Anda di halaman 1dari 19

Nasi lemak + ayam goreng berempah

Bahan2 untuk membuat nasi lemak:

4 cawan beras

sedikit halia dan 2 helai daun pandan disimpul (tapi kat sini rai guna daun pandan kering yang dibawa dari malaysia)

1 cawan santan

4 cawan air

sedikit garam

Cara2 membuat Nasi Lemak:

1. Basuh beras bersih2. Toskan airnya.

2. Masukkan halia + daun pandan.

3. Masukkan air + santan. Kacau rata.. masukkan garam secukup rasa kemudian "ON" kan rice cooker dan masak seperti nasi biasa.

Sementara nak tunggu nasi masak, kita masak sambal ikan bilis + ayam goreng berempah nya pulak ....

Bahan2 membuat sambal:

1 biji bawang besar

* 1 biji bawang besar, *2 ulas bawang putih, *sedikit belacan * sedikit ikan bilis

* 15 tangkai cili kering yang direndam dengan air panas sehingga kembang. kemudian basuh bersih2 toskan.

kisar semua bahan2 yang bertanda * dengan sedikit air

2 sudu besar air asam jawa

ikan bilis

2 sudu besar sos cili

Cara2 membuat sambal:

1. Tumis bawang besar hingga garing dan naik bau

2. Bila bawang dah garing masukkan bahan kisar tadi.

3. Tumis sehingga cili garing dan terbit minyak... Masukkan ikan bilis

4. Masukkan air asam jawa + sos cili.

5. Kacau sekali sekala sehingga sambal betul2 masak.. tutup api. Sambal dah beres.

Pastu jom goreng ayam lak... kalau makan ayam goreng panas2 baru sedap...

Bahan2 membuat Ayam Goreng berempah

Style Rai:

Bahan untuk dikisar dan perap: sedikit halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar serbuk kari 1 sudu kecil serbuk kunyit Kisar semua bahan2 di atas bersama sedikit air

sedikit garam

5 ketul ayam yang dicuci bersih dan

ditoskan.

Perap ayam bersama2 bahan tadi + sedikit garam. lebih sedap kalau sediakan semalaman.

telur

Kocak2 kan telur tadi...

*1 cawan tepung gandum * 1 sudu besar serbuk lada hitam * 1 sudu kecil serbuk lada sulah *1 sudu kecil garam *1 sudu kecil serbuk cili *1 sudu kecil serbuk jintan manis * 1 sudu kecil jintan putih satukan rata semua bahan *

Cara2 membuat Ayam goreng berempah:

1. Celupkan ayam yang dah diperap bersama2 telur

2. Kemudian celupkan pula dalam tepung

3. Goreng sehingga kuning keemasan....

4. Angkat dan toskan minyaknya.

ok... semua dah siapkan.. leh la makan sekarang... hehe... selain daripada itu, hidangan nasi lemak tak lengkap tanpa:

telur rebus

ikan bilis goreng

timun dan kacang

apa lagi.... KITA MAKAN DULU!! ekekekkeke....

Nie kalau makan sepinggan, confirm kena diet berbulan2.haha

amacam? terliur tak?? hihihi

Nasi lemak ku~~

Nasi wangi ngan bau halia + daun pandan... yummy2

Kantoi dah diet. hahaha.

tatau dah nak bubuh caption apa....

selamat menjamu mata & selera...