Anda di halaman 1dari 1

Muhd Syamim Bin Ismail PISMP Bahasa Arab Jan 2013 IPG Kampus Kent Kota Kinabalu, Sabah

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Kent Tuaran. Kota Kinabalu Sabah. 25 Februari 2013

Tuan, Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Perhimpunan Asrama

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Saya Muhammad Syamim bin Ismail dengan ini mengakui tidak menghadiri perhimpunan asrama yang diadakan pada 7 Februari 2013 diatas sebab-sebab yang tertentu secara tidak sengaja. 2. Untuk pengetahuan tuan, pada 7 Februari 2013 saya telah pergi ke Kota Kinabalu atas urusan-urusan tertentu. Saya menjangkakan saya akan pulang ke asrama tepat pada waktunya iaitu sebelum pukul 8.00 malam. Namun, dengan beberapa kesulitan yang terpaksa saya hadapi sewaktu dalam perjalanan pulang, maka saya telah terlewat pulang ke asrama pada waktu yang ditetapkan dan tidak dapat menghadiri perhimpunan asrama. Oleh hal yang demikian, saya meminta maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan. 3. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar, . (Muhd. Syamim bin Ismail) Guru Pelatih PISMP Bahasa Arab