Anda di halaman 1dari 5

Soalan (a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang sesuai bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam

kaunseling ? Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya dikalangan masyarakat maju. Untuk memahami dengan lebih jelas tentang definasi kaunseling, dipetik tiga definasi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocer mengatakan kaunseling sebagai satu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia bertindak balas dalam alam persekitaran. Corey (1977) sepertimana dengan Blocer menekankan tentang proses dimana seorang klien tentang peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang meninggalkan masalah dalam dirinya.Kaunseling didefinasikan sebagai satu proses pembelajaran yang lebih menekankan proses membantu individu mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu; dipetik dari Jams (1982) Mengikut Zainal Abidin (2002) kaunseling didefinasikan sebagai satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seseorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.. Didalam kaunseling terdapat teori-teori yang diguna pakai bagi membantu individuindividu menyelesaikan masalah-masalah mereka.pat yang menyatakan bahawa teori-teori kaunseling ini amat penting. Smith & Glass, 1977 menyatakan bahawa pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya. Jerome Frank( 1971) pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang yang mengamalkannya atau kauselor. Teori penting kerana ia memberi erti, keyakinan, hala tuju dan penghormatan kepada kaunselor. Dari keterangan Frank ini dapatlah disimpulkan bahawa teori dapat memberi fokus yang

sewajarnya kepada kaunselor tentang apa yang akan dilakukan kepada kliennya. Contohnya seseorang yang ingin kecemerlangan dalam hidupnya dan menangani masalah dalam diri, kaunselor boleh merujuk kepada teori Simund Freud Kaunselor-kaunselor juga dapat merancang dan membuat persediaan sebelum menasihatkan klien. Teori kaunseling juga digunakan sebagai rangka kerja yang dikehendaki untu membolehkan kaunselor membuat hipotesis dan keputusan mengenai strategi dan mengatur strategi teknik yang sesuai untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membuat perubahan tingkah laku. Mereka dapat menjalankan kerja-kerja mereka mengikut panduan dari teori-teori yang boleh digunapakai dalam merancang dan membuat persediaan berdasarkan permasalahan klien. Contohnya dalam menangani masalah perubahan tingkah laku yang lebih baik, teori Skinner yang menggambarkan pelaziman operan sebagai satu cara membuat pembelajaran dalam menanggani perubahan tingkah laku.boleh digunapakai. Dalam pelaziman operan, peneguhan di gunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu di ulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Seorang pelajar yang diangkap kerana ponteng kelas akan diberikan peneguhan yang positif atau negatif berdasarkan personaliti dan latar belakangnya, bagi meransang dia membuat perubahan tingkah laku yang lebih baik.

Soalan (b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. Berdasarkan pernyataan ini jelaskan komponen-komponen utama yang membawa kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme.

Terdapat tiga komponen yang membawa kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. Komponen-komponen tersebut dihuraikan seperti berikut : 1) Komponen pertama. Komponen ini dipetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov. Ia juga dikenali sebagai pelaziman responden. Dalam sebuah kajian , John B.Watson (1960) telah menggunakan prinsip Pavlov iaitu prinsip pelaziman klasik. Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan terlazim ( bunyi loceng yang kuat ) yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan ( tikus putih ). Ini mengakibatkan respon terlazim ( terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.

2) Komponen kedua. Komponen kedua dipetik dari pelaziman operan oleh BF Skinner (1953). Dalam komponen ini, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Penggunaan prinsip pelaziman operan adalah

sebagi satu teknik mengubah tingkah laku seseorang ( teknik modifikasi tingkah laku ). Dari segi pelaksanaan, teknik ini boleh disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan.

3) Komponen ketiga dipetik dari terapi tingkah laku kognitif. Ianya adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza iaitu ketingkahlakuan dan kognitif. Dengan wujudnya kompenan-komponen ini dapatlah kita rumuskan di sini bahawa kejadian tingkah laku perlu mengambil kira proses pemikiran

Soalan (c) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling Behaviorisme, nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku maladaptif dipelajari? Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori Behaviorisme, semua tingkah laku atau masalah yang dialami adalah melalui pembelajaran. Pembelajaran ini berlaku melalui pengalaman responden atau operan. Oleh itu semua tingkah laku maladaptive atau masalah adalah dipelajari dengan tujuan untuk mendapat peneguhan positif atau masalah untuk mengurangkan sakit atau perasaan kurang selesa. 1. Perspektif responden Jika rangsangan menyakitkan digandingkan dengan rangsangan neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsanganyang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladatif walaupun sebelum terjadi situasi sebenar. Contohnya: Seorang kanak-kanak mengalami sakit perut ( rangsangan yang tidak selesa) dan pada hari itu dia dan rakannya dikehendaki oleh gurunya untuk membuat persembahan Hari Guru ( rangsangan neutral). Pada masa lain pula, dia mengalami sakit perut lagi apabila

di suruh membuat persembahan ( gandingan ). Lama kelamaan apabila dia mendengar perkataan persembahan sahaja ( rangsangan yang terlazim ), dia akan berasa sakit perut dan rasa tidak selesa ( respon terlazim ).

2. Perspektif Pelaziman Operan Tingkah laku ini akan berlaku, terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan. Contohnya : Budak yang mengalami sakit perut tadi mendapat perhatian dari ibu bapanya dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana dia sakit. Dengan alasan ini, budak tadi berkemungkinan akan mengambil kesempatan yang sama ( sakit perut ) untuk mengelakkan diri dari pergi ke sekolah. Jadi dengan mengatakan dia sakit perut, dia dapat mengelakkan membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu pergi ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai