Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI LOG (MINGGU 2)

Pada minggu ini, saya telah belajar mengenai Sistem Pernomboran HinduArab yang diasaskan sekitar tahun A.D. 800. Nama ini diperoleh hasil sumbangan daripada kedua-dua golongan Hindu dan Arab.

Orang Hindu menggunakan sistem pernomboran yang lebih tinggi dari yang lain. Ia mengikut prinsip nilai tempat dan menggunakan sepuluh nombor. Sistem ini berkembang secara beransur-ansur ke dalam Sistem Hindu-Arab kita sekarang (juga dikenali sebagai sistem nombor perpuluhan) dan masih digunakan sekarang di seluruh dunia.

Ciri penting dalam sistem ini adalah kita boleh menulis angka bagi sebarang nombor, sama ada besar atau kecil, menggunakan hanya sepuluh simbol yang disebut digit. Prinsip lain dalam sistem ini ialah pengumpulan sepuluh-sepuluh iaitu sistem perpuluhan. Oleh itu, sistem itu merupakan sistem asas sepuluh.

Saya berasa sungguh teruja untuk belajar mengenai Sistem Hindu-Arab ini. Hal ini memandangkan sistem ini masih relevan hingga sekarang dan majoriti penduduk dunia menggunakan sistem pernomboran ini dalam kehidupan seharian mereka.

Kesimpulannya, manusia pada zaman dahulu amatlah kreatif dalam mencipta sistem pernomboran bagi memudahkan kehidupan. Kelebihan Sistem Hindu-Arab seperti sistem asas sepuluh dan boleh ditulis dalam bentuk cerakin antara sebabsebab utama ianya terus digunakan hingga sekarang.

Anda mungkin juga menyukai