukaan anakanak...dulu pernah tepek resepi...tapi tengah tak ada kerja ni...tepeklah lagi sekali... Bahan-bahan 500gm sotong 1 cawan tepung gandung 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil serbuk kari daging sedikit serbuk lada hitam/lada sulah sedikit garam 1 biji telur di pukul minyak untuk menggoreng 1 biji limau kasturi-ambil jus Cara-caranya 1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar. 2. Bilas dan toskan. 3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam. 4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak. 5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked. 6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili. 7. Sedap di makan panas-panas. Ikan bakar
Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri....memang akak suka tukar-tukar resepi...kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan...oleh sebab ikan terubuk banyak tulang.....akak dan suami punya.......terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni... Bahan-bahan utama 1 ekor ikan terubuk di belah 2 4 ekor ikan cencaru Bahan-bahan lain 6 biji cili hidup*

5 sudu makan cili kisar 5 biji bawang kecil* 4 biji bawang putih* 1 biji bawang besar* 3 batang serai* 1 1/2 inci halia* 1 inci lengkuas* 1 inci kunyit hidup* 1 helai daun kunyit* 1 sudu makan gula melaka 1 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan garam secukupnya minyak dan daun pisang 2 biji limau kasturi-ambil jus. Cara-caranya 1. Kisar semua bahan bertanda *. 2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam. 4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan. 5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi. 6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

Salah satu dari makanan untuk minum petang yang digemari di Terengganu selain dari keropok lekur. Saya telah hampir give up untuk mencuba resepi sotong celup tepung kerana seringkali tepung dan sotong tidak sehaluan selain dari suspense sebab bila ianya tidak sehaluan sotong akan meletup dan membahayakan tukang masaknya (macam telah melaluinya aje) Baru-baru ini, saya mendapat resepi dan tip ini dari seorang peniaga di salah sebuah kedai makan diperhentian Pantai Kelulut di Kuala Terengganu. Terima kasih pada peniaga tersebut yang tidak lokek ilmu. Di dokumenkan disini untuk rujukan masa depan. Bagi yang ingin mencuba-silakan Bahan-bahannya 4-5 ekor sotong yang sederhana besar yang sesuai untuk buat ketupat sotong- dibersihkan , dipotong bulat dan ditoskan airnya

1 1/2 cawan tepung beras

2 sudu tepung jagung tidak dimaklumkan oleh pemberi resepi tapi pengalaman mengajar saya kalau tidak letak tepung jagung bila sejuk tak boleh nak kunyah- keras

1 biji telur. 1 cawan air sejuk (dari peti sejuk) sedikit air kapur makan sedikit garam dan serbuk kunyit minyak untuk mengoreng.

Kaedah

Masukkan tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam dalam bekas.

Pukul sedikit telur dan masukkan dalam bekas tadi.

Bubuh air sedikit-sedikit sambil dikacau bagi memastikan tepung tidak bergentil. Kepekatannya pekat sedikit dari adunan roti jala tapi cair sedikit dari adunan cucur.

Masukkan sotong dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.

Tip

Gunakan sotong yang baru. Sotong yang telah disimpan dalam peti sejuk mudah kecut, mengeluarkan air bila dimasak dan liat sedikit.

Pastikan minyak betul-betul panas sewaktu mula menggoreng bagi memastikan tepung tidak berpisah dengan sotong.

Letak sekeping asam keping sewaktu menggoreng bagi mengurangkan letupan sewaktu menggoreng, somehow it works walaupun pada mulanya saya macam tak percaya je.. Update 27/10/2010 Hari ini saya buat ikan celup tepung dengan menggunakan resepi yang sama tapi saya update dengan menambah sedikit air kapur makan dan menggunakan air sejuk (dari petisejuk) sewaktu mengaul dan inilah hasilnya: