Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA KM.4.JALAN SEMABOK 75050 MELAKA.

LAPORAN AKTIVITI ASRAMA 2011 Unit HEM Tarikh Setiausaha : Asrama : 17 November 2011 : Shazlin bt Sulaiman LAPORAN AKTIVITI Dari awal tahun 2011 asrama telah mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya pertandingan bilik terbersih. Setiap bulan warden warden asrama akan memilih bilik yang bersih untuk dinobatkan sebagai juara. Selain itu asarama juga telah mengadakan aktiviti adik angkat kakak angkat / adik angkat abang angkat. Aktiviti ini dilihat berjaya mengeratkan hubungan semua murid asrama. Selain itu aktiviti ini juga dilihat berjaya melatih murid murid asrama tahun satu mengurus diri hasil daripada bantua kakak / abang masing-masing. Setiap hari Rabu pula aktiviti gotong royang diadakan. Selain daripada memupuk hubungan erat dan kerjasama yang baik aktiviti ini juga berjaya memelihara persekitaran asrama. Pada bulan Ramadhan pula asrama telah mengadakan aktiviti berbuka bersama pemimpin. Ini adalah aktiviti tahunan asrama. Sport check juga sering dijalankan supaya dapat membanteras murid membawa barang larangan di asrama. Selain itu setiap bulan warden akan memberi taklimat disiplin. Aktiviti ini juga disertai dengan motivasi pelajar. CATATAN / TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL Meneruskan aktiviti ini pada masa akan datang memandangkan aktiviti ini memberi manfaat dan faedah kepada murid.

Disediakan Oleh : .............................................. ( Shazlin Bt Sulaiman) Warden Asrama