Anda di halaman 1dari 2

LEMBAH ANAI ISTANA PAGARUYUNG Berkumpul di Terminal LCC (Hadapan McDonald) pada 25/11/13 pada pukul 5.

30 pagi dan sila pastikan menyemak dan membawa Pasport Antarabangsa (tarikh tamat mesti lebih 6 bulan dari tarikh berlepas)

4 HARI 3 MLM PADANG BUKIT TINGGI, SUMATERA BARAT, INDONESIA


HARI 01 (25/11/13) : KUALA LUMPUR PADANG BUKIT TINGGI (MT / MM) Anda akan berlepas dari LCCT ke Padang dengan penerbangan Air Asia AK1370 pada pukul 7.50 pagi. Tiba di Padang pukul 8.00 pagi, anda akan berjumpa dengan wakil kami dan terus bertolak ke Bukit Tinggi melalui Lembah Anai. Berhenti di Air Terjun Anai dan Perkampungan Minangkabau. Selepas makan tengahari, singgah di Pandai Sikek, perkampungan yang terkenal dengan tenunan dan ukiran kayu. Setibanya di Bukit Tinggi terus check in hotel. Makan malam di restoran. HARI 02 (26/11/13) : TASIK MANINJAU TOUR (SP / MT / MM) Sarapan pagi di hotel. Lawatan pertama ialah melawat ke Ngarai Sianok yag terkenal dengan pemandangan yang menarik serta terdapat terowong Jepun di sekitarnya. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, bertolak ke Tasik Maninjau melalui kelok 44 sambil menikmati pemandangan tasik yang cantik dan nyaman. Di sana juga peserta akan dibawa melawat muzium dan rumah kelahiran Buya Hamka. Pada sebelah petang bertolak balik ke Bukit Tinggi dan shopping di Pasar Atas. Makan malam di restoran dan balik ke hotel untuk berehat. HARI 03 (27/11/13) : MINANGKABAU TOUR PADANG (SP / MT / MM) Sarapan pagi dihotel. Kemudian bertolak ke bumi Minangkabau yang unik dan melawat ke Batusangkar. Berhenti di Tabek Patah, melihat sebuah panorama pemandangan yang cantik,juga melawat industri kampong seperti Pisang Salai dan pusat memproses kopi secara tradisional. Makan tengahari di restoran yang dikelilingi dengan sawah padi dengan menu ikan bakar. Kemudian melawat ke Istana Silindung Bulan dan bertolak terus ke Padang melalui Perkampungan Pariangan. Setibanya di Padang, anda akan dibawa melawat sekitar Kota Padang China Town, Old Harbour, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Padang, juga berpeluang untuk shopping. Petang check in hotel dan makan malam di restoran. HARI 04 (28/11/13) : PADANG - KUALA LUMPUR (SP / MT) Sarapan pagi di hotel. Aturcara adalah bebas sehingga anda dibawa ke restoran untuk makan tengahari sebelum dihantar ke lapangan terbang Padang untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia AK1375 pada pukul 3.55 petang dan akan tiba jam 6.00 petang dengan selamatnya.

Harga termasuk : Dewasa RM 849 Kanak-kanak berkongsi bilik dgn Ibu bapa RM 749 Bayi bawah 2 tahun RM 690 Penginapan Hotel mengikut pilihan di atas selama 3 malam dan sarapan pagi di hotel. Makanan Halal disediakan mengikut aturcara lawatan. Lawatan seperti dalam aturcara Tiket masuk , Pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancung.

Harga tidak termasuk : - Insuran perjalanan - Bayaran bagasi lebih had - Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar, dobi dll - Tipping (RM 20) - Cukai Lapangan Terbang Dari Padang. (RM36) Nota : Harga, jadual dan tarikh penerbangan serta aturcara pakej lawatan adalah tertakluk kepada perubahan.
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau dimasukkan ke akaun :
NO AKAUN : 04050000449108 CIMB BERHAD Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima: MD MADIHAH

DESIGN

HUBUNGI : FUAD 012 2702340 / 014 2311993