Anda di halaman 1dari 27

SOALAN TUTORIAL ILMU PENDIDIKAN (PENGETAHUAN IKHTISAS )

1. Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya seorang guru mempelajari psikologi. Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda?

Perkataan psikologi bermaksud suatu kajian saintifik tentang tingkahlaku, mentaliti dan aktiviti manusia. Contohnya : Kajian tentang kaitan di antara kepelbagaian Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam menarik minat dan keberkesanannya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di kelas.

Psikologi ini amat penting bagi seorang guru untuk mempelajarinya kerana dengan ilmu psikologi guru dapat memahami tingkah laku murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui pemerhatian guru. Dengan cara ini guru dapat membina kebolehan dan membuat jangkaan tingkah laku alternatif yang diperlukan untuk menggantikan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Dengan ilmu psikologi juga guru dapat mencari dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan perkembangan mental, jasmani, emosi dan rohani pelajar.Selain itu, dengan mempelajari ilmu psikologi dapat membantu guru bertindak dengan saintifik kerana tindakan yang diambil oleh seseorang guru berdasarkan maklumat, data serta pemerhatian yang objektif.

Psikologi pendidikan merujuk kepada hubungan di antara kefahaman guru tentang ilmu psikologi (mengkaji bagaimana manusia berfikir dan menterjemahkannya kepada tingkahlaku) dengan ilmu pendidikan yang merupakan satu proses di mana manusia berusaha untuk mengembangkan tingkahlakunya untuk menghadapi dan memastikan keberkesanan proses pembelajaran. Ia sebenarnya lebih kepada aplikasi teori pembelajaran dan teknik. Beberapa implikasi daripada ilmu psikologi pendidikan ini ke atas proses pengajaran dan pembelajaran antaranya;

1. Membantu guru untuk mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah murid yang pasif atau terlalu hiperaktif. Di samping itu cuba untuk mencari jalan untuk membentuk personaliti dan kendiri yang positif di dalam kelas melalui pelbagai pendekatan tertentu supaya mereka dapat belajar sesuai dengan kemampuan mental dan kebolehannya. Sebagai contoh: Dalam menghadapi murid yang pasif di dalam kelas, sekiranya seseorang guru itu kurang pengetahuan tentang ilmu psikologi pendidikan mungkin pelajar itu akan terbiar dan terus statik tanpa perubahan tidak kiralah samada dalam pelajaran, personaliti ataupun

pembentukan kendirinya. 2. Membantu memotivasikan murid dengan penerangan dan penjelasan untuk mencegah pelbagai masalah disiplin di kalangan murid terutamanya di dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai contoh: Murid yang suka mengganggu murid lain atau seringkali tidak melakukan tugasan yang diberikan akan menyebabkan gangguan kepada murid lain. Maka pengetahuan guru tentang ilmu psikologi pendidikan amatlah penting dalam

menjalankan peranannya sebagai guru untuk mencari cara terbaik menyelesaikan masalah ini. 3. Meningkatkan kualiti pendekatan dan teknik P&P guru di kelas. Sebagai contoh : Strategi pengajaran atau pendekatan yang berkesan bagi murid yang mempunyai IQ yang tinggi, sederhana atau terlalu pasif adalah berbeza-beza. Kepelbagaian Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk membantu menarik perhatian dan minat murid kepada pelajaran.

Selain itu menurut Ee Ah Meng di antara implikasi psikologi pendidikan ialah; 1. Memperbetulkan tingkahlaku murid berdasarkan teori-teori yang telah dipelajari untuk mencegah masalah disiplin dengan baik. 2. Personaliti murid akan jadi lebih baik dan sihat serta dapat mempermudahkan dan meningkatkan perjalanan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di kelas. 3. Dapat menentukan kesesuaian strategi pengajaran. 4. Berdasarkan pemahaman guru tentang psikologi pendidikan, mereka dapat memberikan layanan yang sewajarnya kepada para pelajar. 5. Guru dapat membantu pelajar membuat perancangan kerjaya masing-masing. 6. Guru pembimbing dapat memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran para pelajar. 7. Guru dapat mengenalpasti cara yang berkesan untuk menilai pencapaian Pengajaran dan Pembelajaran. (Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam Selangor m/s 18-19).

2. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut: * Teori-teori perkembangan manusia * Potensi manusia * Motivasi * Perbezaan Individu

Konsep pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza. Pertumbuhan lebih kepada perubahan fizikal (kuantitatif). Manakala perkembangan merupakan suatu perubahan di segi kualitatif yang berjalan secara berperingkat. Di setiap peringkat kanakkanak mengalami perubahan yang berbeza. Namun begitu ia saling berinteraksi ( Mok Soon Sang, 2002, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya Selangor, m/s12).

Pada pendapat saya, di antara cara yang dapat membantu mengoptimumkan pencapaian pertumbuhan dan perkembangan murid-murid ialah guru perlu mengetahui aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak iaitu teori perkembangan manusia, potensi manusia,motivasi dan perbezaan individu.

Bagi teori perkembangan manusia, empat aspek utama yang perlu diberikan perhatian ialah perkembangan jasmani, perkembangan kognitif, perkembangan emosi dan rohani dan perkembangan social.

1. Perkembangan Jasmani. Bagi perkembangan jasmani guru perlu menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar bukannya yang bersifat kompleks. Contohnya bagi pelajar tahun satu, aktiviti jasmani yang bersesuaian dengan peringkat umur ini ialah lari membawa bola dan sebagainya 2. Perkembangan kognitif Bagi perkembangan kognitif pula biasanya melibatkan perancangan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan pelbagai alat bantu mengajar yang membentuk konsep yang bertepatan dan bersesuaian dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Contohnya penggunaan kad imbasan dan vcd semasa sesi pembelajaran dan pengajaran . 3. Perkembangan Emosi dan Rohani Bagi perkembangan emosi dan rohani guru perlu membimbing pelajar menghadapi dan menyelesaikan permasalahan emosi dan rohani yang bersesuaian. Contohnya bagi pelajar yang mengalami gangguan emosi kerana kegemukan sering diejek oleh rakannya, maka ini akan menyebabkannya jadi malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan boleh mengganggu tumpuannya kepada pembelajaran. Di sinilah peranan guru amat penting untuk membantu murid menghadapi konflik diri untuk membolehkannya bersama dengan rakan yang lain. 4. Perkembangan Sosial Dalam perkembangan social guru boleh menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara kumpulan berdasarkan perkembangan social manusia untuk memoptimumkan perkembangan pembelajaran dan poengajaran. Contohnya aktiviti projek buku skrap secara berkumpulan.

Dalam usaha untuk membantu murid mencapai pertumbuhan yang optimum faktor mencungkil potensi yang ada dalam diri murid juga boleh membantu untuk memperkembangkan kreativiti dan kebolehan yang ada dalam diri mereka. Potensi pelajar boleh dilihat dari aspek jasmani, intelek, bakat dan emosi. 1.Potensi Jasmani Bagi potensi jasmani merujuk kepada kemampuan untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang kesukanan dan permainan. Contohnya seorang peamain badminton yang berpotensi dalam bidang jasmani mungkin akan dipilih mewakili sekolah , kemudian daerah , negeri dan seterusnya Negara. 2. Potensi Intelek Bagi potensi intelek biasanya melalui aktiviti-aktiviti kognitif. Ini bermakna potensi intelek pelajar akan berkembang jika pelajar terlibat dalam kajian ilmiah seperti bidang bahasa dan matematik. 3. Potensi Bakat Potensi bakat juga terdapat pada individu tertentu. Contohnya pelajar yang berpotensi dalam bidang muzik akan mudah menghafal lirik lagu-lagu yang diberikan. 4. Potensi Emosi Potensi emosi atau perasaan merujuk kepada keupayaan individu untuk mengubah sikap, nilai atau mengawal persaaannya. Contohnya pelajar yang bersikap negatif terhadap kerja sekolah akan berubah menjadi positif apabila menyedari kepentingan tugasan sekolah.

Motivasi diri murid juga mampu mempengaruhi faktor mengoptimumkan perkembangan mereka. Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi diri dan motivasi di segi pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu

merangsang, membangkit dan mengekalkan minat murid terhadap suatu matlamat tertentu termasuklah untuk mengubah sikap, minat dan tingkahlaku mereka. Berdasarkan dua bentuk motivasi ini satu penggarapan perlu dilakukan untuk memperkembangkan strategi Pengajaran & Pembelajaran antaranya; 1. Mewujudkan set induksi yang menarik. 2. Menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. 3. Sentiasa membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan-soalan yang mencabar. 4. Mewujudkan semangat bersaing melalui pelbagai aktiviti seperti permainan atau pertandingan. 5. Menggunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran yang selanjutnya.( Mok Soon Sang, 2002, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd Subang Jaya Selangor, m/s12)

Dari sudut perbezaan individu dalam mempengaruhi pertumbuhan yang optimum, pelbagai variasi dapat dilihat dan harus diteliti oleh guru kelas. Perbezaan yang paling ketara ialah keupayaan mental, kognitif social dan emosi.

1.Perbezaan Mental Bagi perbezaan keupayaan mental akan dapat dilihat melalui pencapaian akaademik yang jauh tinggi bagi pelajar yang cerdas berbanding pelajar yang kurang cerdas. Guru boleh menangani perbezaan ini melaluinpembag=hagian kumpulan mengikut pencapaian mereka dan seterusnya memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar yang lemah.

2.Perbezaan Jasmani bagi perbezaan jasmani biasanya melibatkan keupayaan pelajar tersebut melakukan aktiviti senaman. Guru perlu bijak mewujudkan peluang untuk pelajar menikmati kejayaan terutamanya yang lemah. Contohnya aktiviti senaman yang mudah kepada yang berbentuk kompleks. 3. Perbezaan Sosial Bagi perbezaan social biasanya pelajar biasanya pelajar yang bersifat ekstrovert lebih aktif mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian guru perlu memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah sejjar dengan kebolehan mereka. Contohnya aktiviti pemulihan untuk pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang cerdas. 4. Perbezaan Emosi Bagi perbezaan emosi biasanya pelajar yang berasal dari keluarga yang bahagia kan mengalami kestabilan emosi berbanding pelajar yang berasal dari keluarga yang retak. oleh itu guru perlu lebih bersimpati dan cuba menyelesaikan masalah ini meallui sesi kaunseling.

Guru perlu mengenalpasti pendekatan yang perlu dilakukan mengikut aras-aras tertentu yang dapat diikuti oleh semua peringkat kognitif murid dengan baik dan sempurna. Selain itu aktiviti lain ialah menjalankan proses pembelajaran secara koperatif, arahan mengkhusus kepada perkara tertentu dan mengurangkan variabiliti berhubung latarbelakang, pencapaian, kebolehan dan sebagainya. Guru yang dapat menggabungjalin dan membuat penelitian khusus mampu mengubah corak pertumbuhan dan

perkembangan murid kepada pencapaian yang lebih optimum.

3(a). Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang introvert. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua personaliti ini.

Personaliti manusia boleh dikategorikan kepada tiga iaitu ektrovert, introvert dan ambivert. 1. EKSTROVERT Seorang Ekstrovert mempunyai banyak ciri positif seperti bersemangat, aktif, berinisiatif, suka bersosial, sukakan perubahan, mudah bertindakbalas, berupaya menjadi pemimpin dan gemarkan keseronokan. 2. INTROVERT Ciri seoarang introvert pula ialah pasif, cemas, boleh dipercayai, pemalu, sensitif, kurang bersedia menghadapi risiko, tidak banyak bercakap tetapi sukakan sistem hidup yang teratur.

Di dalam proses pengajaran di kelas pelbagai jenis tingklahlaku akan ditemui atau dihadapi oleh guru lebih-lebih lagi menghadapi murid yang bercirikan ekstrovert dan introvert. Beberapa kaedah dan cara boleh digunakan untuk membantu meningkatkan ciri-ciri positif bagi kedua-dua personaliti ini. Peranan guru sebagai role-model, persepsi positif dari rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulan, persekitaran sekolah yang baik, penglibatan

secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum mampu untuk membantu menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang lebih yakin (positif).

Bagi murid yang berciri ekstrovert, guru-guru boleh melakukan perkaraperkara seperti berikut; 1. Sentiasa menggalak dan merangsang pelajar untuk mengemukakan soalan tidak kiralah samada dalam proses pengajaran di kelas mahupun di luar kelas. Contohnya ransangan membina soalan melalui gambar-gambar yang disediakan oleh guru. 2. Mereka ini boleh dipercayai untuk dilantik membimbing rakan sekelas yang mempunyai ciri introvert (pasif) dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Contohnya aktiviti perbincangan dalam kumpulan. 3. Memperbanyakkan aktiviti pengayaan. 4. Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Mok Soon Sang, 2004, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya Selangor, m/s 54).

Bagi murid yang berciri introvert pula mereka dapat dibantu dengan; 1. Melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti mudah dalam kelas ataupun di luar kelas yang membolehkan mereka menikmati perasaan kejayaan. Contohnya dalam aktiviti sukan guru boleh melibatkan mereka dalam permainan yang mudah seperti lari membawa bola. 2. Pastikan isi pelajaran yang diberikan atau latihan yang disediakan adalah setimpal dengan kebolehan. Ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Contohnya soalan-soalan latihan yang mempunyai ransangan gambar yang mudah.

3. Hentikan segala ejekan si bodoh atau si bulat yang biasa ditujukan kepadanya tetapi berikan kata-kata pujian untuk meransang penglibatan di dalam kelas. 4. Mengadakan sesi kaunseling untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan dia menjadi seorang introvert. 5. Menggalakan mereka untuk menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan unit beruniform di mana mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan individu lain. 6. Jadikan mereka ketua dalam kumpulan yang memerlukannya berinteraksi dengan ahli kumpulannya. ( Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 1 Psikologi Perkembangan - Semester 1, 1999, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, m/s 176-177).

3(b). Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai Konsep Kendiri Positif Konsep Kendiri Negatif Beri sebab-sebab bagi tindakan mereka.

Konsep kendiri terbentuk hasil daripada seseorang dengan seseorang yang lain dan penyesuaian dirinya di dalam kelas. Terdapat 2 jenis konsep kendiri iaitu kendiri

positif dan kendiri negatif. Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam kelas murid yang boleh dikategorikan sebagai mempunyai kendiri positif ialah mereka mempunyai IQ yang tinggi, ceria, gembira, yakin diri dan mudah berinteraksi dengan individu lain dan agak tenang. Manakala murid yang berciri kendiri negatif ialah cepat tersinggung, rasa kurang yakin, mudah dipermainkan oleh rakan yang lain, agak pasif dan suka menyendiri serta tidak ceria. . Setiap hari manusia akan berhadapan dengan pelbagai situasi rutin atau situasi baru yang boleh membantu meningkatkan atau kadangkala boleh menjejaskan kendirinya. Jika sesorang itu menghadapi situasi yang berlawanan daripada biasa pasti suatu tindakan akan dilakukan untuk melindungi harga dirinya. Murid-murid juga akan menggunakan beberapa cara atau mekanisme untuk mempertahankan diri. Ini disebut sebagai Helah Bela Diri. Biasanya murid yang mempunyai kendiri positif akan menggunakan beberapa helah bela diri seperti berikut seperti rasionalisasi, fantasi, sublimasi, projeksi, kompensasi (imbuhan) dan pembentukan reaksi. Bagi murid yang mempunyai kendiri

negatif biasanya menggunakan helah bela diri seperti regresi, represi, pindahgantian (replacement), penafian dan keagresifan. Di antara helah bela diri yang digunakan oleh seseorang yang mempunyai kendiri positif ialah rasionalisasi helah bela diri yang berlaku apabila seseorang cuba menipu diri sendiri dengan tujuan menjaga harga dirinya. Contohnya Seorang pelajar tidak lagi dipilih untuk menjadi pengawas sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Setelah dia mengetahui dia tidak dilantik maka dia memberitahu rakannya keadaan ini adalah lebih elok kerana membolehkan dia menumpukan perhatian kepada pelajaran . Selain itu mereka sering menggunakan helah bela diri sublimasi iaitu menyalurkan perasaan kecewanya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterimanya. Contohnya Fatimah yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi sukar mendapat kawan akan menyalurkan perasaaan sunyinya dengan mengubah puisi atau pantun. Mereka juga turut menggunakan helah bela diri kompensasi iaitu tindakan seseorang yang cuba mengimbuhkan kelemahan dalam satu bidang dengan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam bidang yang lain. Contohnya Ali yang lemah dalam bidang akademik akan melakukan kompensasi dengan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sukan. Manakala di antara helah bela diri yang biasa digunakan oleh mereka yang mempunyai kendiri negatif ialah pindahgantian (replacement) iaitu proses pindahgantian yang berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada seorang yang lain. Contohnya Hakim telah dimarahi oleh gurunya kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selepas itu dia pula memarahi rakannya dan merampas pensel miliknya yang dipinjamkan kepada rakan sedangkan dia telah mengizinkan untuk meminjamnya. Selain itu mereka sering menggunakan helah bela diri supresi iaitu tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengelak daripada memikrkan

sesuatu masalah. Contohnya Ahmad yang gagal dalam ujian sains akan pergi menonton wayang dengan tujuan mengelakkan daripada memikirkan kegagalannya itu.

4(a). Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik Huraikan pernyataan ini mengikut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda sebagai pengurus yang baik? Fokuskan perbincangan anda kepada aspek-aspek yang berikut: Rutin Bilik Darjah Disiplin Bilik Darjah

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah ialah ; 1. Mengurus rutin bilik darjah. 2. Mengurus murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. 3. Mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas. 4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. 5. Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Kemajuan dalam bidang pendidikan telah sampai ke satu tahap yang mencabar dan tugas guru hari ini tidak terhad hanya kepada aktiviti-aktiviti pengajaran di kelas malah ditambah dengan tugas-tugas lain. Dalam pengurusan rutin bilik darjah tugas guru meliputi tiga bidang utama; 1. Penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod. 2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilik darjah. 3. Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti: Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT), dan sebagainya.

1. Penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod. Di antara rekod-rekod murid yang harus disediakan ialah Rekod Pendaftaran, Rekod Prestasi, Rekod Profil, Rekod Kutipan Yuran, Jadual Kedatangan, Buku Kemajuan Murid dan Kad Himpunan Murid 001 dan 002. Tujuan rekod-rekod ini adalah untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai kemajuan murid seperti aspek perkembangan potensi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Pentafsiran daripada rekod tersebut adalah tugas penting bagi seorang guru. Ini kerana ia dapat membantu guru untuk memahami murid-muridnya dengan lebih tepat. Dengan adanya maklumat tersebut guru bukan sahaja dapat merancang pengajarannya dengan lebih berkesan tetapi juga dapat membimbing murid untuk memperkembangkan potensinya secara lebih menyeluruh. Selain itu dengan adanya rekod tersebut akan membantu ibubapa mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka. Oleh itu rekod murid hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat seterusnya disimpan dengan sustu sistem yang sesuai serta mudah untuk dikesan ketika ia perlu untuk dirujuk. 2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilik darjah. Rutin bilik darjah adalah merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah dan perlu dilakukan pada setiap hari persekolahan. Ia meliputi pelbagai aktiviti seperti; menanda jadual kedatangan, mengurus keadaan fizikal bilik darjah (penyusunan meja dan kerusi, mengemas ruang di sudut pembelajaran dan buku di sudut bacaan, menyapu lantai, mengelap cermin tingkap dan hias meja guru) mengutip yuran,

memungut buku latihan, memastikan tugasan dijalankan mengikut jadual dan memastikan peraturan bilik darjah dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah.

3. Pelaksanaan tugas-tugas lain. Selain daripada tugas penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod serta penyediaan dan pelaksanaan rutin bilik darjah, guru juga menjalankan tugas-tugas lain seperti: menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi murid-murid, Skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan lain-lain lagi.

(B) Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah. Bincangkan pernyataan ini

berasaskan pengalaman mengajar anda, dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. Pengurusan merupakan satu perkataan yang membawa maksud menguruskan menyusun sesuatu perkara supaya ianya menjadi terurus dan tersusun dengan sempurna dan baik. Merujuk kepada pengurusan bilik darjah, ia membawa maksud mengurus atau menyusun segala perkara yang berkaitan dengan bilik darjah supaya ianya menjadi licin dan teratur untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah dapat didefinasikan sebagai method, aturcara,strategi,prosedur atau langkah-

langkah yang amat berkesan untuk mengekalkan peraturan atau undang-undang di dalam bilik darjah itu sendiri bagi memastikan segala aktiviti-aktiviti dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Dalam konteks ini, saya berpendapat,pengurusan bilik darjah merangkumi beberapa perkara, antaranya: 1. Peranan guru 2. Mewujudkan kelas yang selesa

3. Peraturan-peraturan atau prosuder yang effisen dan lengkap Jika elemen-elemen ini dapat diterapkan maka konsep pengurusan kelas telah berjaya dilaksanakan. Secara tak langsung ini membantu kepada kemudahan bagi melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana bilik darjah yang berkualiti merupakan penawar atau pemangkin yang berkesan untuk memastikan segala aktiviti bilik darajah berlangsung dengan tenang,sempurna, sekesa dan teratur tanpa dicemari oleh sebarang gangguan dan kekacauan. Ini dapat dibuktikan melalui elemen yang pertama iaitu peranan guru itu sendiri sebagai pengurus kelas. Setiap kelas bolehlah dianggap sebagai sebuah syarikat, untuk menjadikannya sebuah syarikat yang maju ianya mestilah mempunyai seorang pengurus atau pemimpin yang berkebolehan,bijak,berdisiplin,berkualiti,rational dan mantap dari segi ilmunya dan sahsiahnya supaya dapat menjadi contoh atau model kepada pekerja

bawahannya untuk sentaiasa melahirkan sesuatu yang terbaik bagi syarikatnya. Begitu juga halnya dengan pengurusan bilik darjah, guru mestilah seorang yang boleh dijadikan contoh dalam pelbagai perkara kerana guru merupakan model yang menjadi ikutan oleh murid-muridnya. Melalui pengalaman saya, sesebuah kelas akan berjaya melahirkan murid yang cemerlang jika mereka mempunyai seorang guru yang cekap, berketerampilan, bertanggung jawab, bijak,bertolak ansur, berhikmah dan rational. Kerana sifat-sifat ini merupakan penggalak atau perangsang bagi murid-murid untuk bekerjasama atau beruaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala proses pembelajaran dan pengajaran dapat diikuti dengan baik dan sempurna. Selain itu, guru yang sebegini dapat memikat dan memukau hati para murid untuk terus bersungguh dalam pembelajaran mereka dengan penuh minat berdisplin. Cuba bayangkan apabila sesebuah kelas mempunyai guru yang garang,emosi dan tidak boleh bertolak ansur, sudah

pastilah suasana pembelajaran berlangsung dalam keadaan

tegang, tertekan dan

ketakutan. Murid tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar malah ianya menerbitkan perasaan marah, benci dan dendam terhadap guru. Ini akan menyumbang kepada masalah komunikasi dan melemahkan minat murid terhadap

aktiviti-aktuiviti pembelajaran. Jika ini berlaku, maka proses pengajaran dan pembelajaran gagal berjalan dengan lancar. Tetapi , apa yang saya dapati , sesebuah bilik darjah menjadi ceria dan muhibbah apabila ianya dikemudi oleh seorang guru yang tegas dan rational ditambah pula dengan unsur- unsur kecindan,maka tidak syak lagi , kelas itu akan menjadi menarik, meriah dan tidak membosankan malahan mampu menghidupkan suasana sepanjang sesi kelas berlansung. Elemen yang kedua ialah persekitaran kelas yang teratur dan selesa. Ini merujuk kepada kelas yang bersih,kreatif dari segi susunan dan suasana yang kondusif. Ini secara semula jadinya dapat merangsang mood para pelajar untuk terus memberi tumpuan terhadap pelajaran. Kerana saya pernah mengajar di kelas yang mana keadaannya yang tidak teratur dan kurang bersih, sepanjang saya mengajar saya dapati kosentrasi murid terganggu dan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan selesa dan sempurna. Ini disebabkan oleh keadaan kelas yang tidak teratur dan tidak kreatif dan kurang dari segi hiasan. Maka saya pun mencadangkan supaya keadaan ini mesti diubah dan saya telah merancang untuk bersama-sama dengan murid untuk berkongsi idea dan tenaga untuk menceriakan keadaan kelas. Idea ini telah disambut dengan baik dan kami telah berjaya mewujudkan satu suasana yang menarik dan kreatif, di mana segala hiasan dan susunan dilakukan dengan sempurna dan unik. Di samping itu saya mencadangkan supaya diwujudkan satu tempat khas untuk menyimpan buku-buku rujukan dan bahan-bahan yang berguna untuk sesi pembelajaran hasilnya kami dapat mengubah keadaan kelas yang

suram kepada suatu tempat yang selesa

dan ceria untuk diduduki. Dan ramai murid

mengakui berasa senang dan tenang untuk duduk bagi menjalani sesi pembelajaran. Ini kerana mereka berpendapat suasana kelas yang menarik dan kondusif dapat menerbitkan mood mereka untuk belajar dengan ceria. Ini amatlah bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri yang amat sukakan kepada keindahan dan kecantikan. Elemen yang ketiga iaitu pembinaan peraturan-peraturan atau prosuder yang effisen dan lengkap. Ini bertujuan untuk mentadbir aktiviti bilik darjah supaya bejalan baik tanpa gangguan dari segi masalah disiplin dan salah laku murid-murid. Peraturan adalah satu penyataan yang menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh di lakukan oleh murid. Manakala, prosedur pula adalah cara-cara perlaksanaan tugasan dan aktivitiaktiviti lain. Melalui pengalaman saya, saya pernah mengajar murid-murid tahun satu, pada awalnya saya tidak terlalu tegas tetapi lama kelamaan saya dapati saya perlu menerapkan satu set peraturan dan prosedur yang jelas dan berkesan bagi mencegah dan menghalang sebarang kesalahan tingkah laku untuk menagani murid yang selalu melanggar peraturan disiplin. Kerana banyak terdapat masalah-masalah seperti keadaan bising, bermain ketika belajar, tidak membawa buku ke sekolah,tidak menyiapkan kerja rumah,pembuangan sampah bersepah di dalam kelas, degil dan sebagainya. Bagi mengatasi gejala-gejala ini saya telah memaklumkan dan menerapkan peraturan dan prosedur yang berkesan bagi menangani masalah-masalah ini. Dengan ini, saya telah memperkenalkan dan mempraktikkan bentuk hukuman disiplin yang berasaskan kepada setiap individu akan terlibat Contohnya apabila ada sebahagian murid yang membuang sampah merata-rata di dalam kelas, sebagai hukuman saya akan menyuruh setiap murid di dalam kelas terlibat melakukan kerja-kerja pembersihan tidak ada seorang pun yang terkecuali. Cara ini berkesan kerana ia dapat menerbitkan rasa tanggung jawab bagi

setiap murid dan mereka sentiasa bekerja sama dalam menjaga kebersihan kelas. Begitu juga apabila berlaku perkara seperti tidak membawa buku atau tidak menyudahkan tugasan yang diberikan sebagai hukuman saya akan menyuruh mereka menghafal surahsurah pendek atau niat solat lima waktu sebagai hukuman atau pun saya akan mengenakan dendaan saman bagi kesalahan-kesalahan berikut. Wang yang diberikan akan dimasukkan ke dalam tabung kelas.Ini amat berkesan dan dapat membantu saya untuk menangani masalah salah laku di kalangan murid-murid saya. Begitu juga saya menerapkan nilai- nilai murni seperti mengajar mereka membaca doa sebelum bermulanya pembelajaran dan doa-doa harian murni yang lain. Saya juga menetapkan prosedur-prosedur yang tertentu contohnya amalan take 5 ini adalah prosedur bagaimana hendak meninggalkan kelas di waktu akhir sebelum waktu persekolahan tamat. Murid hendaklah memastikan tingkap, pintu,lampu dan kipas ditutup dengan rapi dan sempurna. Begitu juga pastikan tiada sampah sarap ditinggalkan didalam kelas dan semua peralatan disimpan dan disusun dengan rapi dan teratur.Cara ini amat efektif dan berguna untuk memastikan segalanya sentiasa dalam keadaan terkawal dan sempurna. Dengan adanya peraturan yang effisen dan prosedur yang berkesan segala permasalahan disiplin dapat di atasi dengan mudah. Akhir sekali,pengurusan bilik darjah yang berkualiti sangat membentu kepada kelancaran proses pelajaran dan pembelajaran. Kerana ianya merupakan pemangkin atau bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa yang sama juga ia adalah penawar bagi membentuk akhlak dan disiplin murid untuk berjaya dalam

akedemik dan sahsiah mereka.

5(a) Banding beza antara lima teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda?Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda.

Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembeljaran hari ini dapat dibahagikan kepada lima teori utam iaitu behavioris, kognitif,sosil, humanistic dan konstruktivisme. Lima teori pembelajaran dapat dibezakan dengan keadaan seperti berikut:

Teori / Pengasa Behavioris s Pengasas : Parlov,thorndike , Skinne r Kognitif Pengasas : Kohler, Bruner, Gagne ,Ausubel

Pendekata n 1. Pengalaman adalah kunci utama dalam membentuk tingkah laku. 2. Kanak-kanak sebagai murid yang pasif yang hanya digerakkan oleh ransangan persekitaran. 3. Teori ini dinamakan teori ransangan gerak balas 1. Memfokuskan kepada corak perubahan pemikiran manusia mengikut peringkat pembesarannya: Bayi Kanakkanak Remaja - Dewasa 2. Kanak-kanak murid yang aktif

Konse p -Menggunakan konsep pelaziman: A-Pelaziman klasik B- Pelaziman operan

Prinsip(elemen) -Peneguhan i.Sekund er ii. Primer -Hukuman -Penghapusan

-Mengutamakan konsep soalan epistemology iaitu bagaimana manusia memperoleh pengetahuan.

-Pembentukan -Organisasi -Adaptasi -Asimilasi -Akomodasi

saintis muda iaitu mereka membina teori sendiri. 3.Pembelajaran mempunyai motif dan objektif tertentu dan bukannya hanya kepada ransangan gerak balas Pembelajaran social fokus kepada faktor social. Pengasas 2.Pembelajaranmelalui : pemerhatian dan peniruan. Bandura Humanistik , Walters Pengasas : Carl R. 2. Setiap individu mempunyai Rogers, potensi untuk cemerlang dan Abraham H. guru perlu membimbingnya. Maslow. Konstruktivisme Pengasas ; membina pengetahuan Vygotsky berasakan pengalaman sendiri. 2.Ilmu dibentuk melalui 1. Merujuk kepada pendapat murid 1.Menekankan aspek emosi & sosial kehidupan murid. . 1.Pendekatan behavioris tetapi lebih

secara kualitatif: 1.Bayi-pengalaman sensori 2.Kanak-kanak prasekolahpengalaman send iri 3.Remaja & Dewasa-Menjadikan seseorang sebagai ikutan atau pembelajaran melalui idola -Murid secara semula jadinya bermotivasi untuk belajar dengan syarat pendidikan itu bermakna. Ilmu boleh berkembang melalui: sensori -interaksi social untuk -adat budaya membina -aktiviti yang membentuk ilmu Perlukan bantuan -perhatian -mengingat -reproduksi -peneguhan - motivasi -bahan pelajaran yang bermakna -selari objektif -Menggunakan input persepsi

inisiatif sendiri.

menyesuaikan dengan alam sekitar.

(scafolding) orang dewasa,guru atau rakan sebaya yang berkebolehan.

aktiviti minda&fizikal -aktiviti social&interaksi

Teori yang selalu saya amalkan di dalam

kelas saya ialah teori pembelaja ran sosialis dan behavioris . kerana kedua-dua teori amat bersesuaia n dan ini Ini

bertepatan

dengan tahap dan keadaan murid-murid di kelas saya. Alasan saya tertumpu kepada prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori-teori tersebut. peneguhan Teori pembelajaran sosialis yang berasaskan

behaviorus

dan psikologi kognitif dalam pembelajaran

sistematik. Teori ini menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.Melalui teori ini guru diaplikasikan sebagai model peniruan. Penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah cekap dan menarik agar mampu menjadi role model yang gemar dicontohi oleh pelajar. Sebagai contoh semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pemulihan jawi saya akan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar seperti kad huruf jawi dan kad tebuk huruf jawi. Selain itu kaedah demontrasi yang digunakan bersesuaian dengan model 6 bulan khatam al-Quran (Bacaan Iqra). Melalui kaedah demontrasi ini saya akan memperdengarkan bacaan iqra dengan sebutan makhraj huruf yang betul dan murid akan meniru contoh bacaan saya ini. Untuk menjadikan kaedah demontrasi ini menarik saya akan menggunakan kaedah persamaan bunyi huruf iqra dengan huruf konsenan dan vocal bahasa melayu seperti dengan so. Saya juga turut

menggunakan rakan sebaya yang cerdas sebagai role model untuk

membuat demontrasi di dalam kelas. Pelajar yang dipilih sebagi role model akan diuji tahap bacaan iqra sebelum menjadi role model kepada rakan sebayanya.

5(b)Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Bedasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan penyataan dengan memberi contoh yang sesuai.

]Teori-teori pembelajaran boleh dikatogerikan sebagai panduan asas bagi seorang guru sebelum memulakan proses pembelajaran. Di dalamnya terkandung kepelbagaian teknik dan strategi yang berkesan supaya memberi gambaran jelas kepada pendidik untuk merancang perjalanan pembelajarannya menjadi lebih teratur dan berkesan. Di samping itu teori ini juga menyediakan idea yang bernas untuk mencegah perbuatan salah laku dikalangan murid-murid untuk memastikan aktiviti pengajaran dapat diikuti degan sempurna. Secara tidak langsung, proses pembelajaran dan pengajaran menjadi

menarik,kondusif,produktif,kreatif,terkawal dan sempurna. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa contoh pengalaman saya, di mana saya telah mengimplimentasikan prinsip peneguhan yang terkandung di dalam teori behavioris. Prinsip ini banyak membantu saya dalam meningkatkan semangat dan moral para pelajar. Melalui teknik ini saya sentiasa memberi pujian atau hadiah sebagai motivasi dan penggalak untuk pelajar tersebut berusaha lebih gigih lagi untuk maju dalam pelajaran mereka. Dalam masa yang sama saya juga menerapkan prinsip hukuman dalam pengajaran saya, untuk menangani sebarang kejadian salah laku dikalangan murid. Contohnya saya akan mengenakan hukuman yang rasional bagi mereka yang membuat bising di dalam kelas seperti memberi amaran atau megenakan hukuman seperti

memungut sampah di sekitar bilik darjah sehingga bersih. Tetapi dendaan yang saya berikan mestilah sesuatu yang dapat menerbitkan rasa keinsafan dan kesedaran atas kesalahan yang mereka lakukan dan dengan hukuman ini juga dapat mencegah mereka daripada mengulangi kesalahan yang serupa di masa yang akan datang. Saya juga menyusun proses pembelajaran secara berperingkat dan mengikut aras pemikiran para pelajar. Contoh, dalam kelas pemulihan jawi, saya telah menyusun teknik seperti: Mengenal huruf dan sifat-sifatnya, diikuti penyebutannya secara latih tubi dan latihan penulisan. Akhir sekali penilaian perlu dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan mereka.